Think!!!

March 29th, 2006

2 + 30 + 2 + 5 = 2608 (1)

Betul ke equation aku buat nih?..

Apa pun.. hanya jauhari mengenal manikam.. suatu masa nanti.. aku akan ceritakan juga apa kaitan antara nombor nombor bertuah di atas..

Syukurku hanya pada-Mu, Allah yang Maha Esa..

Apa Sebenarnya…

March 14th, 2006

Dari semalam lagi aku nak tulis nih.. tapi.. hishh.. internet selalu tak ada kat lab nih lately.. biasanya.. after office hour je.. terus tak de connection.. geram betul..

Malam semalam datang lab pun.. last last.. main gem je.. hehe.. berluma dengan maziah.. biasa la kami.. internet tak de.. tak buat keje jugak.. kalau ada.. lagi la tak buat keje..

Last-last.. pc tak tutup lagi.. satu hari tak tutup.. tak pe.. pc aku tuff.. macam tuan dia jugak.. Lagipun.. bf aku tade.. balik kampung.. anak menakan dia kawin.. seronok dia melayan pengantin.. bawak ronda sajaa..

Eh dah.. aku nak cite bende lain sebenarnya……

Let say.. sebenarnya aku dah bosan.. dengan gangguan gangguan yang aku sendiri tak suka ianya hadir.. cukuplah!.. tak cukup lagikah membebankan hati dan perasaan aku?.. hampir 4 tahun aku bertahan.. tidak cukupkah lagi?..

Aku sendiri tidak pasti.. apa yang dia ingini.. apa lagi yang harus aku lakukan.. untuk menghilangkan penjejakan keji yang tidak putus putus dihambatnya ke atas diriku ini.. untuk aku membenci dirinya?.. untuk aku melupakan nya?.. atau sebenarnya.. mahu merayu aku untuk kembali..?..

Semua itu tak mungkin terjadi.. sebenarnya.. aku sendiri sudah letih.. terlalu penat.. menahan seksa didalam hati.. meremukkan jiwa didalam dada.. cukup sudah aku lalui hari hari derita sepanjang 4 tahun yang lalu.. aku tak ingin mengulanginya lagi.. serik!.. cukup serik!!..

Memang aku akui.. sebelum ini.. agak payah untuk aku berpisah dengannya.. bukan sekali dua melafazkan kata-kata perpisahan.. tapi seringkali itu juga kami kembali bersama.. sebenarnya.. aku sendiri malu dengan tindakan aku.. yang tidak tega meninggalkan dia..

Kerna kasih?.. atau sayang?.. aku kira.. semua itu terlalu jauh.. percaya atau tidak.. selama ini aku bertahan.. kerana simpati.. kerana aku tahu penyeksaan yang akan dilaluinya.. aku tidak mahu menjadi terlalu zalim untuk itu..

Namun.. kezaliman yang dilakukan keatas ku.. selama bertahun itu.. akhirnya mengundang padah jua.. aku kira.. aku sengaja melakukan perkara yang paling dibencinya.. bahkan.. perkara itu juga menjadi titik noktah ke atas diriku sendiri.. namun.. aku lakukan juga.. semata-mata.. untuk pertahankan hati.. agar tidak lagi kembali pada dirinya..

Aku sudah serik.. aku sudah letih.. cukuplah.. apa lagi yang dia inginkan dari aku?..

Puas barangkali.. menyeksa batinku.. tidak cukup dengan 4 tahun yang aku sia-siakan bersamanya.. kini dia terus-terusan memberi ugutan yang kononnya mampu menyesakkan lagi hati dan perasaan ini..

Bermacam juga cerita yang disampaikan kepada rakan-rakanku.. betapa aku jijik dipandang orang.. sehingga sanggup dia memfitnah.. menyatakan aku telah keluar dengan ramai lelaki sepanjang masa aku dengannya..

Entah bila masa.. aku keluar dengan tiga orang lelaki.. yang konon ku kenali melalui chatting.. serta.. tiga juga lelaki lain.. yang merupakan pensyarah di USM ini?.. Salah seorangnya adalah professor?.. heh!.. kalau aku dapat keluar dengan mereka.. sudah lama aku tinggalkan dia.. tak hingin aku menagih menanti macam pungguk..

