S.Y.N.D.R.O.M.E

November 5th, 2009

OH MY GOD~!!!

Apa nak jadi dengan aku ni??..

Aku ada cite lain nak kongsi.. tapi.. benda ni memaksa aku menangguhkan benda lain dulu.. sebab ini tersangat-sangat penting.. argghhh.. aku harap kengkawan aku ada dekat aku sekarang ni.. dan tolong aku.. bantu aku.. hadapi saat saat begini..

Ini dugaan lain untuk aku.. dan aku harap aku mampu hadapinya.. dan yang paling penting.. aku harap.. aku tak menyusahkan dan sampai menganiaya manusia lain sepanjang tempoh ini..

Oh Tuhan.. berilah aku kekuatan dan kesabaran.. serta mampu mengharungi semua ini..

———-

Nak bagi senang cerita.. aku cakap straight kat sini.. bahawa..

SOFEA NAK DAPAT ADIK~!!!..

Huuuu.. tapi.. ehem ehem.. bukan dari aku yee.. dari KAK ANA..

ALHAMDULILLAH..

Kak ana mengandung nak masuk 2 bulan dah..

Syukur..

Makna kata.. keluarga kami akan tambah membesar.. dan semakin bertambah serinya..

Aku bahagia dan gembira dengan berita ni..

Dan aku sedang berusaha menyediakan minda untuk “membalas” segala jasa yang kak ana dah taburkan pada aku..

Frankly speaking.. kak ana memang sangat-sangat baik orangnya..

Korang takkan mampu buat macam apa yang dia pernah buat pada aku.. dan aku sendiri rasa aku pun tak mampu nak buat macam tu.. tapi.. aku kena berusaha untuk buat apa yang termampu aku buat..

Macamana aku nak gambarkan kebaikan kak ana pada aku.. korang mesti takkan pernah terbayangkan akan jumpa manusia macam tu..

Kak ana layan aku macam adik dia sendiri.. macam ahli keluarga dia sendiri.. dia boleh fahami aku bila bila aku rasa terpencil.. aku rasa rendah diri.. rasa macam dok sensorang.. dan dia akan pimpin aku balik untuk bersama sama dengan dia.. dan dia tak pernah buat aku rasa terbuang..

Cuma terkadang.. aku aje yang suka cari pasal dan ‘membuang’ diri aku sendiri.. koh koh koh.. aku memang mangkuk..

Macam yang aku pernah cakap dulu.. kak ana pernah jaga aku dalam pantang.. 40 hari 40 malam aku duduk rumah dia.. dan dia jaga aku dari aku dalam keadaan tidak berdaya sebab lemah selepas melahirkan.. sampai aku boleh jaga anak aku dan diri aku sendiri..

Dia sangat ikhlas.. dan sangat simpati pada orang yang macam aku..

Sampai satu part.. masa dalam pantang.. awal awal tu.. aku takut nak buang air besar.. sebab aku takut jahitan tertetas..

Lebih seminggu aku tak buang air.. kak ana yang risau..

Dia usahakan beli limau.. usahakan bagi makan sayur.. tambah serat supaya aku mudah membuang.. tapi tak boleh jugak.. aku tahankan sebab aku takut..

Akhirnya.. takut aku tambah sakit.. kak ana cadangkan masukkan ubat dalam punggung supaya bagi mudah berak..

Mulanya.. nak mintak abang yang masukkan.. tapi.. husband kami tu macam takut takut.. ye la.. nak tengok bahagian berjahit.. dia jadi tak konfiden.. (( chaittt.. buat anak pandai.. sabo je la aku.. ))

Last-last.. kak ana aje la yang aku yakin boleh buat dengan baik..

Maka.. kami pun masuk bilik.. dan aku baring.. kak ana tolong masukkan ubat..

Kak ana tengok jahitan aku.. dia jadi tambah kesian dengan aku..

Kak ana kata.. jahitan aku panjang.. sampai hampir ke lubang dubur.. tapi.. kak ana kata.. orang tu jahit elok.. so.. rasa lega sikit..

Lepas kak ana masukkan ubat kat punggung aku.. barula perut aku rasa sakit dan keluar segala isi perut..

Masa tu.. isi perut semua dah keras.. punya payah nak keluar.. aku rasa macam memang benang nak tertetas pun.. tapi.. nasib baik selamat..

Tapi kak ana punya la jadi sangat sangat kesian dengan aku.. dan membuatkan dia lebih ingin menjaga aku dengan lebih baik lagi..

Pernah ke terfikir akan jumpa orang sebaik ini.. yang mampu berbaik baik dengan madunya sendiri?.. pernah ke??.. dan kak ana bukan setakat ‘buat-buat baik’.. dia memang ikhlas.. susah aku nak gambarkan..

———-

Tapi itu cerita dulu.. bahagian kak ana.. dia dah lalui dengan baik.. bahagian aku??..

Aduh.. itu yang aku tengah gementar ni.. aku rasa macam aku ni tak le sebaik dia.. aku rasa aku tak mampu nak jaga dia macam dia jaga aku pulak nanti.. aduhh.. malunya..

Sekarang ni.. Allah beri aku kesempatan untuk aku balas segala jasa dia.. tapi.. aku macam takut nak hadapi semua ni.. sebab aku rasa aku sangat sangat tak layak dan memang tak mampu nak balas semuanya..

Dan tambah memeritkan.. aku rasa macam the whole world is watching for me right now.. macam semua tunggu apa akan jadi seterusnya.. macam seluruh alam sedang judge aku.. menghakimi aku.. aduhh.. aku yang tetiba stress..

Semalam bila kak ana confirmkan kat aku yang dia mengandung.. aku seronok.. dan aku cakap kat anak anak.. “Sekarang ni.. turn ibu pulak jaga mama..”.. kak ana tersenyum aje.. aku pulak?.. makin gentar.. uhh..

Dan saat ini.. aku sedang cuba mengumpul kekuatan untuk aku mampu jadi sesempurna dia waktu dia menjaga aku.. dan aku sebenarnya mengharapkan kata kata semangat dari kengkawan aku untuk aku menjadi kuat..

———-

TAPI…

Ada satu masalah yang berlaku sebenarnya..

Mungkin sebab ini lah yang membuatkan aku bertambah stress.. dan aku rasa aku susah nak jadi macam kak ana..

Masalahnya… aku ni dah terkena syndrome..

SYNDROME ‘DAPAT ADIK BARU’

Untuk orang yang anak ramai.. mungkin korang faham apa yang aku maksudkan dengan sindrom ‘dapat adik baru’ nih..

Biasanya.. waktu sang ibu mengandung.. pasti ada sorang anak.. (( biasanya anak terakhir di waktu itu )).. akan jadi sindrom nih.. sindrom dapat adik baru nih..

Nanti.. anak tu.. akan jadi lebih manja.. atau lebih mengada-ngada.. sebab mahukan lebih perhatian..

Pelik jugak kan.. macamana benda tu boleh berada dalam diri anak anak tu.. walhal.. diorang bukan tahu apa sangat pasal orang mengandung.. dan kekadang.. budak budak tu pun tak tau yang emak dia mengandung.. dan bakal dapat adik lagi..

Tapi.. sindrom ni memang ada..

Satu part.. kalau orang tak boleh kawal kemarahan.. anak anak ini akan jadi mangsa.. sebab mak pak tak larat nak layan kerenah anak yang kena sindrom ni..

Ada orang yang mampu.. akan faham bahawa ini penyakit bermusim.. dan biasanya akan pulih semula bila betul betul dah dapat adik..

Hmm.. benda ni.. jadi kat elissa masa aku mengandung dulu..

Kak ana kata.. masa lisa nak dapat adik (( sofea )).. tiap tiap petang.. abah dia kena bawak dia ronda naik motor pusing pusing.. sebab dia jadi manja sangat dengan abah..

Bila kak ana cerita kat orang lain.. ramai jugak orang macam pelik.. sebab kalau nak ikutkan.. aku yang mengandung.. a.k.a mak tiri dia.. bukan mak dia.. dan bukan adik kandung dia.. adik tiri dia.. apesal sindrom tu boleh jadi kat dia.. well.. tiada siapa pun tahu jawapannya..

Lepas sofea selamat dilahirkan.. semua kembali seperti biasa.. lisa tak lagi manja manja dan mengada-ngada.. meer pun.. meer memang macho la kan.. dia dok tunggu adik keluar aje.. dan diorang sayangkan adik diorang ni.. biarpun bukan adik kandung.. huu.. aku memang beruntung kan..

SEKARANG NI..

Benda ni.. aduuhh.. jadi kat AKU pulak.. hoooo.. meluat laa..

Aku pun tak tau apa yang jadi kat aku nih..

Semalam.. lepas kak ana bagitau.. aku cuba kawal perasaan.. aku nak seronok.. aku takut kak ana ingat aku cemburu dengan dia.. aku tak cemburu.. langsung!!.. kan aku cakap aku tak cemburu dengan kak ana.. tapi.. satu perasaan lain yang menyelinap masuk.. OMG~!!!..

Kami spend masa banyak semalam bersama.. aku, kak ana.. dengan anak anak.. dan akhirnya.. kami decide utk pergi rumah mak kak ana.. hmm.. dah lama aku tak p sana.. sebab aku bawak hati.. dan bawak diri.. kali ni aku p la..

Diorang pun baru tau aje kak ana mengandung.. diorang pun seronok lah.. keluarga nak bertambah..

Bila aku datang.. diorang layan aku macam biasa.. walaupun dah lama aku tak datang.. mak kak ana tambah seronok nampak aku dan sofea.. dia rindu sangat agaknya..

Aku masuk semula dalam keluarga diorang.. tanpa diorang pertikaikan apa apa yang berlaku sebelum ni..

Pelan pelan.. aku perhatikan wajah wajah keluarga kak ana.. diorang ni semua baik baik.. semua terima aku dengan ikhlas.. walaupun aku sebenarnya orang luar..

Dan pelan pelan jugak.. aku jadi takut.. aku takut kalau lepas ni aku buat hal lagi.. merajuk dengan kak ana lagi.. nanti diorang kata aku cemburu sebab kak ana pregnant pulak.. hmm.. jadi.. aku kena kawal emosi aku.. untuk tidak buat hal lagi..

Pelan-pelan.. aku perhatikan sofea.. aduh.. anak itu.. anak aku tu.. aku rasa masih terlalu kecil untuk dapat adik lagi.. dan tiba tiba..

Tiba tiba aku jadi sebak..

Terus terus aku rasa tak selamat.. aku rasa aku akan dibuang.. atau terbuang lagi..

Tapi.. aku terus kawal perasaan.. aku kena kuat hadapi semua ni.. demi anak aku..

Balik rumah.. kebetulan jugak husband aku balik rumah aku.. kalau turn sana.. mesti aku lagi ghaplah..

Selesai semua kerja rumah.. aku cuba pejamkan mata.. tapi tak mampu.. sebab air mata aku memenuhi ruang mata dan ruang hati..

Akhirnya.. aku ungkai semua perasaan pada suami aku..

Dia cuba pujuk aku.. dan tetap mengatakan yang dia sayangkan aku dan sofea.. dan tak mungkin dia akan biarkan kami..

Dari sebelum tidur.. sampai aku bukak mata.. waktu bersiap.. air mata aku masih mengalir..

Aku cakap kat husband aku.. “Abang.. kami rasa kami kena sindrom ‘nak dapat adik baru’ tu la..”

Husband aku senyum.. peluk.. dan kucup dahi aku..

Air mata aku tak berhenti mengalir.. dari rumah tadi.. sepanjang perjalanan ke tempat kerja.. dan sampai sekarang~!!!..

Oh Tuhan.. kenapa perasaan ini yang Kau titipkan dalam jiwa aku..

Untuk mengelakkan apa apa yang tak diingini.. aku hantar sms pada kak ana..

Begini bunyi nya.. (( copy paste bulat-bulat ))

“k.ana,kmi nk habaq satu benda tp jgn bgtau org lain eh.nnti kmi malu.dgn xpayah la balas sms ni.nnt kmi debo.hehe.sbnrnyakan,kmi rasakan, kmi dpt ’sindrom nk dpt adik’ tu kat kmi la. huwaa kmi jd mcm lisa masa kmi ngandung dlu. rasa xselamat, rasa sedih, pilu sume ada.td spnjg pjlnn p keja dok teriak atas mtr.xtau la.harap2 cpt je ok ni.klu x, abg la tensen.klu lpas ni kmi merepek2 jd xbetoi,k.ana sabo ye.mcmana nk buat pun xtau.dok ngendeng je kat abg dr smlm.klu abg dok seronok kmi jd mcm ni, nampaknya k.ana kena ngandung selalu la.hehehe.dah,nk p kelas”

Hmm.. sempat lagi aku buat lawak kan..

Aku harap kak ana tak terasa dengan apa apa ayat aku kat dalam sms atas tu..

Untuk sindrom yang aku dapat ni.. korang rasa kenapa agaknya boleh berlaku??..

Kalau budak-budak yang jadi gini.. biasanya.. tak jadi masalah kan.. tapi.. ini mak budak.. aduhhh.. sofea pun rilek je.. aku pulak yang lebih lebih.. ini yang lagi bahaya sebenarnya..

Apa pun.. nak kata lawak pun.. ye jugak kan.. nak kata serius pun.. memang serius..

Aku harap kak ana ada cara nak tangani masalah macam aku nih.. dan semalam.. selepas sepanjang hari dengan kak ana.. aku rasa.. jalan terbaik ialah.. aku kena lebih banyak spend masa dengan dia lagi.. supaya aku tak rasa sunyi.. dan rasa diketepikan..

Hmm..

Buat tambah pilu…

Dalam kereta semalam.. lisa cakap.. “Haa.. nanti kita dapat baby baru.. kita tak payah layan sofea..”..

Kak ana terus potong.. “Tak de lahhhh.. amboiiiii..”

Aku senyap aje.. sambil senyum sumbing..

Tapi dalam hati.. Allah aje tahu betapa hancur luluhnya aku dengar bait bait kata tu..

Lisa tu budak budak aje.. dia cakap apa.. dia pun tak tau.. tapi.. benda macam tu pun.. boleh buat aku terasa hati..

Ahhh.. sindrom ni makin teruk membenam dalam hati aku..

Macamana aku nak tangani masalah ‘temporary’ aku nih??..

Tolonglah aku.. aaahhhhhhhhhh…

* Dan air mata aku terus meluncur laju… entah sampai bila…

Sedih ???

