The Beginning of THE ETERNAL HAPPINESS
WWWWWWwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaahahahahahahhahahaaaha…. seronoknyaaaaaaaaaaaaaa… tatau macam mana nak gambarkan.. kalau boleh rasa nak ketuk rumah setiap orang yang tengah lelapkan mata waktu nih.. untuk sama sama berbahagia dengan aku..
Bahagianyaa.. tak tau la.. tapi.. aku rasa macam.. macam baru terjaga.. dari lena yang panjang.. dari igauan ngeri.. dari macam².. rasa bersyukur sangat.. kerana diberi peluang oleh Allah.. untuk merasa semula perasaan indah ini.. Alhamdulillah.. aku ingatkan.. peluang dah tak ada.. aku kira.. masa aku dah semakin suntuk…
———-
Yek yek je aku nih kan.. bahagia baru nak stat.. dah kata eternally.. tapi betul.. perasaan aku sekarang nih.. berbunga bunga.. hurm..
Penah baca blog aku dengan tajuk SERATAS, Taiping Perak?.. aaa.. kalau dah baca.. mesti tau hero cite tu.. sapa lagi kalau bukan Jukie.. my everdearest..
Sedar-tak-sedar.. dalam usia aku penghujung 20an nih.. aku dianugerahi Tuhan dengan perasaan yang sama seperti itu.. sekali lagi.. dan aku harap.. ini bukan kali terakhir juga aku diberi peluang merasai keindahan ini..
———-
Ingat tak blog dengan tajuk.. "Abang Gad.. oh.. Abang Gad..".. ?.. well.. kali nih.. cerita dia sambungan dari blog tu.. dan di tambahkan dengan cerita perasaan sewaktu bersama Jukie.. agak-agaknya.. korang dapat agak tak apa sebenarnya yang terjadi?.. hehhehehe..
Bahagiaaaaaaaaa.. bahagiaaaaaaa.. aku tengah bahagia sensangat.. walau aku tau bahagia ni sementara.. aku tetap berharap ianya bertahan.. sebab.. aku tau aku akan merindui perasaan ini.. apabila hilangnya nanti.. aku tau aku akan kehilangan perasaan ini lagi.. sekali lagi.. aaarrghhh.. jangan laa..
———-
Siapa sangka.. sepanjang masa ni.. aku ingatkan aku hanya buat lawak sendiri je.. ingatkan setakat berangan-rangan je.. macam tak percaya dah ada depan mata.. aik?.. bermimpi kah aku?..
Susahnye aku nak gambarkan.. ish.. tak pe la kot.. nenanti aku cite ek.. sebab kesahihan cerita ni pon belum terjawab.. tapi yang pasti.. aku bahagia.. sebahagia waktu dulu.. aku nak pastikan.. kali ini.. aku hargai kebahagiaan ini.. walaupun ianya singkat.. mungkin terlalu singkat nanti.. aaaa.. sedih ah plak..
Dah la.. pening korang…
Uncategorized | Comment (0)Setahun sudah berlalu…
Pejam celik, pejam celik.. tak sangka dah masuk tahun baru 2006.. azam aku tahun ni.. banyak.. tapi antara satunya.. nak bangun awal pagi.. tu la azam mudah yang payah untuk aku lunaskan..
Selain dari sebab ada hal pagi yang menyebabkan aku terpaksa bangun pagi.. selalunya susah nak terbukak mata.. tapi hari nih.. hari ni lain.. ada cerita di sebalik ke’awal’an aku bangun ari nih.. serta.. betapa rajinnya aku ke lab semata-mata untuk tulis blog nih..
———-
Setahun yang lalu.. pada waktu ni.. aku dalam perjalanan.. bergegas untuk balik Johor.. aku kira.. jam 8:40 pagi begini.. aku masih berada sekitar Perak.. mungkin sudah sampai ke Tapah.. setelah bertolak dari Penang dalam pukul 6:30 pagi.. laju?.. aku rasa kereta aku macam lambat je bergerak..
19 Januari 2005.. takkan aku lupa tarikh ni sampai bila bila.. Insya Allah.. kalau Allah tak tarik balik ingatan yang Dia pinjamkan untuk aku..