Kenyataannya.. aku begitu menjaga perhubungan kami.. sehinggalah dia sendiri menyatakan tidak mempunyai matlamat lagi dengan diri ini.. pada waktu itu.. bagai halilintar membelah bumi.. aku sedar diri ku sendiri.. untuk apa lagi aku menanti.. jika semuanya tidak pasti..

Tapi kini.. dia masih terus menjejaki.. mendendami.. malahan.. terusan mengugut.. sekiranya aku mengganggu gugat hidupnya.. akan dilakukan perkara perkara yang tidak terfikir dek akal nan waras.. apa yang sebenarnya?.. siapa yang terus-terusan melakukan semua itu?..

Aku tahu apa tujuan dia.. 4 tahun bukan tempoh yang singkat.. untuk aku mengenali hati dan budinya.. seorang yang akan memutar belit fakta.. bagi memuaskan hati nafsunya..

Sekiranya aku kembali padanya.. akan dikatakannya memang dia inginkan aku kembali.. kerana itu lah dia terusan menjejaki.. sebaliknya.. jika aku membenci.. akan dihebahkannya.. dia berjaya membuat aku membencinya..

Benar juga peringatan rakan-rakan saat pertama kali aku mengenalinya.. usah dipercayai tutur katanya.. dia tega berbohong.. dan kini.. segalanya terbukti.. dengan rela.. aku difitnah.. dengan sengaja.. aku dihina.. sedangkan.. aku tidak memburukkannya walau sekelumit.. hanya dia membuka pekung didadanya sendiri..

Kini.. ugutan terus dilakukan.. konon ingin menjadi hero.. di katakan.. sekiranya kekasih ku sekarang melukakan hatiku.. akan dilakukan sesuatu keatasnya.. nampaknya.. dia yang belum benar-benar mengenali aku..

Empat tahun rupanya tidak cukup untuk dia mengenali aku.. sedangkan dia tahu sejarah hidup aku.. selama aku berkasih.. tidak pernah sekali pun insan bernama lelaki meninggalkan aku.. sebaliknya.. aku yang berpaling dulu..

Jadinya?.. adakah mungkin apabila aku meninggalkan seseorang.. adalah salah orang itu sekiranya dia bertemu dengan kekasih baru?.. andai tidak mengetahui kebenaran.. jangan cuba mengeruhkan keadaan..

Sebenarnya.. aku marah.. aku cukup marah.. tapi aku perlu bertahan.. aku perlu bersabar.. kalau ikut hati dan perasaan.. ingin saja aku memaki hamunnya.. sebagaimana yang biasa dilakukannya kepadaku sepanjang 4 tahun berkawan dengannya.. tapi.. aku tak mahu sifat itu melekat padaku.. dia dengan dunianya.. dan aku.. duniaku..

Tidak sabar sebenarnya menunggu dia meninggalkan pulau ini.. jika benar katanya.. akan kembali ke kampungnya.. apa lagi yang di buat disini?.. atau hanya kata kata bohong sebagaimana yang biasa dilafazkannya pada kami orang disekelilingnya?..

Sudahlah.. kalau ketenangan belum lagi kau temui.. dekatkan diri pada Tuhan.. walau aku tahu.. dia sebenarnya membenci Tuhan.. kerana menghilangkan Meen dari hidupnya.. entahlah.. semoga dengan itu.. akan dikembalikanNya Meen kepadamu..

Bila difikir-fikirkan balik.. apa betul dia benar-benar menyayangi ku suatu waktu dulu?.. jia betul.. kenapa begini jadinya?.. berterusan menyeksa batin ku.. kenapa?.. kerana dendam?.. mungkin ini yang menyebabkan Meen pun meninggalkannya tanpa berita..

Biar aku terangkan.. apa sebenarnya yang berlaku.. apabila dia sering mengatakan dia menyayangi ku.. dengan bersungguh hati.. sebenarnya.. aku tidak dapat mempercayainya.. ternyata keikhlasan dia menyayangi ku.. tidak terserlah..