November 1st, 2009

Pada hujung weekdays lepas.. aku terima satu email dalam facebook aku nih.. sahabat lama dari KETAM yang hantar..

Pendek aje dia tulis dalam msg dia..

Katanya..

“ko mesti x ingat aku…aku selalu baca blog ko..sedih baca kisah ko…

Then aku balas..

“penat aku buat cite lawak.. orang kata sedih.. adoyaiii..”.. (( ini ayat-ayat meng’cover’ line.. ))

Petang tu.. sepanjang perjalanan balik.. aku terfikir.. SEDIH sangat ke KISAH HIDUP AKU ni eh???..

Dan persoalan itu bermain main dibenak aku.. sehinggalah……

———-

Petang Jumaat aku balik dengan semangat yang jitu.. aku nak sambung mengecat rumah aku..

Husband aku kata dia balik lewat malam.. banyak kerja.. mungkin pukul 12 baru sampai rumah..

Mahu tak mahu.. aku terpaksa mintak ehsan kakak aku untuk tolong aku mengecat.. well.. akak aku kan expert.. dia pun tak de apa nak buat kat rumah.. so.. dia pun volunteer..

Jadi.. lepas amik anak dara aku kat nursery.. aku pun.. vroomm.. ke bertam.. amik akak aku..

Gitu-gini.. since kami dua dua tak boleh solat.. hehe.. kami pun.. hmm.. buat macam macam..

Memula.. balik rumah dulu.. letak baju dalam mesin basuh.. akak aku tumpang basuh baju..

Pastu.. kami p ada ekspo kat area depan rumah aku.. malam tu final.. punya la ramai orang.. aduhh.. rasa menyesal pulak aku pergi.. semua orang nak tengok cabutan bertuah.. siapa la agaknya dapat motor free.. huu..

Anak dara aku mula mula ok la.. last last.. dia mengamuk ngamuk.. nak jalan sendiri.. pastu.. bila nak jalan.. tamau aku pegang.. adehh.. mana boleh nak oi.. dah tu.. last last.. aku angkat la.. dia mengamuk dalam dokongan aku.. sampai tertido.. hmm..

Then.. balik semula ke rumah.. sebab nak sidai baju yang dah di basuh tadi tu.. sebelum kami betul betul memulakan operasi mengecat..

Rupanya.. husband balik awal jugak.. ok la.. boleh la p mengecat reramai..

Akak aku suruh bawak entertainment.. supaya tak boring sangat.. so.. angkut la tv kecik kat rumah aku tu.. plus.. dvd player.. kakak aku bawak dvd The Proposal.. so.. layannn..

Sampai kat rumah.. dok setup setup.. gitu gini.. kira 10.30 start buat kerja..

Kakak aku yang dah expert mengecat ni.. semua tak de masalah untuk dia.. huuu.. aku jugak tak terer terer..

Awal tu.. akak aku dengan husband aje mengecat.. sebab anak dara aku terjaga.. jadi.. kerja aku ialah melayankan dia.. sambil melayankan dvd.. hehehehe..

Berhenti dalam pukul 1 sat.. makan burger.. hehehe.. masa tu.. aku masih belum jugak mengecat apa apa.. anak dara aku tadi dah tido lama.. jadi.. lambat jugak dia nak dapat balik rasa mengantok tu.. adeh laa..

Siap bilik 3 depa cat buat design.. pindah ke bilik 2 pulak.. masa tu.. anak dara aku dah tido..

Jadi.. aku pun bantu cat bilik 2..

Sikit aje aku buat.. sebab separuh dinding ke atas tu memang diserahkan sepenuhnya pada husband aku.. ehhe.. tak senonoh aku ni kan.. tapi.. husband aku memang ringan tulang.. bini dia ni je yang berat sikit.. huuu..

Gitu gini.. tau pukul berapa kami semua siap mengecat?.. hmm.. pukul 5 pagi.. huuuuu.. lepas balik rumah basuh basuh badan.. kami 4-4 orang tido tak sedokan diri..

Dan sebagaimana yang dah boleh aku agak.. aku la yang terpaksa bangun paling awal.. sebab anak dara aku paksa aku bangun.. huwaaa.. kesian la kat ibu adik oi..

Tapi.. sekarang ni tak berapa masalah sangat aku rasa.. sebab walaupun tido lewat.. tapi aku bangun tak rasa penat pun..

Nak tau apa rahsianya?.. nanti kat hujung hujung entry ni aku bagitau eh.. huuu.. sabau.. sabau..

Lepas bangun.. dan mandi mandi.. aku siapkan bahan untuk aku serahkan dapur pada kakak aku untuk memasak.. hehehe.. since aku masak tak sedap.. kakak aku la kena masak..

Aku potongkan bawang, cili.. semua siap siap untuk dia.. senang.. dia campak campak aje..

Well.. bahan masak dah tak banyak kat rumah aku.. atas banyak alasan jugak..

(i) Memang aku nak habiskan stok kat rumah.. supaya senang aku nak pindah esok ni.. hehehe.. tak banyak barang sangat nak kemas nanti.. hehhe..

(ii) Bulan lepas aku tak p shopping barang dapur.. hmm.. korang boleh agak apa puncanya kan.. tak tau la lepas ni berapa bulan lagi aku tak boleh p beli barang dapur.. nasib baik aktiviti memasak kat rumah dah dikurangkan.. jadi.. boleh la save sikit..

So.. aku mintak akak aku masak sardin aje le.. goreng nugget sket.. dengan goreng telur sekali.. hmm.. kami makan sampai menjilat pinggan.. huuu..

Lepas makan.. aku dah bersemangat nak ajak akak aku keluar.. tengok rumah + cari barang-barang utk rumah lagi.. samada untuk rumah aku.. or utk rumah kakak aku.. tak kesah la.. as long as dapat p jalan..

Oh.. Sabtu encik husband aku tak de.. dia ada mesyuarat koperasi.. hmm.. geram jugak.. dah orang sebok nak uruskan rumah.. dia pun sebok nak p mesyuarat itu ini.. ahh.. suka hati lahh..

Last-last.. pukul 4 lebih.. kami keluar.. p tengok rumah dulu.. hmm.. mozek tak cukup.. untuk ruang depan dan ruang yang sikit lagi nak kena cover.. sebab aritu pecah dinding.. aku mintak abang zul carikan.. dia kata tak dak langsung.. so.. aku ngan akak aku pun p carik..

Oleh sebab dah petang.. banyak la kedai dah tutup.. hmm.. last last.. kami p ronda le.. hehehe…

P Jusco Bukit Mertajam.. bagi anak dara aku main playground.. then.. husband aku telepon kata dah balik.. aku kata aku kat jusco.. dengan akak aku.. but then.. husband aku kata.. “haa.. p la mana mana nak p pun..”.. huu.. dapat lampu hijauu..

Pastu.. apa lagi.. p giant pulak la.. akak aku nak cari barang dia.. dia nak beli tent.. camping tent.. utk bawak balik johor.. main main dengan anak anak dia.. tido kat dalam tent luar rumah.. hehehe.. seronok kan..

Bila dok tengok tengok.. aku kata.. beli la.. dia pikir balik.. cemana nak bawak naik kapal terbang.. laa.. bawak aje la..

Last-last.. tau dia cakap apa.. “tak pe la.. aku beli kat kluang je la..”..

Aku tanya.. “kat kluang ada giant ke??..”

Dia jawab.. “ADA..”

“Cehhhhhhhhhhhh… pastu nak beli kat sini buat hapeee..”

Sabo je la aku nih.. beli la kat sana.. adoi la akak aku..

So.. kami pun p beli makanan sket aje kat dalam giant.. beli roti.. beli ayaq.. pastu.. hmm.. beli aiskrim giant yang 99 sen tu.. dan pastu.. balik lee..

Aku anto akak aku balik.. dan lepas tu aku pun balik dengan anak dara aku yang tertido kat dalam seat dia.. huuu..

Balik rumah.. tunggu husband aku balik.. tak balik balik pun.. tadi beriya iya mai rumah..

Lepas dia suruh aku p jenjalan tu.. dia balik rumah sana dulu.. pastu kol 9 lebih.. dia mai balik.. tengok aku tak balik balik pun lagi.. huuu..

Bila aku balik.. dia pulak tak mai mai.. adui la..

Since aku tak berapa mengantuk.. aku pun kemas rumah sikit sikit.. lipat baju yang berlambak-lambak tu..

Pukul 2 lebih.. pun tak mai mai.. aku pun bagi sms.. cakap nak tido dah la..

The next morning.. since malam semalam tido sana.. dia mai la rumah aku.. kami perlu hunting summore..

Lepas siap siap.. p tengok rumah sat.. pastu.. kami pun ke Gurun..

Budak-budak tak sekolah.. jadi.. bawak la elissa sekali.. meer tamau ikut.. (( takut dengan aku kot.. ))
plus.. guna alasan main game.. memang itu je la keje dia kat rumah.. orang dah abis UPSR kan..

Then.. cari punya cari.. ada la mozek yang aku nak.. lebih kurang dengan mozek yang ada kat rumah.. + beli jugak mozek utk letak kat sinki dapur dan sinki dining.. cewah..

Balik.. makan siap siap.. pastu.. kami ke rumah baru semula.. untuk sambung aktiviti mengecat.. huuu..

Kol 4.30.. husband aku kena p amik kak ana sat.. sebab dia keje.. aku cakap.. nak bawak mai rumah bawak la.. boleh tolong cat.. hehehe..

Bukan aku nak suruh cat pun.. saje la.. kalau tak ajak nanti orang kata aku sombong pulak kan.. nak masuk rumah baru menyombong.. lagipun.. aku kena berbaik baik dengan kak ana jugak.. sampai bila nak bermasam dan bermusuh kan.. tak elok ah..

Then.. kak ana pun sampai.. sembang sembang.. dengan dia tolong cat sikit sikit.. hmm.. ok la pun..

Lama sket.. kak ana nak balik la.. kesian jugak.. dia letih balik keje.. dah kena dok lepak rumah aku.. dia balik.. bawak lisa + sofea.. haa.. senang sikit nak mengecat.. anak dara aku tu.. walaupun aku bawak dvd.. cite katun UP.. dia tetap nak mengendeng kat aku yang dok mengecat bilik nih.. aduiii..

Sambung cat.. sampai hujan lebat.. hmm.. tak mai balik le anak dara aku tu nampaknya..

Gitu gini.. kul 9 lebih kira.. dapat la cat banyak.. terpaksa berhenti sebab cat dah habis..

Yang tinggal cuma sikit je untuk touch up..

Ada 3 dinding lagi tak dapat cat.. 2 dinding kat bilik 2.. dengan 1 dinding kat bilik 3.. tak dapat di cat.. huwaaa.. macamana nak buat..

Husband aku suruh nanti campoq dengan cat lain yang akan digunakan utk cat dapur / cat depan.. aku pulak tak berapa minat.. sebab banyak sangat kale kat dalam bilik..

Tapi.. tengok la.. kot aku berubah hati nanti ke.. iskkk.. tensen betul.. kalau nak beli lagi.. alang alang sangat.. nanti banyak lebih pulak..

Aku kata.. cat putih je dah le.. husband aku kata.. tak kesah pun.. pastu.. aku masih nak pikir..

Petang ni nak p beli cat lain.. untuk dapur pulak.. so.. boleh la kami memulakan aktiviti mengecat lagi petang ni.. tatau la sampai pukul berapa pulak.. ho ho ho.. (( la ni dah expert.. boleh buat cepat aje.. ))

Then.. siap siap.. kemas kemas.. kami pun nak balik…

———-

Ini sambungan dari intro aku tadi…

———-

Oleh sebab anak dara aku ada kat kak ana.. aku kena p amik dia kat rumah sana la..

Memula.. ingat malas nak masuk.. sebab badan kotor.. cadang nak balik mandi cecepat aje..

Tapi.. kak ana cuma bukak pintu depan.. tapi tak keluar.. aku bagi salam.. dia jawab dari dalam aje.. hmm.. makna kata.. nak suruh aku masuk la kan.. (( aku tak kesah pun.. aku dah biasa dengan rumah dia.. ))

So.. aku pun masuk le..

Bila aku masuk..

“Wahhhhhh.. dah tukarrr…???”.. kata aku.. sangat sangat terkejut..

Well.. apa yang aku nampak??..

Kerusi set rumah kak ana.. semua baru.. berbeza dari yang sebelum ni.. sebelum ni ada kusyen semua.. kali ni.. semua kayu..

Aku tanya.. “Kayu apa ni??”.. sambil cuba menafikan apa yang aku fikirkan..

“Kayu jati..” jawab kak ana..

“Wahh.. best nyaa..”.. kata aku..

Kak ana memang tau aku minat pada kayu jati..

Aku yang beriya-iya nak beli kayu jati.. tapi.. aku tau aku tak mampu lagi nak beli..

“Berapa harga dia..??”.. soal aku.. ingin tahu.. kayu jati memang amat amat menarik minat aku..

“Seribu nam ratus..”..

“Yang sana tu??”.. ada tunjuk pada satu set kerusi minum petang.. juga buatan kayu..

“Kayu jati gak eh??”.. “Ha ah.. yang tu.. empat ratus je.. beli kat kedai kat tesco extra..”

Huwaa.. itu la kedai yang aku tunjuk kat kak ana.. dia dapat dulu..

Lepas tu.. ada lagi kerusi minum petang buatan besi.. untuk letak luar rumah..

“Yang tu?.. berapa??”.. soal aku tak putus putus..

“Harga dia 199.. kak ana mintak 150.. tak sangka pulak cina tu bagi.. tu yang amik jugak tu..”..

Heheh.. aku senyum aje.. tak terkata apa..

Wah.. banyak duit kak ana ni kan.. best betul..

Aku tanya dia.. kerusi tu nak letak kat luar la kan.. dia mengiyakan..

Pastu.. aku cuma bagi cadangan agar dia buat macam stage.. macam ada rumah jiran aku buat.. pastu.. ada tiang tiang keliling.. letak kerusi tu atas tu.. boleh buat santai santai..

Kak ana diam aje.. sambil tersenyum..

Aku tau diorang dalam perancangan nak pasang mozek kat luar rumah.. jadi.. aku cuma mampu beri idea apa yang aku ada..

Lepas tu.. aku pun balik dengan anak dara aku..

Abah dia balik naik motor..

Dalam kereta aku terdiam..