Dan hari ini.. 19 Januari 2006.. cukup setahun.. betul² cukup setahun arwah abang aku meninggalkan kami tanpa pesan.. tanpa kata².. even.. tanpa sempat memaafkan aku sebagai insan yang pernah sentiasa menyakitkan hati dia..
Tapi pagi ini.. satu perasaan lain menyelinap dalam jiwa aku.. dalam hati aku.. semuanya kerana….. mimpi yang aku terima malam tadi..
———-
Suasana agak tenang di rumah pada ketika itu.. aku kelihatan tengah duduk di atas lantai, berbelakangkan kaki kerusi di ruang menonton di rumahku..
Dengan kaki berlunjur.. aku tak pasti apa yang aku lakukan.. mungkin menjahit.. atau sekadar memeluk bantal..
Tiba-tiba.. susuk tubuh itu datang lagi.. tersenyum dan membongkok melutut di hadapan aku.. arwah abang aku nampak tenang.. pakaiannya tidak dapat aku camkan.. samada berseluar jeans atau seluar berkocek tepi.. (aku lupa la nama seluar tu)..
Juga kurang pasti.. samada t-shirt atau baju kemeja.. tapi dia kelihatan biasa.. sebiasa mana aku mengingati kehadirannya dalam hidup aku.. dalam masa singkat aku bersama dengannya..
Aku bersalam dengan arwah abangku.. aku cium tangannya.. tanpa melepaskan tangan kami.. aku tuturkan satu persatu.. sama seperti cara perbualan aku dengannya yang biasa kami tuturkan.. lancar kata-kataku..
"Eh Adib.. maafkan aku, Dib.. sejak kau pergi.. aku dah tak tau nak buat macamana untuk mintak maaf kat ko…….."
Sejurus itu.. dia yang mengerti dengan setiap permintaan dan rayuanku.. menggenggam tanganku.. diselanya titisan air matanya dengan belakang tapak tanganku..
Keadaan itu masih dapat aku gambarkan dengan jelas.. dia hanya menggangguk-angguk apabila mendengar aku memohon beribu kemaafan darinya..
Kemudian.. suasana itu hilang.. dan aku hanyut dalam mimpi pelbagai yang datang..
Tak lama kemudian.. mimpi itu datang kembali…..
Kali ini.. aku masih di posisi yang sama.. duduk di atas lantai di ruang menonton di rumahku.. kedengaran suara arwah abang aku memanggil aku dari kawasan luar rumah..
"Fizah…. zah…"..
Ketika itu.. aku bagai baru tersedar.. aku tertanya sendiri.. "mengapa arwah abang aku yang dah meninggal, berada di sini?.."
Apa yang kelihatan.. abang aku bergerak agak pantas.. dari luar rumah.. dan masuk ke dalam semata-mata untuk menemui aku..
Setelah hampir denganku.. dia berkata.. "Aku dah nak balik dah…".. sepantas dengan itu.. aku perhatikan jam di dinding.. hampir jam 1 pagi.. aku kira pagi.. kerana suasana gelap ketika itu..
Waktu itu.. fahamlah aku.. abang aku akan kembali semula ke tempat persemadiannya..
Lantas itu.. yang ada di hadapan aku.. adalah adikku, Farah dan Azim.. kedua-duanya tidak sempat menemui abangku..
Kemudian.. aku dan farah cuba menghubungi handset abangku.. aku kurang pasti pada waktu itu.. tapi.. nombor yang kami dail adalah sedikit berbeza..
Apa yang aku ingat.. aku mendail suatu nombor.. dengan hujungnya.. 0081.. sedangkan farah.. farah mendail dengan hujungnya.. 0018.. namun kami tetap mencuba..
Pada waktu nada dail berbunyi di telefon ku.. Farah sudah giveup dengan nombor yang dia dail.. kemudian.. terdengar suara dihujung talian..
Waktu itu.. aku kurang pasti aku bercakap dengan penerima di hujung talian.. apa yang aku ingat.. aku memberikan telefon kepada adikku, Azim.. supaya dia boleh berbicara dengan abang ku.. fikirku..
Tapi.. mungkin kerana Azim tidak biasa dengan penggunaan hand fon.. dia telah meletakkannya terbalik.. dan tidak berkata apa..
Aku menyuruhnya membetulkan pegangan telefon tersebut.. dan setelah betul kedudukannya.. Azim tidak berkata walau sepatah pun..