Jika dikatakan dia membuka cybercafe adalah kerana aku.. semua itu bohong!.. pembohongan yang terlalu besar.. biar aku terangkan.. apa yang sebenarnya…

Kami berkenalan bulan 8 tahun 2002.. pada waktu itu.. dia masih lagi mengingati insan yang paling membahagiakannya.. Meen.. aku?.. hanya menunggu hatinya terbuka untuk ku..

Bulan Disember 2002.. dia bukak CC di cahaya.. dengan harapan.. dalam masa setahun.. dia mahu mengumpulkan RM50,000.. agar dapat di hamburkan depan mak Meen.. untuk memiliki Meen sepenuhnya.. sebagai isterinya yang sah..

Aku?.. masih disitu.. mengharapkan hatinya berubah.. melihat aku yang berada di sisinya.. memberi kekuatan.. walau waktu itu hati aku begitu hancur..

Setahun berlalu.. aku kira.. keputusannya berubah.. rupanya tidak.. tepat bulan 12 tahun 2003.. dia begitu kecewa.. kerana tidak berjaya mengumpulkan wang sebanyak itu.. dan tidak berjaya juga memiliki Meen..

Apa yang berlaku?.. aku punya bukti.. malam itu.. dia terlalu kecewa.. sehingga mengecewakan hati kecilku.. sehinggakan.. aku telah menelefon sendiri Meen.. namun.. Meen tidak mahu bercakap denganku..

Aku bercakap dengan emak Meen.. dan merayu agar Meen kembali pada orang yang bertahun menunggunya.. namun.. mak Meen hanya mengharap agar aku bersabar..

Sudahnya.. apa yang aku lakukan?.. kalau kau sendiri lupa.. lihat di lengan kiri ku.. apa yang berlaku?.. dengan sengaja.. dengan hati yang terlalu luka.. terhiris dek igauan mu yang terlalu menginginkan Meen sebagai suri hatimu.. aku telah mencucuh tanganku sendiri dengan rokok yang aku hisap.. masih kah kau ingat?..

Bukti telah nyata.. segalanya masih segar dalam ingatanku.. jangan lagi dibohongi orang sekelilingmu dengan menyatakan CC itu adalah untuk aku!!!.. kau hanya cuba menutup kekeliruan hatimu sendiri.. dan aku letih!.. terlalu letih dengan penipuan yang terusan bermaharajalela dari mulutmu..

Dan kini.. aku terlalu bahagia.. dengan pilihan hati aku.. dia seumpama sesuatu yang pernah aku miliki dahulu.. hilang seketika.. dan kini.. aku temui semula.. tak mungkin aku lepaskan.. biar siapapun dia.. biar apapun dia.. hati kami terlalu dekat saat ini..

Usah pertikaikan lagi pilihan ku.. aku tidak pernah mempertikaikan pilihanmu dengan hidupmu.. kenapa orang yang tidak pernah berpuas hati dengan hidupnya.. akan berusaha agar orang lain juga tidak berpuas hati pada hidup mereka sendiri?..

Kerana kau melayu?.. atau kerana hatimu Yahudi?.. kau jawablah sendiri.. teruskanlah berbangga dengan pegangan yang kau ada.. dengan kedudukan yang kau punya.. aku doakan kau bahagia..

Segala yang berlaku kini tinggal sejarah.. jangan diungkit lagi.. aku tidak ingin mengingat dan mengungkit lagi segala apa yang pernah berlaku.. belum masanya untuk aku imbas segalanya.. kerana waktu ini.. hatiku parah.. terluka pedih.. terguris sedih.. kerana aku baru menyedari.. insan yang pernah bertahta di hati.. tidak mampu melalui hidup dengan tenang dan matang.. bodohnya aku mengizinkan hati menerima insan seperti itu..

Cukuplah.. aku telah pun memulangkan barang yang kau inginkan semula.. barang yang aku berikan dengan ikhlas.. tidak perlu kau pulangkan.. jika tidak ingin melihatnya pun.. sedekahkan pada orang lain.. aku rela..