Dalam hati aku tak habis habis merasakan betapa kecilnya diri aku nih..

Frankly speaking.. aku bukannya cemburu.. malah.. aku gembira tengok orang lain bahagia dengan apa yang diorang mahukan.. dan apa yang diorang impikan..

Orang disekeliling aku.. biasanya akan dapat apa yang diorang impikan.. aku pun tak tau kenapa jadi macam tu.. tapi.. aku ni selalu fikir diri aku ni macam ‘PELAKSANA IMPIAN’ atau ‘DREAM FULFILLER’.. hehe.. yek yek je aku nih..

Tapi.. itu yang selalu jadi pun..

Dulu.. masa dengan emak..

Kalau mak aku jalan dengan aku.. apa yang mak aku inginkan.. kalau dia jadi macam bolak balik.. nak beli ke tak nak beli.. nak beli ke tak nak.. kalau tak beli.. rugi.. mana nak dapat lagi.. kalau beli.. macamana nak buat pulak..

Sebagai contoh.. masa kitorang p sabah.. mak tengok satu alat parut kelapa yang sangat efisien.. kitorang tak pernah tengok lagi kat semenanjung..

Ada mesin.. cuma masukan kelapa dalam tu.. dan hujung tu nanti.. siap dah terparut..

Dia bukan macam mesin parut yang biasa kita tengok kat kedai yang agak merbahaya untuk budak budak tu.. yang tu.. kena pegang tempurung kelapa..

Yang kitorang tengok ni..semua kelapa (( tanpa tempurung )) masukkan dalam bekas.. macam blender gitu.. pastu.. tekan mesen dia.. dan dia akan keluar kat hujung lagi satu.. dah siap parut.. best betul..

Harga pun tak mahal.. rm80 aje..

Masa tu.. mak dok fikir.. nak beli ke tak nak.. nak ke tak nak..

Aku yang ada kat situ.. since aku tau rumah kitorang ada banyak pokok kelapa.. dan mak selalu nak buat santan.. jadi.. aku cakap kat mak.. beli la.. bila lagi nak datang sabah nak beli benda ni..

Bila mak pikir.. macaman nak bawak naik kapal terbang.. aku cuma kata.. “Bolehhh.. nanti orang bawak..”..

Dengar macam tu.. mak pun beli..

Dan selamat dah mesin tu sampai kat rumah kami.. andai kata tak beli.. mungkin hati masih bolak balik sampai sekarang.. menyesal tak beli..

Aku cuma boleh fulfil kan impian orang.. dengan hanya memberi galakkan.. bukan dengan menghulurkan wang.. sebab aku tak ada itu..

Sekarang.. dengan husband + madu..

Banyak jugak apa apa keinginan diorang.. bila dengan aku.. semua jadi mudah..

Husband aku.. dulu dia pernah cakap kat aku.. dia minat motor scrambler.. yang tinggi tu.. yang orang bawak buat ralli ke ape ke orang panggil.. yang jalan kat bukit bukit.. lasak punya..

Dia suka motor macam tu..

Aku pulak suka motor tutup-tutup aku kata.. a.k.a.. superbike.. aku bercita cita nak amik lesen B-Full.. akak aku ada tau lesen tu.. aku nak amik la nanti.. tapi belum ada kesempatan sebab kesempitan.. huuu..

Last time.. dia beli NSR.. 2nd hand aje.. tapi motor tu tak berapa boleh pakai.. banyak no masalah.. jadi.. dia jual.. minyak pun mahal.. tak sanggup nak pakai..

Sekarang ni pulak.. kawan-kawan dia dok sebok dengan scrambler.. dan dia pun cari la satu..

Dah hampir hampir nak dapat.. harga dalam 3-4 ribu.. 2nd hand jugak.. suke hati la abang oi.. asalkan impian terlaksana..

Kalau aku mampu.. aku nak bantu.. tapi.. aku tak ada apa apa buat masa ni..

Sabtu baru ni.. aku dapat surat dari RHB.. aku ingatkan surat confirmation untuk loan aku.. rupanya.. sekali lagi.. loan kena rejek.. arggghh.. aritu kata approve.. tetiba kata tak boleh pulak..

Aku dah naik malas nak p cari loan kat bank.. aku rasa bank tak boleh bagi sebab 2 personal loan aku yang sebelum ni pun.. belum sampai setahun lagi.. jadi.. susah untuk aku dapat loan lain lagi.. arggghh..

Aku dah rancang nak pulang balik duit dia 3K yang aku pinjam hari tu.. tapi.. udah loan aku tak lepas.. kami kena pikir cara lain..

Apa lagi cara yang aku ada??..

Since kengkawan pun dah nasihatkan aku jangan p kat ah long.. hmm.. ok la.. aku tak buat.. walaupun hati aku sangat sangat berat nak menghala ke sana..

Husband aku kata.. nak tak nak.. aku terpaksa keluarkan duit kad kredit dari kad aku yang lagi satu.. satu satunya kad kredit lain yang tinggal untuk aku guna buat isi minyak tetiap hari nak pi keje..

Apa boleh buat.. itu je jalan yang aku ada.. aku memang pending another 5K.. tak termasuk duit nak buat grill.. aku nekad nak duduk rumah tanpa pasang grill lagi.. tunggu ada duit.. baru pasang grill.. apa nak jadi pun.. jadi lah.. kalau dah sampai masa.. sampai jugakk…

Tapi.. macamana motor scrambler yang laki aku nak beli??.. dia nak sangat.. dan aku bukan jenis penghalang kepada segala impian manusia lain..

———-

Malam tadi hujan lebat waktu aku dah sampai rumah.. lepas kemas kemas.. gosok baju.. basuh baju.. sementara tunggu mesin basuh siap membasuh.. aku bersihkan badan..

Dalam keadaan hujan diluar rumah.. aku mandi air shower hujan bertemankan air mata..

Nampaknya.. EX5 aku akan menjadi korban……

Ahh.. kenapalah loan aku tak lulus.. aku perlukan duit tu untuk selamatkan motor tu..

Pagi tadi.. husband suruh aku bawak motor Lagenda dia.. kalau petang ni EX5 tak balik rumah.. makna kata.. dah tak ada rezeki aku lagi dengan EX5 tu.. sedih sungguh..

Kalau ikutkan hati.. aku lebih rela husband aku tolak Lagenda ni.. tapi.. lagenda masih ada hutang.. kalau nak tolak pun.. kena bayar jugak kata dia..

EX5 tu beli cash.. jadi.. bila bila masa boleh jual balik.. aduhhhh.. sayang betul..

———-

Sepanjang malam semalam aku tak boleh lelapkan mata.. hati aku hancur luluh.. Allah aje yang tahu..

Aku tak dapat elakkan dari membandingkan diri aku dengan kak ana..

Dengan orang lain aku tak dapat banding la.. sebab.. kalau orang lain hidup mewah.. aku paham sebab suami isteri berusaha untuk dapatkan kemewahan yang sama sama impikan..

Tapi aku.. kak ana..

Kami punya suami yang sama.. tapi.. aku hidup macam nak mati menanggung derita bebanan hutang.. kak ana pulak.. boleh bermewah mewah dengan hidup dia..

Masa petang kak ana tolong cat kat rumah.. dia tanya.. kenapa tak buat para untuk letak dapur dengan gas.. aku senyap aje..

Hmm.. mesti dia ingat duit 1.5K yang dia pulangkan kat aku aritu.. masih ada lagi.. walhal.. semua dah habis.. semua dah lebur..

Aku pun tak cakap kat dia.. yang duit aku dah tak ada.. loan aku pun tak approve.. kalau aku cakap pun.. apa yang dia boleh buat untuk bantu aku?.. duit dia dah dia buat beli kerusi set baru..

Untuk tenangkan hati aku yang agak kecewa.. aku cuma pandang semua ni sebagai ujian dari Allah.. ujian atau pembalasan?.. aku terima dengan redha..

Semua dugaan dan ujian ni adalah pembalasan untuk aku yang banyak buat dosa pada mak aku.. dan suami aku.. dan kakak madu aku.. dan semua orang disekeliling aku..

Untuk manusia yang banyak dosa macam aku.. aku mengharapkan pembalasan atas segala dosa-dosa aku sebelum ni.. diberi ganjaran di akhirat sana.. aku tak mahu hadiah didunia yang tak kekal lama.. biarlah aku derita disini.. asalkan aku bahagia di sana..

Kalau korang kat tempat aku..

Agak-agak..

Korang SEDIH tak ???

Eh.. belum habis lagi..

Tadi aku cakap nak bagitau macamana.. walaupun tido lambat.. kita boleh bangun pagi tanpa rasa letih dah penat.. kan..

Nak tau macamana?..

Hm.. senang aje.. sebelum tido.. amalkan mengambil wudhu’.. dan kemudian barulah tido..

Walaupun korang tido lambat sewaktu embun jantan sudah mula menitis dinihari.. korang tetap boleh bangun pagi dengan badan yang tidak terasa sedikit pun keletihan..

Cubalah..

Percayalah..

So.. sambung balik emosi sedih..

Masuk rumah baru ni.. tak de satu pun barang rumah aku berganti.. kusi set yang aku ada kat rumah aku sekarang ni pun.. kak ana yang sedekah kat aku.. kalau ikutkan aku sendiri.. memang tak terbeli kusi set..

Jadinya.. yang ini ini jugak yang aku guna..

Kalau nanti kak ana tanya apasal tak beli baru.. apa aku nak jawab yee..

Malu pulak.. dia pandai manage duit dia.. aku…???..

Iskkkk.. iskk.. iskk..

Apa yang aku ada?..

Satu sen pun tak ada..

Oooowwhhh.. insafff~!!!!..

Mari Mengutuk :: Edisi ‘Sang Kerbau’ (( Episod 1 ))

October 30th, 2009

Hahahah.. seronoknya aku suka suka hati boleh kutuk orang dalam blog aku..

Aritu aku dah tulis satu entry.. masa tu aku nak kutuk bank la.. (( gara gara loan tak lepas )).. tapi.. entah le.. aku ingatkan fb otometik save dalam draft.. sekali.. tade pun.. huwaa.. ayat aku punya cantik masa tu.. tapi hilang.. hmm.. mungkin masa tu.. itu adalah petanda bahawa loan aku akan lepas la kan.. hehehe..

Kali ni.. aku nak start mengutuk orang yang paling aku menyampah kat tempat aku keje ni.. sebab dia berlagak sangat.. baru naik jadi bos.. dah berlagak macam kolej ni dia yang punya..

Kalau tak tau siapa dia ’sang kerbau’.. korang kena tengok balik entry² aku sebelum nih.. pastu.. kaitkan lah dengan tuan empunya diri.. huuu..

Then.. aku letak episod-episod kat title tu.. bermakna.. sessi kutuk mengutuk tidak akan habis.. sehinggalah dia hilang dari persekitaran aku.. kah kah kah..

Jom aku buat point sikit atas kebodohan dia..

(i) Lupa tarikh, hari dan waktu

Sekarang ni.. kalau terima email dari sang kerbau.. kami satu ofis mesti perhatikan waktu-waktu yang dia tulis dalam email dia..

Antara yang dia buat silap..

- Meeting

Dia hantar email untuk ingatkan kitorang ada meeting on Friday (( 23rd October, 2009 )).. tapi.. dia tulis dalam email.. meeting on Friday, 23rd NOVEMBER 2009..

Hahahaha.. kami semua cakap.. next month baru kita pergi itu meeting.. hahahahaha..

- Hiking Trip

Dia plan buat hiking trip ke National Park kat Teluk Bahang.. aku tanya Hong Xin (( lecturer kitorang yang jaga society )).. since Hong Xin punya projek.. kitorang semua mau support.. tapi kalau kerbau punya projek.. tamau la..

Hong Xin kata.. “It’s actually HE is the one wants to go.. then.. HE suruh society plan lohh..”.. hmm..

Then.. dalam email.. dia bagitau waktu berangkat dan waktu pulang..

Macam ni..

Leaving: 8.30pm from Han Chiang (back gate)

Returning: 5.00 pm Teluk Bahang National Park.

Keh keh keh.. nampak ke tak nampak??.. aku dah highlight dah tu.. wahahhaa..

- Semester Break

Masa sem break.. on Friday.. aku amik emergency leave.. sebab sofea demam.. masa tu sem break.. jadi.. tak de kelas pun.. student break maa..

The next Monday.. dia cari aku.. dia tanya..

“Err.. Farizah.. u on EL last Friday, right?..”

Aku jawab.. “Ya.. I give u my form already, right?..”

Dia jawab lagi.. “Ya.. but.. u have class right, morning.. friday morning..??.. C++ class…”

Aku pulak.. “Aikk???.. it’s SEMESTER BREAK, kan..???”..

Dia malu malu.. “Ooo.. yaaa haa..”..

Hehehe.. aku tau la.. dia nak suruh aku replace class.. sebab amik EL.. tapi.. sem break maaa.. kuang kuang kuangg..

(ii) Nak pergi conference

Oo.. ini sekarang jadi aktiviti masa lapang dia..

Cari segala conference yang boleh di pergi.. dan pergi dengan meminta kolej tanggung perjalanan ‘cuti-cuti’ dia.. amboiii..

Aku pun tatau pasai pa principal boleh layan dia nih.. merepek repek..

Dulu dulu.. diorang kata.. kalau hantar paper baru boleh dapat funding etc.. ini???.. cuma nak hadiri conference aje.. pun boleh di tanggung??.. ditanggung halal ke??.. cittt..

Aku ni.. boleh je nak buat macam dia.. cari conference.. p jalan jalan tengok orang present.. tapi.. aku ada anak kecil yang tak membolehkan aku p jalan jalan sangat.. huu.. lagipun.. banyak keje lain nak dibuat..

Dia tu.. bukan buat keje ape pun.. tapi buat buat sebok.. buat buat bz.. blah laa kerbau..

(iii) Serahkan kerja pada kerani

Dia memang kerbau paling mangkuk yang aku pernah jumpa..

Banyak dah kerja dia suruh kerani aje yang buat.. kesian Winja..

Banyak jugak cerita hal suruh suruh buat kerja nih..

Kalau korang dengar pun.. mesti sakit hati..

Antaranya..

- Graduation List

Dia suruh Winja buat graduation list.. winja pun buat la.. udah bos suruh kan.. nanti tak buat.. kata apa pulak.. kita orang bawah.. (( aku bawah dia.. tapi aku lawan aje dia.. ingat aku takut ke dengan dia??.. bukan dia kuar duit dia bayar gaji aku.. cehh.. ))

Satu hari.. dia p kat meja winja.. tanya.. mana graduation list tu.. winja pun bagi kat dia..