Jadinya.. oleh kerana nombor abang aku yang aku dial adalah nombor KL.. aku berbisik dengan Azim.. "cakap la.. nanti kredit habis.."
Serentak dengan itu.. aku terjaga dari lena.. dan aku sedar bahawa.. mulutku masih terkumat kamit menyatakan.. "nanti kredit habis.."…
———-
Terjaga dari lena.. aku perhatikan sekeliling.. masih gelap.. masih kelam.. roomate aku juga sedang lena tidur.. mungkin masih awal.. dalam pukul 3 pagi.. atau 4 mungkin..
Aku cuba sambung tidurku.. mengharapkan susuk tubuh abangku datang menjengukku lagi.. tapi sehingga pagi.. mungkin benarlah dia telahpun kembali ke persemadiannya…..
———-
Terjaga semula pagi ni.. sebab ada kereta menekan hon panjang.. aku bangkit melihat masalahnya.. mungkin kereta aku ke yang menghalang perjalanan kereta tersebut.. syukurlah bukan..
Mengingatkan kembali mimpi yang mendatang.. aku tak dapat melelapkan mata kembali.. dan sehingga waktu ini.. pelbagai andaian telah aku fikirkan..
Entahlah.. mungkin aku terlalu rindukan dia.. terlalu mengharapkan maaf darinya.. terlalu menginginkan kehadiran dia semula mengisi kekosongan hidup kami.. terlalu segala-galanya.. namun aku tau.. aku perlu redha dengan kehendak Ilahi.. ternyata Dia lebih menyayangi abangku.. Adib Nubli Bin Ridzuan..
Uncategorized | Comment (0)The Golden Hands
Hurm.. aku sebenarnya.. dapat idea nak tulis tajuk gitu masa aku tengah bersiap siap nak datang lab tadi.. dalam kol 11 lebih gitu.. la ni dah petang.. baru ada peluang nak nulis.. biasa la.. bz sakan.. huhu.. bz menyakat orang ada laa..
Pelik tak tengok tajuk tu.. hehehe.. saje je sebona eh.. bila lagi nak puji diri sendiri.. dan tidak di ‘halang’ oleh orang lain.. masa ni ahh..
Meh aku cite satu per satu..
Saleh selalu marah aku.. dia kata.. aku suka cari barang murah.. suka pakai barang murah.. suka guna barang murah.. suka yang murah murah je la.. dia slalu kata.. "Ko tu tak murah, ko tau takk..".. hehe.. dan aku sengih aje la..
Entah.. aku nih.. kalau benbarang tu.. kalau yang memahal tu.. rasa cam.. tak berbaloi je beli.. padahal.. alah membeli.. menang memakai kan.. orang kata.. tapi pada aku.. kalau beli 1 barang harga dia boleh dibeli 4-5 barang lain.. baik aku beli barang yang banyak tu.. untung sket.. hehe.. ontah.. memang aku suka pikir gitu.. nak wat cemana..
Sampai ari tu.. masa aku gado ngan Saleh.. aku tinggal kan dia kat Klinik.. ngan Pab.. aku ada cite tak?.. masa tu pab sakit.. aku tolong anto.. tapi tengah tunggu pab jumpa doktor.. aku p gado ngan Saleh.. dia yang cari pasal..
Apa lagi.. aku suro dia turun keta.. aku stat enjen.. aku blah ah.. masa on the way nak blah tu.. dia pi baling barang kat cermin kete aku.. pergh.. aku ingatkan batu.. seb baik tak pecah cermin kete aku.. aku pon tak nampak ape bende.. sebab aku sebok mengelak.. padahal.. aku dok dalam kete.. ontah ape ape..
Esoknya.. baru aku tau.. dia balik cermin kete aku dengan henpon.. huehuehue.. udahnye.. lebur satu hp.. tu yang dia beli hp lain.. ape nak buat.. nasib ah.. sape suro balik hp..
Tu yang dia kata.. "kalau aku baling batu.. tak mahal dah la harga ko.. sebab tu aku baling henpon.. baru kena.. henpon mahal.. ko pon mahal.."
Iyo lah labu.. ape ape pon.. lengkali.. fikir dulu sebelum membaling objek kepada orang lain.. kan dah terbang berapa ratus nak beli hp baru.. seb baik hp baru tu pueh ati.. kalau idak.. naya jekk..