Terima kasih untuk segala pinjaman sebelum ini.. sekiranya ada yang tertinggal.. kau berikan jumlahnya.. akan aku cuba bayar sedikit demi sedikit.. berapa banyak duit yang pernah kau keluarkan untuk membayar makan ku.. untuk mengisi minyak kereta ku.. nyatakan nilainya.. akan aku lunaskan hutangku..

Bahagia mungkin menyesakkan aku.. atau menguji ketahanan aku?.. ketahuilah.. untuk aku kembali padamu.. tidak mungkin sekali kali.. puaskan hatimu dengan memaksa aku mengikat perut melampiaskan hutang.. rupanya kau tidak pernah ikhlas menyayangi ku.. terima kasih atas pengajaran ini.. baru aku sedar.. dunia indah denganmu.. rupanya neraka hati bagiku…………

Suatu Waktu Dulu…

March 13th, 2006

Hurm.. bila fikir fikir balik.. kenangan waktu aku ambil result dulu.. memang tak mungkin dapat aku lupakan.. dan hari ini.. adik aku.. Farah pula melalui pengalaman sama..

13 Mac 2006.. hari ini.. keluar result SPM.. dalam keluarga kami.. farah je yang ambik.. jadinya.. perbandingan tiada.. kalau nak bandingkan dengan tahun yang sebelum atau selepasnya.. memang aku rasa.. tidak adil.. kerana mempunyai set soalan yang berbeza..

Aku dulu pon macam tu.. takde sepupu sepupu yang sebaya aku.. yang sama sama amik result spm.. yang boleh dibuat perbandingan.. hehe.. selamat weh rasa masa tu.. tapi bila dapat result best.. tak syok plak.. sebab tak nampak ketereran ku.. hahaha.. ada ka patut…

Dan baru sat ni.. aku dapat result farah.. 352.. not bad.. 3A.. 5B ngan 2C.. dalam A tu.. ada 2 A1 dan 1 A2.. actually.. aku janji kat farah.. 1A1 - rm100.. 1A2 - rm80.. jadinya.. aku hutang kat dia.. rm280.. kira ok la tu..

Tapi aku tau dia kecewa jugak dengan result dia.. dan akan lebih kecewa lagi tengok penerimaan emak.. ye lah.. kami adik beradik banyak berusaha untuk membahagiakan emak.. dan suatu waktu dulu.. aku pon pernah lalui semua nih..

Mak aku kalau kecewa.. aku sendiri pon rasa macam tak layak hidup lagi dalam dunia nih.. sebab tak berjaya buat emak bahagia.. sebab tu sampai sekarang pon.. aku hanya ingin tunaikan impian mak.. sebab.. jasa mak dan abah.. walau sampai aku tutup mata.. tak mungkin dapat aku balas semuanya..

Yang paling aku tak boleh lupa.. masa tu.. matrik.. dapat result matrik.. akan tentukan aku amik kos apa.. kebetulan.. ini bukan kebetulan.. memang salah aku.. masa matrik 2.. aku main banyak sangat.. dah kenal dengan penang waktu tu.. result aku?.. ABCD.. 1A, 1B, 1C, 1D.. kalau aku dapat perbaiki yang 1D tu jadi C pon cukup la.. dapat aku amik medik..

Masa tepon usm nak tau aku dapat kos ape.. aku tepon tak bagitau sesapa.. cakap ngan operator tu.. sekali akak tu sebut.. "Sains Komputer".. dan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku… "Alamak!!".. akak tu cakap.. "alamak?.. patutnya alhamdulilahh".. herk.. aku pon betoikan balik.. "ok ok.. alhamdulillah.."

Tapi still.. letak telepon.. hati aku tak tenteram.. macamana cara aku nak sampaikan berita buruk ni pada mak dan abah.. aku tak sampai hati nak buat mak kecewa.. tak tergamak rasanya nak tengok abah berduka.. jadi.. seharian hari tu.. aku diamkan diri..