Kebetulan.. principal pun nampak dia.. dan tanya dia.. “Where is the graduation list..?”..

Dia pun.. depan depan winja.. bagi list tu kat principa.. sambil cakap..

“HERE IT IS.. I JUST FINISHED IT..”

Aaaa.. fuck-off lahh..

- New Silibus

Principal panggil dia masuk bilik principal.. dan ajar dia macamana nak tulis silibus.. satu per satu.. lama jugak dok dalam bilik tu..

Sekali.. dia keluar dari bilik tu.. dia terus bagi kat winja.. dan suruh winja buat..

Cehhhh.. senang hati aje..

Then.. winja pun buat.. sampai part winja tak berapa paham tulisan principal.. winja pun ketuk bilik principal.. dan tanya.. apa itu..

Principal pun.. “Why is this thing with u??.. i ask him to do it..”..

Then.. winja pun tak cakap apa..

But then again.. principal pun tak buat apa..

Pada dia.. since winja tak komplen apa apa.. means.. winja sanggup untuk buat apa apa saja..

Sampai part.. aku rasa.. principal pun susah jugak.. kalau bagi kerbau.. kerbau tak buat.. kalau winja tak buat jugak.. tak de sape lagi akan buat.. so.. terpaksa la dia biarkan semua nih..

Stupid principal..

Ok.. last untuk hari nih.. the most ultimate one..

Hehehehehe.. korang mesti gelak gile baca nih..

Sebelum aku reveal point terakhir nih.. aku cerita dulu sikit..

Kan sekarang ni musim orang p haji..

Dan orang p haji kan dapat cuti panjang..

Dan.. aku tak tau apa maklumat yang si kerbau ni dapat..

Yang menyebabkan dia dapat satu idea baru..

Idea yang dia rasa.. dia boleh gunakan.. untuk dapat cuti panjang..

Sebab dia memang pemalas nak buat kerja..

Tau apa yang dia nak buat??..

Keh keh keh..

Dia nak…..

(iv) PERGI KE MEKAH

KAAAAAAAKAKAKAKAKKAHAHAHAHKAKAKAKAHHAHAKAKHAKAHAKAHHAHAHAKAKAAHAHKAHHAHA,,,

Ada ka patut????…

Mesti dia tengok orang dapat cuti sampai sebulan.. sebab pergi Mekah.. pastu.. ada yang dapat penajaan ke.. apa ke.. jadi.. dia nak apply utk itu la..

Wahahhaa.. bodoh sungguh laaa…

Kalau ini pun principal + direktor yang rata-ratanya orang cina boleh tertipu……

Lagi beso la aku gelak.. wakakakakakkakkaa..

Reaksi kami kat opis?.. hehehehe..

Lim : Eeee.. mana boleh.. i tau la.. i baca mastika.. orang bukan islam tak boleh masuk Mekah..
Annie : Aik?.. why aa?? he sembahyang wrong god already aaa???..
Rina : Mau pergi ka??.. sudah potong ka braderrr..???..

WAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAAHHA..

Mari Mengecat

October 28th, 2009

Hehehe.. setelah berjaya memaksa husband aku untuk memulakan kerja kerja mengecat.. maka.. malam tadi.. ermm.. Rabu malam Khamis.. (( nasib baik bukan malam Jumaat.. rugi woo.. hahah.. )).. since malam tadi pun turn rumah aku.. jadi.. kami pun on~!!..

Selasa petang.. kami p kedai beli cat.. pilih punya pilih.. aku berkenan la pada 2 kale.. sebab aku nak buat kale corak corak sikit kat dinding.. plus.. akak aku telah aku lantik jadi consultant bahagian cat mengecat rumah aku.. huu..

Well.. kenapa aku lantik akak aku eh.. hmm.. masa sebelum dia balik semula ke penang.. dan keje balik kat sini.. dia dok rumah kat johor.. tak buat apa.. jadi.. dia isi masa lapang dia dengan mengecat rumah.. nak tengok hasil cat dia?.. lawa siott..

Ini gambar hasil kerja akak aku untuk rumah kat Kluang.. sape sape nak tengok live.. p la ketok rumah mak aku.. pastu pura pura cakap nak cari aku.. hehehehe.. pastu intai la dalam rumah yee..

Sat.. tengok ni..

Ini ruang antara bilik kat rumah mak aku yang akak aku dah decorate.. hehe.. lawa tak??

Aik?.. aku ada satu gambo aje ke??..

Hmm.. akak aku buat banyak design kat dinding rumah kat kampung tu.. tapi.. aku rasa.. aku tak copy masuk hp aku.. aku copy satu ni je.. tapi cantik woo dia buat.. udah time tu orang tak de keje..

Bagus jugak kan.. skarang ni dia dah boleh jadi consultant bahagian cat mengecat rumah aku.. hehehe.. berapa rate sejam?.. aku tanya dia.. sampai skarang pun tak cakap.. hmm.. aku blanje makan aje lah… heheheh..

So.. setelah melalui beberapa perbincangan.. dan beberapa gambaran yang ada kat otak aku nih.. so.. aku tau la sikit sikit macamana nak buat.. huuu..

Dan.. aku serahkan ruang depan rumah aku untuk akak aku curahkan idea dia.. well.. bukan idea dia sangat la.. aku cakap kat dia apa yang aku nak.. pastu.. dia cakap ok ke.. tak ok ke.. hehehe.. tu je la..

Tapi bahagian ruang depan tu tak start cat lagi.. sebab ada projek sikit lagi nak kena buat..

Bukan apa.. dinding rumah aku tu menggerutu macam jerawat batu..

Pemaju kitorang memang buat rumah macam tu.. rumah yang aku sewa ni pun.. pemaju sama.. dinding sangat sangat kasar.. anak dara aku selalu garu belakang dia kat dinding rumah.. hehehe..

Jadi.. ingat.. kalau ada masa.. (( dan ada duit lagi.. )) nak mintak abang zul tolong smooth kan sikit.. kat kedai hardware cina tu kata ada simen untuk bagi dia rata sket.. tapi kena sapu balik la.. nipis aje.. bagi ratakan balik.. tukang yang pandai buat simen halus.. reti la buat.. aku tak reti la buat sendiri..

Tapi.. itupun.. bergantung kepada kualiti abang zul.. sekarang ni pun.. adehh.. masih produktiviti rendah.. aritu kompom cakap hujung bulan boleh siap.. semalam.. aku p.. baru 2 ketoi mozek dia susun.. saboo je la makcik..

Hari hari kena ketuk.. kena marah baru jalan laju sikit..

Lepas ni aku pandai dah.. sebab aku peratikan.. bila aku bagi duit.. lagi dia tak buat kerja.. p joli dulu.. jadi lepas ni.. aku takkan bagi duit.. biar dia mintak sendiri.. sesak ke.. senak ke.. sebab kalau dia mintak sendiri.. dia pun malu nak mintak banyak kalau keje dia tak buat kan.. huuu.. aku nak delay.. lagipun memang duit loan tak dapat lagi.. hish.. aku makin meluat la dengan bank ni.. apa nihh.. sat lagi aku nyanyi lagu kutuk bank macam Namewee kutuk TNB.. baru tau..

Ok ok.. sebelum bebelan aku merosakkan mood aku.. baik aku teruskan cerita..

So.. malam tadi.. setelah persetujuan bersama.. tepat 9.30 malam.. kami pun berangkat ke rumah di Taman Lagenda.. rumah baru aku tu..

Bawak bekalan minuman.. susu si kecik tu.. tengok nih..

Bekalan kami..
Ekceli.. banyak yang dah terkeluar..

Termasuklah kipas berdiri..

Kipas berdiri..

Sebab kipas belum pasang jadi.. kena bawak bekal sendiri le..

Masa p tu.. anak dara aku belum tido.. jadi.. jenuh la dok melayan dia dulu sampai dia tertido.. dalam kol 10 lebih baru dia tido.. kesian anak aku..

Dalam gambar :
Anak dara tengah tido, “Momo”, puting, baby car seat, bantal kecit, henpon ibu, measurement tape, pensel, botoi susu, roti gardenia, tudung itam + alas plastik kale biru.. ho ho ho..

Nak buat macamana anak oi.. ini aje masa yang ibu ada untuk cat rumah.. sabar ye, sayang..

Setelah penat menampal nampal.. maka.. sang pro pun memulakan aktiviti mengecat.. hehehe..

Mari kita mula mengecat..

Aku buat belah bawah.. tapi banyak mengelat la jugak.. hehehe.. sat duduk la.. sat p betoikan lagu kat hp la.. sat sebok amik gambo la..

Sampai part aku tak larat.. aku pun.. baring sebelah Sofea..

Oh.. tak de gambo aku.. sebab tak de tukang amik gambo yang lain.. selain dari aku.. hahahaha.. takkan nak amik gambo sendiri kan.. poyo~!!..

Jadi.. inilah hasilnya..

Dinding Master Bedroom ku..
owhh~!!!

Aku yang pilih kale tu.. ingat nak pilih satu gelap sangat.. dan satu lagi cerah.. tapi.. nanti bilik jadi gelap pulak..

Oh lupa nak cakap.. dinding ni berada di bilik master.. heheheh.. bilik lain pun nak buat corak jugak.. tapi.. tak de la kotak kotak lagu nih.. lebih simple la..

Tapi 3-3 bilik semua guna kale ni.. aku tade idea nak pikir banyak banyak kale.. pening kepala.. cukup la untuk bilik semua se-kaler.. untuk ruang depan satu kale.. dan untuk ruang dapur pun satu kale.. dah.. 3 kali je kena pikir.. hehehe.. pemalas sungguh aku nih..

Hmm.. ok la kot eh.. dah tengok gambo untuk hari ini..

Dan selesai kale semalam ni.. untuk hanya satu ruang dinding ni.. pukul 2 pagi..

Balik.. lepas bersihkan kaki.. kemas itu ini sikit.. buat susu lain untuk anak dara.. terus aku tak sedarkan diri..

Tau tau.. pukul 5 pagi anak aku ter “hekk.. hekk..”.. aku pun turun ke toto dia.. suapkan dia susu.. dan terus sambung tido another 1 hour di sebelah dia..

Bangun pun mata punya berat.. tapi kena jugak bangun p keje.. sebab ada kelas pagi..

Hua hua hua.. malam ni rilek sehari.. sebab husband aku turn duduk sana.. esok Insya Allah sambung buat lagi.. aku nak cat satu dinding corak kat bilik 2.. pastu.. another day.. satu lagi dinding corak kat bilik 3.. barulah lebihan tu cat dinding kat bilik 1,2 dan 3 semula.. kalau ada lebih.. kalau tak.. putih pun jadi lahh.. fair and square lah.. hehe.. nak jimat punya pasaiii.. hehehe..

Aku beli cat 7 liter.. harga rm30 aje setong.. 2 kale.. makna.. rm60 aje la kan.. rasanya cukup untuk 3 bilik.. since bilik aku tu bukan semuanya dinding.. ada pintu la.. ada tingkap la.. tingkap pun beso.. jadi.. tak banyak la guna cat.. hehehehe.. seronokkk..

Ok.. cukup la pasal cat mengecat..

Sedikit update:

Aku baru dapat sms dari Ana.. berkenaan anak dia yang sumbing tu..

Macam ni sms dia..

29/10/09 12:31

Far, hari ni raymee cek jntg, alhamdulillah ank aku xde mslh..aku bsyukur sgt. Nxt 2 wk g bhg surgery plak.

Hmm.. entah.. baca sms dia.. aku dapat rasakan apa yang dia rasa.. seronok dan bahagia tak terhingga..

Rasa macam.. segala bebanan di hati yang susah nak digambarkan.. nak cerita kat orang pun.. orang tak paham.. orang tak tau.. kita aje yang rasa.. tapi.. nak tanggung.. rasa tak tertanggung.. hanya mampu pendam.. dan serah pada Allah..

Bila segala kesesakan dan kesenakan dalam hati tu tiba tiba boleh dihapuskan dengan satu berita gembira yang meluputkan segala idea idea negatif yang timbul dari minda yang suka memikirkan yang tidak tidak..

Terasa..

AAAHHHHHHHHHH… LLLEEEGGAAAAAA….

Dan rasa macam.. buat apa pun.. semua pasti menjadi..

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KAMI PADA MU, YA TUHAN…

Rempit Tetap Rempit

October 26th, 2009

Miahahahahahaha..

Gelak jahat nihhh..

Impian aku terlaksana.. ha ha ha~!!!..

Aku ni.. dari dulu lagi teringin nak p keje pakai baju kurung.. ayu ayu gitu.. bukan apa.. aku pun dah boring dok pakai seluar aje.. sampai aku rasa.. dok ulang ulang seluar tu jugak.. bukan banyak sangat aku ada.. 7-8 helai aje seluar kot.. pastu.. baju pun dah kurang.. sebab aku dah lama tak p shopping baju..

Baju aku beli.. bila dah bawak p keje.. jadi baju keje.. udah aku tak de baju jalan..

Sekarang ni.. aku yang memang malas nak melawa lawa bila p jalan.. tambah selekeh bila keluar.. hee.. cukup dengan seluar jeans.. ngan t-shirt hitam.. aku boleh jalan p shopping complex.. p mana mana aje aku nak p..

Oh.. iklan sat.. lari tajuk sat..

Minggu lepas.. eh.. ke 2 minggu lepas.. aku jalan dengan akak aku.. (( tiap tiap minggu pun aku p jalan dengan akak aku kan.. well.. dia duduk rumah pun kesian kat dia.. boring.. dok terkurung aje.. aku bawak la dia jenjalan.. ))..

Kitorang p tesco sungai petani yang baru bukak..

Masa tu.. aku dokong sofea..

Anak aku ni..aku suka bagi dia lawa lawa.. tapi.. aku ni.. hampeh.. pakai selekeh..

Akak aku dia memang lawa.. hehe.. dia memang jaga penampilan dia..

Time jalan tu.. kat kedai kedai.. ada la mamat nak suruh buat kad kredit.. dia tanya kat akak aku.. macam ni..

“Kak.. ini.. anak ke??”.. sambil dia tunjuk kat sofea.. yang aku dok dokong..

Akak aku.. “Laaa.. pasai apa pulak..”