Masa pi Sabah pon.. kami satu famili.. bukannya sebok nak pi tempat tempat mahal.. tapi.. dok cari tempat jual murah.. hahaha.. tau dak apa.. kat sana.. yang aku tau.. orang panggil tempat tu.. "ais box".. kat Tawau nih..
Tempat tu… ada jual semua kain baju, langsir, alas meja.. jenis kain kain.. yang seken hen.. biasanya dari hotel ke.. yang hotel tu tamo lagi.. letak kat situ.. orang situ jual la.. murah murah.. ada baju baju.. orang kata baju dari oversea.. ada aku dapat satu.. "made in australia".. hehehe..
Seronok.. tambah tambah bila kena tawar menawar.. memang part aku lah dalam cerita tu.. kalau nak tawar menawar barang.. ajak la aku.. kalau rasa mood aku baik.. atau ada rezeki masa tu.. dapat lah murah..
Aku beli 2 jeans.. satu aku.. satu adik aku.. memula dia letak satu tu RM15.. jadi.. dua 30 la kan.. bila tawar menawar berlaku.. aku dapat jeans dua.. dengan t-shirt 3 helai.. bayar dalam RM20 jek.. kueng kueng kuenggg.. halall laaa.. mamat tu sampai garu garu pale dok kira kerugian dia.. alah.. ndak apa bahhh.. nanti nanti aku datang sana lagi bahhh.. nanti tu bila.. ndak tau la bahhhh..
Hahahaha.. pastu.. balik Kluang.. masa dok bawak mak aku shopping kat Hypermarket.. time nak bayo tu.. aku terrrrrrrrrnampak satu longgokan jam budak budak.. cam best je.. aku cari la satu per satu.. ada satu yang aku berkenan.. nasib baik elok.. aku beli ah.. mak kata.. ko nak buat ape.. aku cakap la nak pakai.. minah yang kat kaunter tu.. senyum senyum jee..
Mak aku kata.. alah.. pakai sat je tu.. mesti lepas tu rosak.. aku pakai jugak.. nak buktikan kat mak aku.. mende tu tak rosak kalau di jaga dengan baik..
Bila balik Penang.. ramai la orang kata aku pakai jam baru.. segan gak.. bila orang ingat aku macam banyak duit.. aku pon gitau la hal sebenar.. jam yang aku beli dan aku masih pakai pada waktu nih.. harganya.. rm1.90 jeee.. halal laa.. asal boleh nampak nombor dia.. boleh pakai elok plak tu..
Saleh pon kata jam tu lawa.. walaupun tak ori.. tak macam g-shock.. hehehe.. tapi boleh laa.. skali pandang.. lelebih lagi bila tengok kat tangan aku mende tu berada.. mesti orang ingat mahal kan?.. tu yang aku kata golden hand tu.. hehehe..
Dan lagi satu.. yang buat aku terfikir nak tulis blog nih.. tadi.. aku lepas pakai lipstik.. aku pakai la lip gloss.. mende tu pon orang kata lawa..
Sebona eh.. adik aku, Farah yang beli lip gloss tu.. aku pon kata lawa.. tapi farah tak reti nak buat mende tu jadi lawa.. bila aku pakai.. mende tu jadi lawa la.. aku tanye dia beli kat ne.. katanya kat Watson..
Bila cite kat hosmet aku kat penang.. semua orang rasa cam nak beli.. aku cakap la ada kot kat Watson.. aku pon nak cari gak nanti.. pastu diorang senyap je.. sampai aku cakap.. harga dia rm3.50 jee.. baru semua jadi bersemangat nak cari..
Dan ini lah aku.. benda murah.. setakat nih.. kat tangan aku.. boleh nampak mahal.. patut la masa aku skolah dulu.. cikgu cakap.. aku macam anak orang kaya.. dia kata aku pandai bergaya.. padahal.. bende aku pakai.. sume benda benda murah.. baru aku dapat tangkap..
Ok la kot.. jadinya.. kalau korang ada benbarang yang korang rasa cam tak best je.. udah le murah.. tak cantek plak tu.. aaa.. bagi la kat aku.. aku boleh ‘cantik’ kan dia.. hehehehe.. sonang jeee.. with my golden hands.. cewahhh.. perasan aku.. auww.. maluuuu.. hehehhe..
Uncategorized | Comment (0)