Nak makan pon tak lalu.. aku duduk berkurung je dalam bilik.. entah macamana nak sampaikan pada diorang.. mak pon pelik kenapa aku tak makan.. aku diam je.. sugul semacam..

Esoknya.. mak pergi kerja.. aku masih tak bagitau emak.. aku cuma bagitau adik aku.. Azam.. aku cakap.. aku tak dapat medik.. dia pon susah hati.. cemana nak hancurkan hati mak lagi nih..

Petang mak balik tu.. akhirnya.. dalam kesebukan emak menyediakan makanan untuk kami.. aku bagitau jugak.. aku beritahu mak yang aku tak dapat medik.. mak terdiam.. dan tanya.. jadi aku dapat apa?.. aku cakap.. sains komputer..

Lama mak diamkan diri.. kecewa.. aku tau mak kecewa.. kemudian.. perlahan mak cakap macam nih.. "Patutlah malam tadi mak mimpi.. mak pergi kerja.. tapi meja yang mak dapat tu buruk.. bukan meja yang selalu mak guna.."..aku terdiam..

Mak sambung lagi.. "mak cakap kat orang tu.. mak tak mau meja buruk nih.. mak nak meja mak yang elok..".. tu je mak cerita.. rupanya.. mak dah dapat gambaran.. bahawa ada berita buruk yang akan dia terima..

Makin melibar libur lah hati aku waktu tu.. kecewa sangat.. rasa macam nak bunuh diri.. 3 hari 3 malam aku tak makan apa.. berkurung je dalam bilik dan menangis mengenangkan nasib.. oh Tuhan.. apalah nasibku.. apalah dosaku.. mengecewakan hati insan yang terlalu mulia dalam hidup ini..

Dah masuk hari ke-3 mak tengok aku tak sentuh makanan.. mak panggil jugak.. last.. aku cakap kat emak.. aku sanggup mengulang matrik… untuk aku dapatkan jugak medic.. tapi mak kata.. mungkin Tuhan dah tentukan ini jalan aku.. jadi.. aku perlu teruskan..

Ramai juga orang  yang mak tanya.. dan mintak pendapat.. terutama sekali educated people yang mak jumpa.. mengenai kos yang aku terima.. ramai orang memuji dan menguatkan hati emak untuk menerima bahawa aku dapat kos yang bukan dari apa yang diimpikannya.. jadinya.. aku pon teruskan dengan kos ni..

Tapi sehingga kini.. sampai hari ini.. aku masih rasakan aku sudah terlalu banyak mengecewakan emak.. dan aku tak mampu nak ulangi masa lalu.. untuk perbetulkan semua.. dan sebab ini jugalah.. apa jua impian yang mak letakkan.. aku akan cuba gapai..

Memang aku tak ada impian aku sendiri.. membuat phd.. bagi memenuhi impian emak.. bekerja di Brunei.. insya Allah jika diizinkan.. juga igauan emak dan abah..

Lepas nih?.. beli kereta sport.. impian kekasih hati.. supaya kami dapat berlumba berdua.. hehehe.. sebab dia tau aku suka bawak kete lelaju.. amik lesen B full.. nak tunaikan impian akak aku.. yang inginkan kami berkonvoi berdua menjelajahi satu Malaysia dengan superbike..

Yeah.. aku hanya ingin tunaikan impian orang.. aku?.. aku mungkin seorang yang terlalu rugi hidup di dunia ini.. tanpa mempunyai sebarang angan anganan.. tapi.. inilah aku.. Tolong jangan pertikaikan hidup aku.. kerana aku tak pernah mengganggu hidup orang lain.. hanya orang yang terlalu banyak tidak puas hati dengan hidup mereka sehingga mengganggu gugat hidup aku..

Memori Malam..

March 10th, 2006

Cewah cewah.. tengok tajuk tu.. macam romentik la konon kan.. hahaha.. tapi jangan silap.. aku bukan nak cite pasal mentik mentik nih.. getik je rasa.. nak tau.. kena baca la dulu..