Aku pun menyahot.. “Dah aku yang dokong.. anak aku la..”..

Mamat tu pun malu malu.. “Ohh.. ingatkan anak akak..”..

Pastu dia pun slowkan jalan.. tak follow kitorang lagi.. sebab malu dah kot..

Akak aku macam bara la jugak.. dia dok single mingle.. orang kata anak dia.. hehe..

Pastu.. aku cakap kat akak aku..

“Aku rasa.. dia ingat aku ni ‘bibik’ kot..”..

Hahahaha.. gelak beso akak aku..

Ok dah.. tutup iklan..

So.. itu le.. aku ni memang le rasa macam dah kurang sangat baju jalan.. dan banyak sangat baju keje..

Dan aku rasa.. dah bosan pakai baju sama p keje.. tapi aku tak boleh nak beli baju baru.. atas sebab sebab kewangan yang terhad la.. biasalah kan..

So.. aku pun bercita cita nak p keje pakai baju kurung..

Tapi.. aku hanya boleh pakai baju kurung.. kalau aku naik kereta aje..

Naik motor macamana nak pakai.. nanti aku terkangkang-kangkang.. jenuh pulak.. dulu dulu aku pakai jugak seluar fit kat dalam.. pastu aku rasa macam.. ntah apa apa.. aku pun malas.. bukan apa.. pakai baju kurung.. pastu pakai seluar kat dalam.. aku rasa macam merepek aje.. orang pakai kain dalam.. bukan pakai seluar..

Oh.. ada lagi satu cerita.. lawak..

Iklan lagi sekali

Ini cite pasal naik motor dan pakai seluarla ni.. hahahah..

Tau kan kain dalam.. pastu.. la ni.. ada jugak seluar dalam.. bukan seluar dalam yang underwear tu.. tapi seluar dalam panjang.. untuk pakai dalam baju kurung..

Ada macam macam kale kan.. ada hitam.. ada skin colour..

Satu hari tu.. cite ni lama dah ni.. husband aku amik aku dari opis.. masa tu zaman aku tumpang motor dia la.. time aku tak de motor sendiri lagi.. petang.. dia amik aku utk balik sekali..

Sampai satu part kat greenlane tu.. ada satu motor.. laju..dok potong motor kami..

Yang bawak motor tu.. budak pompan.. dia pakai baju kurung..

Oleh sebab dia pakai baju kurung.. dia pakai la seluar dalam panjang tu.. panjang la seluar tu.. sampai ke betis la jugak.. tapi..dia amik yang skin colour..

Itu pun tak kesah la..

Yang kesahnya.. dia ni naik motor.. pakai kain belah..

Udahnya.. time dia bawak laju tu.. kain belah dia tu dah mendedahkan kaki dia la..

Oleh sebab dia pakai seluar dalam panjang skin colour tu.. jadi.. nampak macam nampak kaki dia la..

Yang lawaknya.. memang la kain dia tu terdedah kan.. tapi.. jangan la dok biar terdedah beso beso..

Kain tu terangkat sampai peha dia terdedah la jugak.. boleh kata.. terawang awang kain dia..

Memang le ada seluar tu.. tapi.. hish.. usaha la jugak untuk cover..

Laki aku nak tergelak aje tengok gelagat minah tu.. sambil laki aku cakap.. “macam tu pun ada ke..??”

Yang aku kat belakang ni.. dok gelak aje la.. hehehehe..

Macam-macam ada..

Ok.. iklan dah habis..

Jadi.. sebagai merealisasikan impian aku.. since aku tak dapat beli motor skooter.. kalau scooter.. senang la nak pakai skirt / baju kurung.. tapi.. sebab mampu pakai EX5 aje.. so.. kita kerjakan apa yang kita ada..

Malam tadi.. husband aku susah payah tolong cabutkan bakul depan motor aku.. hehehehe.. pastu.. siap aku test lagi naik motor konon konon pakai baju kurung.. wokehh.. bolehhh..

Satu je problem.. nak bawak anak dara naik motor jadi payah lee..

Pagi tadi.. bila aku dah bersemangat nak anto sofea naik motor.. tapi.. tak berjaya.. sebab.. baju kurung aku memaksa aku mengambil ruang duduk sofea.. huuu.. kesian diaa.. jadi.. tugas menghantar pagi tadi dilakukan oleh abah sofea..

Untuk esok.. mungkin aku kena bersiap lebih awal untuk antar dia p nursery naik kereta balik.. huuu…

Lepas ni.. nak ajar dia duduk belakang la pulak.. senang sikit nanti.. hehehe..

Oh.. lupa.. since bakul dah buang.. malam tadi kitorang p beli sling bag.. untuk aku letak kad touch n go.. + purse + hp.. dan segala apa yang boleh masuk dalam bag tu.. alah.. beli bag murah aje.. 10 hengget.. hua hua hua..

Pagi tadi.. lepas abah anto sofea.. aku dah amik minyak.. aku tunggu la encik husband..

Dia sampai.. ada pompan lain atas motor dia.. huuu..

Biasalah.. kak ana keje pagi.. tapi tak terjaga.. encik husband kena jadi driver la..

Kali ni dia tak telepon banyak kali.. sebab tau penangan aku kot.. dia bagitau dah lambat sangat.. aku rasa dia ingat aku dah p awal kot.. so.. dia bagi sms la.. ho ho ho..

Kalau ikutkan.. aku boleh je nak p dulu.. tapi.. saje la kan.. aku nak tunjuk kat dia yang.. “aku tau apa yang ko buat..”.. atau bahasa inggerisnya.. “I know what you did.. last summer..”.. ho ho ho..

Bila motor husband aku lalu kat tempat aku tunggu dia.. husband aku buat buat tak nampak la konon.. oo.. cover line ye..

Aku pun.. p hambat motor dia.. pastu dah sampai sebelah dia.. aku hon..’pinnn’.. hehe.. sambil sengih..

Pastu aku pun pecut.. husband follow..

Dengan baju kurung.. aku merempit.. nasib le.. gua dah lambat beb..

Sampai kat jambatan.. husband aku lepas dulu.. tapi dia tunggu aku kat tepi..

Aku lalu.. tengok dia.. aku pun jalan le.. ingatkan member follow la terus..

Naik jambatan.. aku tak tunggu dah.. dok tengok cermin sisi.. tade pun orang follow rapat.. aku pecut aje la..

Rupanya.. dia dah terlepas aku.. dan aku dah terlalu laju untuk dia kejar..

Tak pe la.. nak buat macamana.. MEK BIAGGI memang bawak laju macam tu..

Aku dapat punch pukul 8.05am.. huu.. rasa pagi tadi dah kuar lambat.. awat masih awal lagi kat han chiang nih.. hehehe.. saje berlagak kata bawak cekap la konon.. hua hua hua..

Well.. motor EX5 aku tu.. kelajuan maksima dia sampai 120 aje.. aritu.. aku bawak.. lagi 2 tiang kecik aje nak sampai habis meter tu dah.. tapi tak sampai..

Tadi pun.. waktu dah 114 gitu.. aku dok tekan lagi.. tapi tak boleh.. tayar jadi goyang.. angin kuat sangat..

Ishh.. bila nak dapat sampai habis meter tu nihh.. aku teringin sangat nak buat..

Pakkal aje EX5.. kalau LC.. dah satu empat, satu lima aku lenjan.. huuu.. sabau.. sabau..

Hmm.. so.. warga Penang.. lepas ni.. kalau nampak EX5 tengah rempit.. siap pakai baju kurung pulak.. jangan le terkejot ehh..

REMPIT TETAP REMPIT..

Wahahahahahaha~~!!!!!

Skill List :: The ‘Undesirable’ Skill ???

October 26th, 2009

Huu.. dari aku layan mata ngantok nih.. (( amik breakfes berat.. pastu.. mata pun berat.. )).. baik aku cuba update skill list anak dara aku yang sorang tu kan..

Aku ada 30 minit lagi sebelum next class start.. hmm.. ada yang tulis notes sambung sambung sat lagi nih..

Ok.. jom kita cecepat.. tengok apa update dari yang bulan lepas..

Bulan ni.. hmm.. Month 17.. a.k.a Setahun Lima Bulan..

Another gigi geraham

Macam aku update dalam entry dulu.. ada 2 lagi gigi geraham baru tumbuh.. kali ni.. belah bawah pulak.. kiri dan kanan..

Jadi.. total semua gigi..

Belah atas - 4 (( gigi biasa )) + 2 (( gigi geraham ))
Belah bawah - 4 (( gigi biasa )) + 2 (( gigi geraham ))

Semua sekali.. waahhh.. ada 12 batang gigi dahh..

Pastu.. kalau tengok dia senyum bila suruh tunjuk gigi.. nampak la gigi atas tu macam mancung sikit.. biasalahkan.. orang suka isap puting..

Lately aku suka tanggalkan kalau dia tak buat apa apa.. macam tido ke.. dari biarkan dok dalam mulut dia dan memancongkan lagi gigi dia.. baik aku keluarkan kan..

Kengkadang.. dia kuarkan sendiri bila dia tak sedo tu.. huuu..

Bila dalam seminggu aku buat gitu.. nampak la gigi dia tak berapa mancung.. hmm.. kena rajin la buat gitu kalau tamau ‘kemancungan’ gigi dia tu stay macam tu.. tak pe.. I will.. for the sake of my doter, of course.. huu..

Nak makan sendiri

Hmm.. dulu dulu aku rajin jugak bagi dia makan sendiri.. kalau betul betul rajin.. aku alas la tempat duduk dia.. pastu biarkan dia makan sepah..

Tapi biasalah.. benda tu ikut mood ibu dia.. hehehe..

Sekarang ni.. bila dah pandai.. dia sendiri yang mahu makan sendiri.. jadi mau tak mau.. kena bagi la kan..

Tambah melatih aku bersabar tu.. bila dia pandai nak makan pakai sudu sendiri.. mungkin at nursery depa bagi dia makan pakai sudu.. dia nak pakai sudu la.. pastu.. kalau kita pegang.. dia tamau.. dia nak pegang sendiri..

Hah.. amik la anak oi.. menyampah betul..

Makan nasik kepal

Oleh sebab dia nak makan pakai sudu.. ala ala anak mat saleh gitu.. dan aku pun kesian jugak.. sebab tengok dia cedok nasik tak masuk masuk.. masuk la sebutir dua.. tapi.. member tetap usaha.. go Sofea.. goo..

So.. sebagai ibu mithali.. aku pun mengepal-ngepal kan nasik tu.. kalau ada ikan.. aku kepal dengan ikan.. kalau ada ayam.. kepal dengan ayam.. kalau ada sayur pun.. aku kepal sekali.. hu.. semua pun masuk mulut + perut dia.. semua telann..

Tapi.. kalau dia dah start rasa ayam sahaja.. haa.. siap la.. nasik dah tamau.. nak ayaamm aje.. huishhh..

Kuat makan

Hm.. kalau aku tengah makan.. dan dia nak join a.k.a mengecek makanan aku.. hehehe.. korang tau apa sang ‘ibu mithali’ ni buat?.. keh keh keh.. well.. aku kan tak makan bawang.. so.. semua aku bagi dia..

Apa apa yang aku tak makan.. atau tak minat.. semua dapat kat anak aku.. jadilah dia tong sampah aku.. huu.. tak senonoh aku nih..

Semalam.. p makan.. akak aku order kerang.. aku tak makan kerang.. aku bagi kat anak dara aku.. huu.. semua dia telan.. hmm.. gasak le anak oi..

Kat nursery pun.. akak tokei tu cakap kat aku.. sofea ni semua dia mau makan..

Dalam reramai budak yang dok tunggu nak makan tu.. mulut dia le yang paling beso sekali.. heheh..

Makan nombor satu anak aku nih.. best betoi..

Kengkawan aku yang ada anak.. dok tengok anak aku makan.. semua kata.. “kalau aku ada anak macam ni.. seronok.. semua aku bagi makan..”.. hehe.. aku pulak.. selalu hadkan makanan dia.. nanti dia obes.. susah pulak aku.. so far.. ok jek..

Aku tak bagi sangat makan makanan ringan.. (( selalunya.. aku aje yang makan.. hahahah.. )).. kalau ada gula-gula.. aku tak bagi tetiap hari.. at least.. selang sehari..

Aritu beli gula-gula yang ada tangkai boleh pegang tu.. satu peket ada 20 batang.. aku bagi dia kadang kadang.. tamau dia suka yang manis manis sangat.. plus.. sebenarnya aku tak mau dia kotorkan baju dia.. bila makan gula-gula.. suka menjejeh jejeh sampai ke baju.. adoii..

Tapi.. bagi apa pun semua masuk.. hua hua hua..

Jalan secara mengundur

Aku tak tau jalan undur tu satu skill.. sehinggalah.. beberapa minggu lepas.. jiran depan rumah aku tu tanya kat aku.. dia ni.. ada anak 2 orang.. yang first tu dah darjah 1 baru dapat yang seken.. yang seken tu.. muda 6 bulan dari sofea.. jauh beza anak first dengan second kan..

Then.. dia ada pengalaman la kan..

Dia tanya aku.. sofea dah pandai jalan undur ke??..

Hmm.. lepas tu baru aku paham.. kenapa anak aku dok cuba jalan undur.. rupanya.. itu satu skill jugak..

Masa awal awal tu.. bila undur.. terhuyung hayang jugak.. sekarang ni.. dah terer jalan undur dah.. huu.. aku pun terkejut..

Kengkadang dia saje saje nak gurau dengan aku.. dia jalan la undur.. laju plak tu.. kita yang takut dia langgar apa apa.. hishhh..

Pandai menyanyi

Hahaha.. ini tak turun dari sape sape lagi la ni.. memang turun dari aku la.. kompom..

Sebelum ni aku kata dia akan ikut apa yang aku nyanyi tang hujung hujung tu je kan.. la ni.. huu.. bila dengar lagu.. dia nyanyi sendiri..

Lagu feberet dia - MATAHARI - Agnes Monica..

Kalau dengar lagu tu kat radio.. dengar jugak la suara kecik dia dok “haaa.. hooo.. hmm..” entah apa apa bunyi.. sama dengan lagu tu.. tapi selow aje la.. sebab radio tu kuat.. kalau slowkan radio.. lagi slow la bunyik anak aku.. huu.. dia ikut bunyi radio daa..

Tepuk badan

Aritu aku cite pasal.. dia tepuk badan dia sendiri untuk tido kan?..

Haa.. sekarang ni dah pandai.. bila dia tengok aku nak tido.. dia pulak tepukkan badan aku.. hahaha..

Biasanya hujung minggu.. anak dara aku la bangun dulu dari aku.. bila dia dah bangun.. dia tak kacau pun aku tido..

Cuma.. bila aku berpaling membelakangkan dia.. sebab aku masih nak layan mata utk tido.. dia akan bangun dengan ceria.. dekat kat aku.. dan.. “pap.. pap..”.. dia tepuk aku.. suruh sambung tido.. haii.. anak anak.. macam macam..

Memula dia tepuk pelan la.. makin lama makin kuat.. makin lama makin kuat..

Ade sekali tu.. memula dia tepuk kat bawah pinggang aku la kan.. tempat biasa untuk tepuk budak tido.. bila makin kuat.. aku buat derk aje.. sebab aku still boleh tahan.. kuat mana sangat tangan kecik tu boleh tepuk kan..

Sekali.. “PAPPP~!!”.. dia p tepuk kat pipi aku..

Aduuhhhh.. adik ni pesai pa tepuk ibu ni??.. sakit la..

Nanti dia pun.. “hehehehe..”

Isk.. sabo je la..

Sekarang ni.. dia rasa sakit kot tepuk aku.. atau dia tengok aku selalu alas bantal untuk tepuk dia.. dan aku tepuk atas bantal tu..

Kat aku pun.. dia amik bantal.. letak atas aku.. dan tepuk atas bantal tu.. huu..

Semalam lagi lawak..

Dia ni memang senang imitate.. budak budak kan.. semua boleh absorb..

Bila dia batuk.. aku tepuk tepuk la belakang dia.. (( aku pun tak ingat bila aku buat ni.. tapi.. biasa lah kan.. ))

Semalam.. aku dengan akak aku p carrefour.. time nak cari parking.. anak dara aku terbatuk..

Bila dia batuk.. dia p tepuk tepuk kat dada aku..

Baru aku perasan.. “aikk??.. apesal tepuk kat aku.. dia yang batuk..”

Aku + akak aku gelak aje la..

Pastu.. akak aku pura pura batuk.. “Koh.. koh.. mak long batuk ni.. tepuk kas..”

Anak dara aku.. berusaha bangun.. dari atas riba aku.. nak tepuk kakak aku.. well.. akak aku yang memandu.. aku awal tu pegang anak dara aku tido.. tu yang aku tak drive..

Tarik aku bangun tido

Since 2 minggu lepas.. anak dara aku dah pandai dahh..

Dia kan bangun awal.. dan kalau aku malas nak bangun lagi.. dia memang tak kacau..

Dia takkan kacau aku.. sehinggalah.. sehingga pampers dia ada isi yang dia tak suka.. hehe.. makna kata.. dia berak la..

Biasa bangun pagi memang dia berak.. dan aku memang selalu tunggu sampai dia berak.. senang.. terus mandikan dia..

Bila dah berak.. dia pun tak selesa.. dia pun nak suruh aku bangun la..

Selagi aku tak bangun.. dia dok bertahan la kat situ.. dia takkan duduk.. atau.. kalau tak larat berdiri atas katil.. dia baring sambil tertonggeng.. geli la kot.. ada benda lembik lembik dalam pampers kan..

Bila aku dah nak bangun.. aku pun tanye.. “berak ke??”

Dia pun tepuk tepuk bontot dia.. “rakk.. rakkk..”.. sambil angguk angguk..

So aku pun cakap.. “ok.. jom mandi.. p turun.. tarik ibu..”

Dia pun usaha turun katil..

Semalam, bila dia turun katil.. aku ingatkan dia nak terus tarik tangan aku..

Tapi.. dia p kat meja belakang kepala katil kitorang tu.. tau dia buat apa??..

Hhehe.. dia amikkan spek mata aku.. pastu bagi kat aku.. ho ho ho.. pandai anak aku.. tau dia aku ni rabon..

Then.. dia pun tarik tangan aku..

Aku pun.. “uiii.. kuatnya dia.. kuat nyaa..”..

Member pun seronok la.. tarik tangan aku sebelah aje.. tapi boleh buat aku terbangun..

Then.. kami pun off ke bilik air.. bedebusshhh..

Buang pampers sendiri

Sekarang ni.. kalau bukak pampers dia.. member mesti mintak kat aku nak buang sendiri pampers tu.. hmm.. tak pe.. aku pun bagi la.. kalau pampers takde taik aku bagi la.. kalau ada.. aku p buat sendiri la.. buatnya terceceh ke sat gi.. lagi banyak keje aku nak kena buat.. huuu..

Tong sampah utk pampers dia kat rumah tu.. tong sampah bertutup.. jadi.. dia akan bukak pelan pelan tutup tu.. dan masukkan pampers dia..

Pastu aku puji la.. “uuuiii.. pandai nyeee..”

Member pun sengih aje sambil datang menuju kat aku ke bilik air..

Main gayung

Ini dia suka buat sekarang ni.. aku kalau rasa nak mandi lama.. aku tanya dia dulu..

“Nak mandi dalam besen tak..??”..

Dia pun.. “mauuu.. mauuu..”

Aku pun bagi la besen mandian dia.. pastu bagi isi air sket.. pastu biar dia main dengan gayung..

Dia seronok dapat cedok air pakai gayong tu.. pastu dia curah air tu ke luar besen.. aiyeee.. habis la air.. penat je dok kumpul.. suke hati la anak oi..

Yang paling tak best.. bila gayung tu penuh.. dia bukan buang air tu.. tapi.. p minum ayaq dalam tu..

Kengkadang aku tak perasan.. tau tau dok.. “hmmm…”.. citt.. sedap la tu..

Bila dia nak buat lagi skali.. aku pun.. “oii.. oiii..”.. member pun.. terus buang ayaq dalam gayung tu.. oo.. pandai pulak cover line..

Isk.. banyak pulak cerita hari ni.. tapi aku ada kelas ni.. simpan dalam draft dulu la.. sat lagi lepas kelas aku sambung eh..

Ok.. kelas pun dah habis.. solat zohor pun dah selesai.. boleh sambung lagi..

Next..

Mula bercakap

Cehh.. yek yek je aku.. tade la cakap bebetoi pun.. tapi.. dah boleh la nak paham sket sket apa dia cakap..

Contohnya..

Bila berjalan naik kete.. bila kete berenti.. makna kata dah sampai destinasi.. nanti dia cakap..

“Yeeeyyy.. jommmm… patttt”.. (( Yey, jom, cepat ))

Pastu.. kengkadang.. ada la 2-3 kali jugak aku dengar dari mulut dia..

Bila aku bagi susu kat tangan dia.. dia cakap..

“Cehhhhhh”.. (( Time kacihh.. ))

Hehehe.. itu mesti dok tiru akak / abang kat nursery yang beso sket je dari dia kan.. tu yang terer tu..

Hishh.. sekarang ni macam tak boleh nak pikir pulak ayat ayat cinta dari bibir mungil comel anak aku tu.. lengkali la aku update eh..

Tapi yang last ni.. paling penting.. ini skill baru.. paling ultimate nih..

Sebelum aku reveal.. aku nak cite dulu..

Aku perasan benda ni masa ari sabtu baru ni.. masa p beli mozek dengan encik husband dan cik sofea..

Bila masuk ruang banyak sinki table top yang cantik cantik tu.. dan dalam area tu semua barang bilik mandi.. ada toilet bowl.. ada bath tub.. ada itu.. ada ini..

Anak dara aku yang aku bagi jalan sendiri tu.. punya seronok.. dia p sana.. p sini.. tarik tu.. tarik ini.. aduuhhh..

Kejap kejap.. aku angkat la dia.. tapi.. anak dara dah makin berat.. tak larat angkat lelama..

La ni pun pinggang aku rasa koordinat tak berapa betul.. sakit belakang pulak.. sebab salah teknik bawak or angkat dia la.. aduuuu..

Satu part.. kat kedai tu.. dah tak larat nak angkat dia.. aku pass le kat abah dia..

Entah macamana.. kot cina kedai tu dok usik dia.. cakap macam.. “haa.. jangan usik usik aa.. nanti picah kena tangan.. bla bla bla..”

Aku pulak dok ghalit pilih barang.. tetiba baru perasan.. anak aku senyap aje..

Dia telangkupkan badan dia.. dok dakap abah dia.. sambik di dokong..

Aku tanya husband.. “dia tido ke??”

Husband aku kata.. “tak la..”

“Aik?.. pastu kenapa dok gitu?.. senyap aje..” aku tanya..

Husband aku jawab..

MERAJUK

Haaa??.. dah pandai merajukk??..

Lama jugak aku tengok dia dok terlangkup dalam dakapan tu.. senyap aje.. mata dok kedip kedip tengok keliling.. tapi kepala lentok kat bahu abah.. hmm..

Bila aku tegur.. dia nak la aku dokong.. pastu.. dok lentok kat aku pulak..

Terpaksa la aku pujuk sat.. tunjuk kepala paip.. tunjuk tempat letak sabun..

Bila dia dah start nak pegang apa yang aku tunjuk.. baru dia angkat kepala.. dan start sengih.. hehehe..

Amboii.. anak dara aku dah pandai merajuk kooo..

Then.. aku ingat sekali aje dia buat..

Semalam.. aku awal tu keluar dengan husband + kakak aku.. then.. sampai kol 5.. husband kena balik.. amik kak ana balik keje.. so.. aku sambung journey dengan akak aku la..

Malam.. kami makan kat kedai..

Anak aku.. entah pasai pa.. tetiba dia merajuk lagi..

Hmm.. dapat la jugak amik gambo orang tengah merajuk..

Tengok nih..

Merajuk pun boleh tengok kamera.. huu..
Sedih je muka dia..

Syok jugak bila dia merajuk.. jadi dia tak le nakal sangat..

Tapi aku tamau biasakan dia merajuk lelama.. nanti jadi habit pulak.. setakat 2 kali merajuk ni.. sat je.. pastu aku pujuk balik.. tapi tak pujuk la atas apa yang dia rajukkan.. aku layan benda lain.. macam aku panggil kucing mai ke.. dia seronok la..

Hm.. macam macam perangai budak budak kan.. seronok.. hehehe..

Last.. tengok la gambo masa dia main lari lari dari aku.. hishh.. tak dapat amik gambo elok.. sabo je la..

Hooopppp..
Tak dapattt~!!!
Oh lupa..

Berbalik kepada tajuk..

THE ‘UNDESIRABLE’ SKILL tu adalah SKILL MERAJUK tu la..

The very very tidak di desire oleh sang ibu.. oh anak.. jangan la kuat merajuk.. ibu tak reti nak pujukkk.. huuuuuu..

LARI DARI RUMAH

October 22nd, 2009

Huu.. ini first time aku buat.. selepas aku ada anak.. keh keh keh..

Bukan first time dalam hidup pun.. sebab masa aku pregnant dulu.. sebelum sebelum tu.. kalau aku tensen.. aku p lari ke Padang Besar sana.. sebab shuk dok kat situ.. sekarang ni.. aku dah susah nak lari mana mana.. sebab (1) .. ada anak kecit.. (2) .. tak de port sesuai.. (( shuk dah balik dok dengan family dia.. sat lagi aku sampai tetengah malam.. terkejut beruk pulak mak bapak dia.. kesian pulak.. ))

But then.. akak aku baru pindah rumah baru.. plus.. encik hubby tatau rumah baru akak aku.. so.. dia tak boleh cari aku le.. kuang kuang kuangg..

Apa yang menyebabkan aku boleh amik keputusan jadi ‘pelarian’.. hehehe.. ada kisah di sebalik nya.. korang jangan tiru aksi aku.. sebab aku memang ‘kamikaze’ punya orang.. tu yang husband aku pening dengan aku tu..

Well.. orang nak kata aku bukak pekung ke.. aku jaja cerita ke.. aku dah tak peduli..

Untuk orang yang macam aku.. melalui penulisan.. aku release tension aku.. since aku banyak lalui perkara dalam hidup aku ’sendirian’.. aku dah biasa lepaskan tensen melalui cara ni.. yang penting.. aku nak release.. so that aku tak jadi ‘gila’ sorang sorang.. jenuh la kalau aku kena penyakit mental.. sapa nak jaga anak aku pulak nanti.. huuu..

……….

Isshh.. geram betul aku.. kenapa la encik hubby tak faham aku.. yang mana.. aku kalau ada masalah kewangan.. aku akan fikir dan fikir dan fikir.. sampai aku pun buntu.. dan selagi aku tak dapat jawapan.. dan penyelesaian.. aku akan fikir dan terus fikir.. plus.. terus membebel.. terus merepek.. terus macam macam.. sampai masalah aku selesai..

Then.. bila aku bengong tu.. dan encik husband pun biasa buat kerja dalam ‘diam’.. lama lama.. dia pun meluat dengan aku.. dia pun naik darah..

Dalam hati aku masih tak puas sebab kewangan aku sangkut.. pending another 5K.. itu tak termasuk harga grill tingkap.. aku merepek repek sampai aku cakap kat dia.. aku sanggup duduk rumah tu walau tak de grill..

Aku cakap.. duduk je diam diam.. bukan orang tau kita ada grill ke tak de.. kita buat macam konon konon kita pasang grill kat dalam.. jadi.. tade le pencuri masuk..

Husband aku bengkek la dengan aku..

Then.. macamana ntah dia buat.. 2 hari lepas.. dia hulur kat aku 3K.. aku tanya mana dapat.. dia kata rompak bank.. dia kata.. dia ajak aku rompak.. aku tak mau ikut.. huiii.. kalau dia ajak aku p rompak.. aku takkan amik 3K aje.. aku amik 3 juta~!!!..

Dia tak ajak pun..

Pastu dia gelak gelak..

Hati aku lega sket ada duit tu.. but still pending la kan..

Then.. kak ana bayar 1.5K.. so.. tambah la lega.. ada 4.5K.. syukurr..

Tapi.. aku bukan jenis yang akan ‘plinkk’.. berubah emosi kepada ‘okay’ dalam sekelip mata.. sebab hati aku masih meliba melibur utk cari another K yang perlu untuk betul betul selesa..

Kebetulan…

Masa tu husband aku belum balik.. akak RHB telepon cakap pasal loan aku dan terms² yang aku kena buat..