Ingat nak letak Malam Malang.. tapi macam tak best je.. sebab tak de la berapa malang sangat pun.. semua nih.. pengalaman yang mengajar erti kehidupan.. dan aku bangga diberikan peluang itu.. syukur alhamdulillah..

Ok.. cite nye senang je.. malam semalam (Selasa malam Rabu).. setelah lama Hawa dok tunggu loan tak masuk masuk.. akhirnya masuk juga beberapa minggu yang lalu.. yeahhh.. jadinya.. niat dia agaknya.. dia nak ajak kami satu rumah untuk dia belanja makan..

Jadinya.. pergilah aku, hawa, zila ngan nas.. liza tak dapat ikut.. sebab boipren dia baru balik dari kampung.. mesti la nak melepaskan rindu dendam.. hehehehe..

Di pendekkan cerita.. kami pi makan ikan bakaq.. kat teluk tempoyak.. malam tadi dah gitau boipren aku.. aku bawak budak budak pi makan.. dia pon paham dan tak kaco aku ah.. tu yang bestnya dia.. memahami.. :D

Kat teluk tempoyak nih.. rumah Krol (a.k.a orang kuat aku ngan bf aku.. heheh).. ada kat situ.. aku tunjuk la kat hawa.. rumah krol yang mana satu.. ok ah tu..

Masa makan ikan bakaq.. jenahak bakaq.. dengan udang bakaq.. dengan sayor kangkung goreng belacan dan air kelapa muda.. yumm.. yum.. lapo balik dah nih.. siap dengan sambal tumis ikan bilis lagi.. perghh.. terangkatt.. panas panas plak tu..

Tengah syok makan.. dapat sms dari bf aku.. sebab aku tak gitau pon makan mana.. last minit baru hawa decide nak makan ikan bakaq.. aku bagitau la kat dia.. yang aku makan dedekat umah krol.. dia paham la kot.. :D

Lepas makan sume.. dah kenyang.. kami balik la naik keta.. huehuehue.. masa dok buat lawak ngan budak budak tu.. time turun bukit.. aku bawak laju la.. skali tembung ngan satu keta.. dia angkat lampu sket.. tekejot gak.. aku ingatkan aku dok makan jalan orang tu..

Tapi bila pandang cermin pandang belakang.. aku tau dah.. tadak orang lain pakai integra dan nak pandang orang yang dok bawak kancil nih.. aku wat derk je la.. macam kompom.. macam tak jugak.. aku cuma cakap kat hawa.. dia dok lalu gak situ..

Pastu.. ingat memula nak balik terus.. tapi aku kesian gak.. budak budak ni bukan slalu jalan malam.. aku niat nak pi round island la seround dua.. bawak depa.. jadinya.. lepas anto nas balik.. sebab dia nak pi deting ngan bf dia.. aku ngan zila ngan hawa je pi..

Hurm.. ntah apa aku pikir..boleh terpusing kat komtar.. pastu lalu jalan situ.. gi ke padang kota lama.. masa otw tu pulak ada bond.. tapi nasib baik aku terer sket.. hehehe.. aku cecepat suro awe bukak tingkap.. masalah ilang kat situ dah..

Teruskan perjalanan.. lalu kat padang kota lama.. pastu.. aku p jalan kat MPPP tu.. tapi belah sana lagi.. untuk lalu jalan nak pi Gurney Drive la cadangnya.. masa nak kuar dari simpang tu.. aku tengok line dah clear.. aku tekan la minyak………

Sekali.. "krumm.. krumm…" bunyi macam aku langgaq batu kecik punya la banyak.. aku pelik gak.. mana ada batu kecik tang tu.. bunyi macam ada benda jatuh pon ye jugak.. hah sudah.. takkan enjen jatuh kot.. tau la kete aku buruk.. tapi takkan la sampai cenggitu skali.. hishhh..

Aku slow.. benti kat tepi.. tapi tak berani nak top enjen.. sebab time tu.. lampu bateri dah menyala.. hah sudah.. tapi oleh sebab aku benti tempat tak strategik.. aku pikir sat.. ok.. kat depan sket tu ada stesen minyak.. aku jalan pelan pelan.. nak benti kat shell kat situ..