Bila husband balik.. aku tak cakap pasal loan tu.. aku cuma mintak pendapat dia.. aku tanya dia.. patut ke aku cari bank lain.. utk dapatkan loan.. atau.. just stay dengan apa yang dia bagi aku pinjam tu.. (( plus nanti dia cari lain.. tambahan lagi.. ))

Dia kata.. try la cari loan jugak.. mana tahu boleh cover lebih sikit..

Btw.. duit yang dia bagi aku tu.. kira pinjam aje.. aku rasa dia buat loan.. kat koperasi ke ape ke.. pastu dia kata.. nanti duit bulan bulan kat aku.. kena potong sikit.. (( sebab dia nak kena cover loan tu le.. huu.. )).. tak kesah la..

Tu pun aku tanye.. berapa lama kena potong..?.. dia kata.. ’selama lamanya’.. aiii.. tak ci.. aku pun amik kalkulator.. kira berapa bulan yang patutnya kena potong.. ohhh.. setahun setengah aje yee.. lepas habis hutang.. duit bulanan kembali kepada jumlah asal.. hehhe..

Aku saje je.. duit dia bagi.. bukan aku harap pun.. berapa nak bagi pun bagi la.. kalau tak bagi.. nak buat macamana kan..

Then.. oleh sebab aku masih mengong memikirkan mana nak cari lagi.. aku pun sambung merepek lagi..

Last-last.. husband geram dengan aku..

Semalam.. aku dah p keje.. dia sms..

Dia kata.. dia amik balik 3K yang dia bagi kat aku tu.. plus.. dia amik jugak 1.5K yang kak ana bayar kat aku tu.. dia amik semua~!!!..

Dia kata.. 1.5K tu pun duit dia jugak..

Well.. memang lah..

Meh aku cite pasal duit 1.5K atau 2K yang awal kak ana pinjam tu..

Sebenarnya.. duit tu.. husband aku punya duit.. kitorang dah asingkan utk buat something.. tapi.. utk elakkan kak ana fikir apa apa.. dia suruh aku jaga duit tu.. sampai apa yang kitorang nak buat tu selesai..

Bila duit tu duit aku.. jadi.. kak ana hanya boleh ‘pinjam’ aje la.. kalau duit encik husband.. kak ana suka ‘amik’ aje.. (( pinjam dan tak pulang.. ))..

Kan bertahun aku tunggu dia pulang.. aku nak mintak pun segan.. bukan duit aku..

Then.. bila ada peluang untuk aku buat ’something’ yang aku nak buat tu.. aku pakai duit aku.. dan akhirnya.. perkara tu selesai..

Sebab tu aku tak heran kalau kak ana tak pulang awal.. sebab benda aku nak buat tu.. dah settle.. aku dah buat.. pakai duit aku..

Jadinya.. secara logiknya.. duit yang ada kat kak ana tu.. duit aku la kan..

Aku explain banyak kali kat husband.. tapi dia macam buat derk aje.. dan masih anggap duit tu duit dia..

Sebab tu dia amik..

3K + 1.5K.. semua dia amik..

Dia amik tu sebab dia geram dengan aku.. dia kata nak suruh aku berubah.. dia kata terpaksa buat secara ‘kekerasan’..

Keras la tu konon.. aku tak rasa keras pun.. aku rasa.. dia saje nak dengki aku.. time aku susah sangat sangat.. time tu la dia nak tambah menyusahkan.. grrrr..

Geram betul..

Then.. semalam.. aku bagi sms kat kak ana.. habaq time kasih sebab bayar.. aku cakap.. tapi aku dah tak boleh guna duit tu.. sebab abang dah amik.. so.. aku cakap kat dia.. aku nak p amik duit kat ah long..

Kak ana balas.. “abang nak buat apa dengan duit tu?”..

Hehehe.. member takut..

Aku cakap.. “tatau dia.. nak p menikah kot.. kami tengah dok kira duit ni.. best betul.. duit banyak~!!!”..

Konon konon aku dah sampai kat opis ah long la.. dok kira duit riban riban..

Walhal.. korang tau aku kat mana???..

Hehehehe.. aku kat kaunter bank RHB la.. apa nak buat beb.. aku kena terima deal yang RHB bagi aku.. sebab aku sangat sangat sesak.. 10K.. 13.45%.. arrggghhhh.. bank lah ah long yang legal.. tau tak???..

Pastu kak ana tak balas apa apa..

Petang semalam.. balik rumah.. aku cepat cepat kemas kemas.. amik anak aku.. dan p rumah kakak aku.. tido kat bilik sempit dia..

Heheeh.. kakak aku la ni dok dengan budak budak bujang.. tapi akak aku amik bilik kecik aje.. sebab barang dia tak banyak.. (( tak banyak.. tapi lengkap.. ))..

Rumah dia.. aduii.. nanti aku bagi entry lain.. nak kutuk housemate dia.. kakak aku pembersih.. yang lelain ?.. masya Allah.. kucing ada.. arnab ada.. hamster ada.. masuk rumah tu.. bau punya busukk.. tu yang kitorang dok dalam bilik aje.. bilik akak aku aje yang wangi.. haii budak budakk..

Akak aku pun tak tanya apa.. dia paham la..

Aku pun tak cerita apa.. aku tak reti nak ‘mengadu’ pakai mulut.. aku cuma pandai tulis aje.. macam tulis blog nih.. huuu..

Aku rasa.. akak aku mesti pelik.. sebab aku act macam biasa.. tade pun dok check hp selalu.. atau mata bergenang air ke.. aku borak macam biasa.. cite pasal keje.. cite pasal anak dara..

Tu yang mak aku penah cakap.. aku nih.. kalau ada masalah.. orang tak tau.. huuu.. aku bukan berlakon beb.. tapi.. ini lah aku..

Last-last.. malam tadi pukul 11 lebih baru boleh lelap.. lepas sembang dengan akak aku.. sambil dia buat keje..

Pukul 4.30 pagi.. terjaga.. akak aku kena p KL.. pukul 5 orang amik dia.. memula aku ingat nak tinggal aje.. dan bertolak dari rumah dia.. tapi.. hmm.. tak syok la pulak.. kena tinggal.. so.. aku pun angkut balik barang barang.. dan angkut anak aku.. kami meredah gelap balik ke rumah..

Tadi pun seriau sikit.. sampai satu part.. kereta aku bau terbakaq..

Aku berenti.. masa nak berenti bawah lampu tu.. nampak asap sikit kat stereng..

Aik?.. apesal ehh..

Aku matikan enjen sat..

Takut pulak sat lagi enjen tak boleh start.. aku start balik.. boleh..

Bau dah ilang.. aku pun pelan pelan sambung perjalanan balik ke rumah..

Huu.. kalau ikut hati.. ari ni nak bawak kete.. tapi since tadi dah macam pelik.. aku pun amik motor kat rumah.. hehehe..

Semalam akak aku tanya.. “esok ko tido sini lagi ke??”.. aku cakap.. “tengok la dulu.. hehee..”.. member pun gelak aje..

……….

Laki aku tak bagi banyak sms.. dia tunggu aku tak balik.. dia pun balik rumah sana..

Last sms.. dia kata.. dia takkan pujuk aku dah.. dan sampai la ni pun.. tak de sms lain lagi dari dia.. gasak laa..

Duit loan aku kalau masuk pun isnin esok ni.. jadi.. sementara hujung minggu ni.. memang aku tak boleh nak p mana.. nak beli barang pun tak leh.. duit tak de.. kalau nak ikutkan.. nak kena cari mozek.. hmm.. isnin sempat la.. sat je abang zul pasang mozek tu..

Aku pun dah malas nak pikir pasal benda lain lagi.. selagi tak settle rumah tu.. selagi tu la.. pastu.. lepas ni nak kena pindah rumah jugak.. alah.. aku pindah 2 orang aje pun boleh.. tak larat angkat??.. upah la orang lori mintak tolong angkat.. aku pedulik hapee..

Agak agak korang.. macamana nak deal dengan orang ‘keras’ macam aku ni??..

Senang aje..

BUAT DERK..

Ibu marah pun..
Buat derk je..
Tengok tibi..
Sambil isap puting..
LAGI BEST~!!!

Hahahahaha~!!!

Update..

October 22nd, 2009

Hmm..

Ini warm-up sebelum aku tulis macam macam.. hari ni ada masa banyak sikit.. so.. boleh la berleter banyak..

Aku update semua cerita berdasarkan tajuk entry aku eh..

Update 1 :: Kecik Hati.. (( Lagi~?? ))

Haa.. kalau tau cite tu.. dan apa benda yang menyebabkan aku kecik hati.. well.. semua dah selesai.. tak kecik hati lagi dah..

Akhirnya.. sebagaimana di janjikan.. setelah aku bagi sms yang membuatkan aku rasa malu.. sebab aku memang malu la nak mintak mintak hutang ni.. tapi.. nak buat cemana.. dah terpaksa..

Aku ni jenis.. entah laa.. kalau aku isi applicatin form utk jadi Ah Long.. aku la ah long yang cepat bankrap.. sebab aku segan nak mintak hutang.. hehehe..

Dan untuk orang yang macam aku.. dah banyak kali jugak orang pinjam kat aku.. pastu terus ‘lupa’ nak pulangkan..

Kekadang aku halalkan aje.. kekadang.. bila time sesak sesak.. teringat ingat jugak duit aku kat orang tu.. kat orang ni.. tapi.. nak mintak malu.. mesti orang tu pun tak ingat dah.. huuu..

Lepas aku hantar sms aritu.. kak ana cakap dia nak bayar lepas dia dapat gaji.. dia cakap jugak dalam sms tu.. bukan dia lupa hutang dia tu.. dia ingat.. cuma.. dia tunggu duit pekej raya.. (( kilang ada buat pekej utk raya.. katakan masa raya korang keje katakan 3 hari.. boleh dapat sekian sekian amount.. )).. so.. dia buat tu.. dia kata.. untuk bayar kat aku le.. (( hmm.. walhal.. tiap tiap tahun pun buat pekej raya.. tapi tak penah pun pass kat aku.. hehehe.. gasak le.. ))

Aku tak bekenan sangat bila orang kata.. “aku ingatlah hutang aku kat ko tuu.. aku nak bayar.. bukannya aku tamau bayar..”..

Perkataan tu membuatkan aku rasa.. hmm.. rasa ape eh.. rasa geram ada jugak.. rasa menyampah ada jugak.. rasa malu ada jugak.. malu tu sebab.. macam aku beriya iya peringatkan orang tentang apa yang diorang dah tau.. dan diorang ingat.. huu.. tu yang aku malas nak kutip kutip hutang..

But then.. sebagaimana telah dijanjikan.. dia pun jelaskan semua sekali hutang beliau kepada aku.. lega sikit.. ada duit kat tangan.. boleh transfer fund pergi ke pakcik renovator.. keh keh keh.. tak dapat jugak duit tu kat tangan.. apa nak buekkk.. bukan hak aku..

So.. kosong-kosong aaa.. hehehe..

Update 2 :: Takut Dah ??, My Today & AH LONG

Well.. dalam tu.. aku cite pasal usaha aku p melawat semua bank yang ada kat malaysia ni kan.. pastu.. tak semua bank pun aku p.. hehe.. jenuh la nak p semua bank..

Basically.. aku buat loan pada 2 bank.. (( dalam Takut Dah ?? )).. dan satu bank.. (( dalam My Today )).. namun.. keputusan dari 3 bank tu.. aku dapat satu rejection dari 1 bank (( dalam AH LONG )).. hingga menyebabkan aku rasa macam.. arggghh.. mati la aku.. kui kui kui..

Well.. aku cakap je aku nak p cari AH LONG tu.. korang ingat aku berani ke??.. well.. aku bukannya tak berani.. cuma aku takut aje.. keheheheh..

Then.. rabu malam.. dapat panggilan dari RHB.. akak tu kata.. loan aku mula mula kene rejek.. sebab aku ada kad kredit dengan depa.. so.. diorang appeal lagi skali.. loan approve.. provided aku kena kenselkan kad kredit aku tu..

Tapinya.. dari 11K yang aku apply.. aku cuma diluluskan untuk 10K aje.. hmm.. 10K kat RHB.. bermaksud.. interest melambung.. 13.45%.. mampus laa aku.. pinjam 10K.. bayar balik 17.2K.. cisss..

So.. akak tu suruh aku pikir dulu.. dan kalau mau.. boleh datang bank.. kenselkan kad kredit.. dan bukak akaun terus dengan depa..

Hmmmm… apa agaknya keputusan aku?.. apakah yang berlaku selepas itu??..

Nantikan cerita selanjutnya.. dalam next entry.. keh keh keh..

Sabau sabau.. jangan komen apa apa dulu..

Update 3 :: Ready…???

Nak tengok progress rumah aku..?.. ini sehingga 2 hari lepas.. sebab semalam aku tak amik gambo.. ari ari p tengok.. tapi malas nak snap gambo.. hu hu hu..

Tengok aje la apa yang ada..

Plaster ceiling

Memula kan aku mintak abang man yang buat tu amik ada curve sket.. tapi dia kata macam pisang panas.. dia order.. tapi tak de.. aku dah kata sanggup tunggu seminggu pun.. udah kedai kata tak de.. (( tak de utk corak yang sama dengan yang aku ada la.. ))

So.. nak tak nak.. 90 degrees macam ni je la.. ah.. kira boleh la.. cantik dah tu..

Ok.. lagi..

Yang ni aku pun pelik.. mane ke abang zul dapat idea macam nih..

Tengok nih..

Ceiling dapur

Ade ke patut macam tu..

Nampak tak??.. satu part ceiling dapur tu tegak.. satu part lagi serong.. aduuhh.. apa jadi dengan rumah aku nanti nih..

Laki aku tengok.. dia kata.. “macam dok dalam igloo..”.. wahahha..

Aku tak pueh hati le.. aku mintak le encik hubby tolong telepon abang zul.. cakap nak cara lain..

Yang member ni.. since husband aku cakap dalam telepon aje.. dia ingatkan.. aku nak suruh ceiling tu tegak.. jadi.. dia kata.. kalau tegak.. dah bawahd ari bin.. sebab dia turunkan ceiling tu ke bawah lagi..

Lerrr.. petang tu aku p tengok.. aku cakap terus kat dia.. aku nak ceiling tu serong la.. sama macam bumbung.. idak le pelik bebeno satu tegak.. pastu satu serong..

Abang zul pun.. “oooooooooooooooooo…”

Kui kui kui.. so.. semalam dah betoi dah.. lega.. kalau dak.. aku mesti tak seronok masuk dapur rumah aku.. pastu.. mesti itu jadi alasan untuk aku tidak memasak.. kui kui kui..

Lagi.. tengok lobang almari aku.. cantik tauu..

Lobang almari + stor luar

Huu.. itu abang zul la tanye.. nak tengak ke.. nak macam ada shape sket.. aku mintak ada shape le.. huu..

Yang lobang lobang tu.. tu ruang stor.. lobang tu ada lebih.. lebih 5 ketoi.. so.. letak situ lee.. rugi la kalau buang aje kan.. hehehe..

Oh.. belah dalam lobang mau tengok ka??.. sat sat..

Lobang almari (( dalam ))

Semalam aku tengok.. dah siap simen elok dah.. hu.. tapi tak amik gambo.. bilik dah jadi gelap sikit.. amk gambo pun bukan nampak.. nak tengok real.. mai rumah la bebb..

Lagi..

Dan tengok aje la tempat antara ruang nih.. aku tatau orang panggil apa..

Ruang dari depan menghala ke dapur..

Ok la kan..

Lagi satu.. ini kebanggaan abang zul nih..

Ruang antara pintu bilik 1 + bilik 2

Kenapa jadi kebanggaan dia.. hmm nampak tak kaki lengkung tu macam tegak tu.. dia purposely buat macam tu.. dia kata.. nanti kalau aku nak gantung apa apa.. (( dalam kepala hotak aku nak gantung tirai bulu bulu tu le.. )).. just letak aje kat situ..

Marveless.. hehehe..

Abang zul kata.. ramai orang nak pinjam sarang utk buat lengkung tu tau dak.. tapi dia tak bagi.. ho ho ho.. rumah aku aje la yang ada.. orang lain mau.. buat sendiri.. kuang kuang kuangg..

Ohh.. lupa cerita.. abang zul kata.. yang almari tanam aku tu.. dekat 20 orang dok mai tanya.. apa ke benda yang tertonggok kat luar tu.. hehehe.. well.. idea pun worth million tau.. bukan semua orang boleh terpikir macam yang aku pikir.. (( saje nak angkat bakul kata aku ni genius la ni.. keheheheh.. )).. perasantan..

Ok la.. cukup la update sampai sini dulu..

Next entry.. aku siapkan update 2 kat atas tu eh.. tunggguuu..

AH LONG

October 19th, 2009

Sikit je entry nih.. tencen..

Lepas aku publish entry sat tadi ni.. tetiba.. henset aku berbunyi..

‘Twit, twit.. twit, twit.. sms…’

Aku pun bukak dan baca.. dari 66600

20/10/2009 11:20

“FreeSMS.EONBANK.We regret to inform you that your application for EON Bank Personal Loan is not successful. Thank You.”

AAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHH~~!!!!!!

Apa nak jadi pun jadi la..

Aku nak cari..

AH LONG…!!!!

Siap-siap mengucap dua kalimah syahadah..

Ash hadualla ilaha illallah..

Ya Allah.. ampunilah segala dosa-dosaku…

……….

Ready…???

October 19th, 2009

Huuu.. tensen betoi..

Semalam sehari suntuk tak dapat access internet.. bukan apa.. kitorang punya System Admin telah mengambil cuti.. hehehe.. habis satu kolej tak dapat internet connection.. tapi.. masa aku p surau.. kat library ada pulak.. dapat la tumpang sat pc librarian.. hehehehe..

Jadinya.. time berkobar kobar nak menulis.. internet pulak tadak.. jadi.. tak tertulis la apa apa kat notes.. huwaa.. sekarang ni.. bila internet dah ada.. idea pulak kontang.. macam biasalah.. alasan aku.. idea dah banyak sangat.. sampai tak tau nak tulis mana dulu..

Untuk warm up kali ni.. aku nak cite something.. huu.. (( tengok la nanti.. warm up aku pun.. ntah berapa ribu perkataan la agaknye yee.. ))

Hmm.. aku saje je nak cite pasal progress rumah baru aku tu la.. huuu..

Semalam p tengok.. plaster syiling dah siap.. tinggal cuma kat bucu bucu aje sikit lagi.. abang man yang buat wayaring + plaster syiling tu nak kompom aku punya keputusan dulu.. dia tanye.. aku nak bucu tu macam bengkok ke.. (( U shape )).. atau tegak.. (( 90 degrees ))..

Aku memang nak U shape la.. ada bentuk sket.. idak le keras ketung aje kan..

So.. dia kata.. kena order cepat.. sebab memang pisang panas.. sat aje habis.. huu.. order la.. (( tapi aku tak hulur pun duit ape ke bagai.. sebab kat tangan tinggal ‘ZERO’.. hua hua hua.. ))

Tapi.. memang puas hati la tengok plaster syiling.. dia start buat Ahad pagi.. aku p tengok pukul 10.30 pagi.. baru nak start pasang besi tu.. bila petang aku mai tengok.. aik??.. dah 3 suku siap.. sat je eh buat plaster syiling..

Bila malam p tengok lagi.. sebab encik husband nak tengok pulak.. huikk??.. dah nak siap dah malam tu.. tinggal tang bucu tu aje la.. hua hua hua… sambil diorang dok touch up bahagian sambungan dia tu.. antara plate.. utk tutup lobang lobang yang tidak diingini.. huu.. sempoi..

Then.. semalam petang.. balik keje.. tengok.. abang zul dah simen lantai belakang tu dah.. hmm.. dah nak siap dah.. dia tanya aku nak pasang mozek ke.. hmm.. kalau ikut aku yang takut takut budget tak cukup ni.. aku ingat tak mau la.. tapi.. diorang dah terangkan kat aku.. yang.. kalau nak pasang kemudian.. nanti lagi susah.. kena pecah simen balik.. kena itu.. kena ini..

Hmm.. betoi jugak.. aku buat bukak belakang ni awal awal pun.. sebab tamau rumah semak dan sesak le pun bila dah masuk.. kalau dah pasang mozek belakang.. esok esok tinggal pasang kabinet aje.. + mozek dinding.. tak le semak sangat kot.. (( tapi lambat lagi woo nak buat tu.. lagi 10-20 tahun.. ))

Kira kira.. kalau amik yang murah punya mozek pun.. mungkin perlukan lagi 500.. tak de la banyak sangat kan..

Tapi.. yang buat aku susah hati ni.. sebab duit tak de kat tangan aku nih.. tu yang aku macam.. hishhh.. boleh ke nih.. macamana nih..

Aku buat loan.. ari Jumaat lepas EON bank ada call.. utk verify things.. tapi.. dok tunggu tunggu la ni.. masuk la duit cepat.. aku perlukan sangat sangat nih..

Tetiba rasa menyesal pulak sebab lambat buat loan.. hisshhh..

Kalau duit dah ada kat tangan aku.. memang apa pun aku boleh on aje.. sebab tinggal sikit aje lagi nak tambah tambah pun.. tapi.. masalah problemnye.. tak de..

Encik husband kata ari ni nak hands on kat aku 3K.. aku pinjam la dulu.. mana tah dia korek.. plus.. kak ana kata nak bayar hutang kat aku.. pun hari ni.. 20 oktober.. sebab dia dapat gaji.. got another 1.5K..

Kalau betul 3K yang husband aku nak bagi tu tak termasuk 1.5K dari kak ana.. kira.. boleh la dapat 4.5K.. lega la sikit..

Rasanya.. tak sampai 5K lagi yang di perlukan.. (( rasanya aje la.. )).. sebab budget grill dalam 2K.. tu je la yang last.. yang lelain.. sket sket aje lagi..

Owh.. tak termasuk lagi aku nak beli sinki dapur.. dah survey.. 210.. campur.. hajat hati nak pasang sinki basuh tangan kat area dining.. aku suka mangkuk yang table top tu.. paling murah jumpa pun.. 210.. so.. another 500 utk barang-barang..

Plus.. ada sikit lagi lampu belum beli.. hehehehehehehe..

Ekceli.. lampu chandelier.. aku letak deposit aje.. belum habis bayo lagi.. ho ho ho.. pastu.. lampu dinding pun.. kena tambah sket lagi.. lampu belum amik lagi.. so.. rilek la.. dan la dapat duit loan kot.. (( kalau loan tak lepas??.. haa.. tak ke mamposss??.. eleh.. gelek kad aje lee.. ho ho ho.. )).. tambah lagi bahana berhutang aku nihh..

Oh.. lupe nak cite..

Aku tanya abang zul.. sempat ke siap macam yang husband aku mintak.. sebelum habis bulan ni.. abang zul konfiden kata boleh..

Then.. semalam.. encik husband sms abang zul.. mintak betoi betoi bagi boleh siap lagi seminggu.. then.. abang zul kata.. boleh.. huuu..

Bayang bayang rumah baru dah dekat dah ni..

Tapi.. masalah problem sket lagi.. kami belum ada masa nak p beli mozek..

Husband aku kata kat Gurun nu murah.. tapi.. bila masa nak p.. kami 2-2 keje..

Hujung minggu pun.. bukan 2-2 hari boleh spend dengan aku..

Hujung minggu lepas.. maksud aku.. yang baru ni la.. lagi laa.. gaduh sket.. huu.. bukan apa.. aku ni kalau ada masalah duit.. habis semua terkait.. pastu.. hasben aku bengang laa.. dia terlupa yang aku memang mangkuk hayun bab bab nih..

Dah le dia tak balik hujung minggu tu.. aku pun.. lepak dengan kakak aku aje la.. temankan dia pindah rumah.. akak aku pun pindah rumah.. huuu..

Bila dah ok ni.. baru pening pasal rumah..

Dia dok kata.. rilek la.. sempat lagi nak p beli mozek tu..

Aku kata kat dia.. abang dok bising mintak abang zul buat cecepat.. tapi barang kita tak pass kat dia.. macamana nak siap cepat??..

Macam mozek tu.. kalau hujung minggu ni baru kami boleh p cari.. pilih yang mana elok.. bila dia nak pasang nya?.. kena makan minggu depan jugak..

Pastu.. sinki pun aritu p survey aje.. bukan beli lagi pun..

Bila aku terangkan tu.. baru hasben aku perasan.. “betoi la.. masa dah suntuk..”..

Haa.. tau pun.. sebab tu aku mengong sensorang.. dok pikir itu ini..

Yang lagi best.. hasben aku dok kompiden aje boleh dok rumah baru hujung bulan ni..

Dia suruh aku bagitau tuan rumah sewa kami yang kitorang nak kuar dah..

Aku cakap.. belum lagi.. at least pertengahan november baru boleh settle semua..

Nak cuci rumah lagi.. nak cat lagi..

Dia dok kata.. cat tu boleh buat bila dah dok rumah.. nanti barang kita pindah sket sket.. masuk bilik tu.. masuk bilik ni.. kita cat la sket sket..

Aduuuhh.. aku kata.. kalau kita dah start duduk.. baru nak cat.. alamat.. tak tercat la rumah tu.. sebab baru nak start cat.. dah kena masak memasak..

Pastu.. baru nak start cat lagi.. dah kena p keje pulak..

Udah ujong minggu ada 2 hari aje pun.. jangan le kira seminggu tu.. bukan boleh buat keje.. hujung minggu baru boleh..

Itu pun.. 2 hari dah tinggal sehari aje.. sebab ikut turn.. sape nak buat??.. silap silap.. aku dengan sofea la mengecat.. jenuhhh..

So.. baru sat tadi ni.. (( since internet dah ada.. )).. aku hantar email kat tuan rumah.. bagitau pasal sewa bulan november kira last la.. ikut la.. dia nak potong duit deposit ke.. atau macamana..

Aku memang tamau berkira sangat pasal duit duit nih..

Aku mintak dia check dulu rumah.. nanti pebetoi la apa apa.. pastu.. ada lebih.. dari duit deposit api air tu.. baru pulang.. (( tengok la.. kalau aku mau dia pulang.. aku amik.. kalau tak.. aku mintak dia bagi kat anak anak dia aje la.. sedekah duit raya.. ))

Bila aku cakap kat husband.. aku nak tanggung kerosakan rumah sewa tu.. hasben aku tergelak aje..

Dia kata.. tak de orang sewa yang nak tanggung benda tu.. tuan rumah la tanggung..

Aku kata.. orang lain cara lain.. aku cara lain.. aku cakap kat husband.. aku tamau tuan rumah rasa tak seronok dengan aku.. aku guna.. aku bayar lah kan..

Lagipun.. aku cakap kat hasben.. aku nak jadi sedara dengan tuan rumah aku nih.. so lain kali.. diorang pun boleh datang rumah kita.. boleh kenal kenal famili.. macam sedara..

Biasalah.. aku ni kengkawan le jadi sedara mara aku.. udah dok merantau.. kena pandai bawak diri la kan..

Bila aku terangkan macam tu.. baru la dia faham.. dan dia sedikit setuju dengan tindakan dan keputusan aku.. hmm.. aku nak cari kawan.. bukan nak cari musuh..

Rumah sewa tu.. tak de ape masalah sangat pun.. cuma pintu bilik air tu kena tukar kot.. sebab mengembang.. kena air kan..

Pastu.. lampu kalimantang pun sebijik kena tukar.. aritu lampu dapur aku jadi lampu disko.. tukar dengan lampu bilik 3.. bila dah tukar.. terus tak menyala kat bilik 3 tu.. hmm.. dah sampai masa la tu..

Yang lelain.. aku rasa.. tak de apa pun yang rosak..

Cuma lobang lobang yang aku buat.. gantung segala jenis perhiasan.. itu nanti aku tutup la balik.. simen putih dah beli dah.. hmm.. no problemo..

Bila dah hujung hujung ni.. hm.. sedih pulak nak tinggalkan rumah sewa.. macam macam kenangan..

Hati.. jiwa dan raga.. semua dok dalam keadaan bersedia aje nih.. bersedia untuk pindah..

Tapi.. barang-barang.. satu hape pun aku tak kemas lagi masuk kotak or what so ever.. ahh.. humban aje dalam kancil.. pastu.. aku humban kat satu bilik kat rumah baru.. nanti dah dok.. baru pelan pelan kemas balik.. huu..

Ini insya Allah merupakan perpindahan terakhir aku.. (( setelah entah berapa ribu kali aku berpindah randah rumah.. ))

.. sebelum betul betul pindah masuk kubur.. (( destinasi terakhir kita di atas muka bumi Allah ini.. )).. huuu..

READYYY…????????….