Masa jalan tu.. nasib baik aku nampak.. temperature aku naik tinggi!!!!.. dah nak sampai hujung yang hot tu dah.. sampai sampai kat shell.. yang konon tamo tutup enjen tadi.. aku top je la.. bahaya woo.. aku penah la tengok kete bapak aku berasap.. sebab dia lupa nak cek air radiator..

Benti elok..aku bukak enjen.. pakcik kat shell tu tolong.. ada mamat bonzer kat disko dedekat tu pon dok tolong.. bagi nasihat apa patut.. tunggu lama gak kat situ.. sebab nak bagi sejuk.. bahaya woo..

Aku gitau la bf aku.. riso dia.. aku cakap aku ok.. dia nak mai.. tapi aku cakap tak payah le.. dia bukan dok dedekat area tu.. jauh kalau dia nak pi.. kalau datang pon.. kete aku cam tu jugak.. tak pe.. aku tough!!.. hehehe..

Pastu.. pakcik tu bagi no tepon pomen.. dedekat usm je pomen tu.. esok nye aku boleh pi.. senang sket.. kalau dak.. aku pi kat jalan p.ramlee tu je.. letih woo.. jauh.. walaupun aku biasa dengan diorang.. tapi ni masalah emergency.. kena tukar angin sat laa.. hehehe..

Masa nak balik.. diorang bagi nasihat.. bawak pelan pelan.. kalau temp naik.. aku kena berenti la.. memang betoi pon.. jalan 5 menet.. temp naik.. berenti dekat setengah jam.. pergh.. ntah kol bape la nak sampai rumah..

Masa tu dah kol 10 lebih kot.. tak ape laa.. kurang kurang.. kalau sampai rumah kol 6 pagi esok.. boleh aku terus bersiap gi lab.. hahahahha..

Bape kali berenti ek.. memula dedekat Wisma TNB.. pastu kat padang broom.. pastu dedekat lepas sket dari road walk.. pastu.. jalan lagi benti kat penang free.. pastu benti kat petronas.. pergh.. skali berenti bukan sat sat.. lama.. ye la.. tamo la enjen rosak.. panas gile.. angin tak masuk..

Hurm.. bila dah sampai kat recsam.. ingat nak benti lagi.. tapi kebetulan jalan kat situ macam curam sket.. aku mati enjen terus la.. dia melurut je sampai ke gelugor tu.. aku stat balik.. sampai kat trafik light.. aku benti enjen lagi time lampu merah.. time tu.. lampu merah seberapa lama pon aku tak kesah.. bersyukur lagi ada..hehehe..

Pastu.. teruskan perjalanan.. sehinggalah berjaya dan selamat sampai ke rumah.. alhamdulillah..

Akhirnya.. aku menjejakkan kaki aku kat rumah dalam kol 12.30 gitu.. lom pukul satu lagi.. kira ok la.. yang bf aku plak.. tak tido.. dok tunggu aku.. alahaii.. baiknya hati dia.. tekejut gak dia aku sampai awal.. tengok kaki la beb.. hehehe.. ni tough girl..

Apa pun.. memori semalam.. walaupun tak berapa best.. aku akan ingat.. sebab mengajar aku cara untuk hadapi sebarang kemungkinan pada kereta kesayangan aku tu di masa akan datang..

Pagi tadi pi kat pomen.. lahh.. rupanya tali dia putus.. tali ape ntah.. yang nak bagi pusing tu la.. nak bagi sejuk tu.. ada 2.. 1 putus.. tapi dia tukaq 2-2.. dengan tukar air filter lagi.. kira ok la.. tak berapa mahal la.. aku ready dekat 250 kat dalam poket nih.. tapi duit pinjam la.. hahahhaa.. syukur alhamdulillahhh…

Ok dah.. amacam?.. ada romentik ke dalam cite aku?.. hehe.. tapi aku nak buat jugak tajuk macam tu.. macam best je aku rasa.. cewahhh… dah.. adios..