Bertandang Lagi…

August 3rd, 2006

Rindu padanya.. tak tertahan lagi.. entah bila akan bertemu semula.. setelah sekian lama tak dapat bersua muka.. akhirnya.. malam minggu yang lalu.. dia hadir.. bertandang walau untuk seketika..sekadar mengubat rindu yang terpendam.. mencalar hati yang kian melebam..

Puncanya?.. mudah saja.. setelah sekian lama aku mengimpikan suatu hadiah baru dari penyanyi kesayangannya.. akhirnya.. atas dasar ingatan yang terlalu kuat terendam dilubuk hati.. aku gagahi memilikki hadiah itu.. semata-mata bagi memenuhi koleksinya yang kini berada dalam genggamanku..

Siapakah artis yang menjadi pujaan hatinya hingga akhir hayatnya?.. siapa lagi kalau bukan penyanyi paling popular di Malaysia.. yang kini sedang sebuk menyediakan hari bersejarah untuk dirinya.. SITI NURHALIZA..

Ya!.. nama itu.. dan suara itu.. pasti menggegarkan diri setiap jiwa dikalangan kita.. tidak terkecuali juga.. arwah abang aku.. sewaktu ada hayatnya..

Dan Ahad lalu.. atas dasar ingatan kuat dan tekad untuk menyambung koleksi lagu-lagu pilihan hati arwah abang aku.. aku pergi ke kedai kaset dan membeli ‘Transkripsi’ dari Siti Nurhaliza.. kaset original.. sebagaimana koleksi padu arwah abang aku yang masih kukuh aku simpan..

Siapa sangka.. atas keikhlasan aku memenuhi impiannya.. aku dikurniakan perjumpaan dimalam hari dengan arwah abang aku.. benar!.. aku tidak pernah berbohong.. mana mungkin aku menyatakan dusta tambahan pula mengenai orang yang sudah tiada..

———-

Malam itu, aku tidur sendirian.. dengan lena yang terkadang tidak pernah mampu aku lunaskan.. aku penuhi juga tuntutan badan.. entah mengapa.. sekarang ini.. tidurku sering terganggu.. acapkali terjaga di tengah malam.. seakan nikmat itu sudah mula ditarik oleh Allah s.w.t..

Entah bagaimana.. dalam lena yang terkadang jaga.. aku bermimpi…

Suasana agak tenang waktu itu.. aku sedang duduk menghadap emak yang entah sedang buat apa.. barangkali menjahit pakaian untuk hari raya yang sudah tidak lama lagi..

Kami duduk berhampiran dengan tingkap.. tetapi emak kedudukannya agak membelakangkan tingkap.. manakala aku menghadap tingkap yang berada di sebelah kananku..

Tidak lama.. sedang kami berborak.. ada sesusuk tubuh melangkah.. aku perasan.. dan dengan segera memberitahu emak.. tapi.. emak hanya memandang sekali.. dan agak keliru waktu itu.. mungkin emak tidak percaya dengan apa yang dilihatnya..

Apa yang aku tahu.. waktu itu.. seakan suatu kurniaan dari Ilahi.. pada waktu itu.. semua orang yang sudah meninggal.. di hidupkan semula untuk bertemu dengan orang yang mereka sayangi..

Ada beberapa lagi orang yang berada di belakang arwah abang aku.. tetapi aku tidak mampu mengecam mereka semua.. hanya arwah abangku yang berada di depan mata..

Setelah melangkah masuk.. aku dan arwah abang saling berpelukan.. masih aku ingat keadaannya.. alhamdulillah.. dia kelihatan sihat.. pakaiannya agak besar.. boleh aku katakan.. seakan pakaian yang orang pakai sewaktu ingin pergi ke tepi pantai.. dengan berlatar belakangkan putih.. terdapat corak seakan berwarna oren dan merah.. seperti gambar pokok.. yap!.. seperti pakaian orang bersantai di tepi pantai..

Dia hanya tersenyum.. tidak menuturkan apa walau sepatah.. dan dengan jelas.. aku dapat perhatikan kami berdakapan.. menandakan betapa kami saling merindui antara satu dengan lain..

Dan.. dengan sekelip mata itu juga.. mimpi itu berakhir.. walaupun begitu.. tak dapat aku gambarkan rasa syukur melihat keadaan arwah abangku pada waktu itu.. biarpun sekejap.. aku yakin akan kesejahteraannya dibawah jagaan Allah s.w.t.. Oh Tuhn.. syukur ku panjatkan atas kurniaan indah ini..

Kini.. walaupun terkadang agak payah untuk menemui arwah abangku walau dalam mimpi.. aku tidak pernah melupakan dirinya.. mungkin aku beruntung.. seringkali dipertemukan dengannya.. sedangkan emak sering tertanya-tanya mengapa tidak muncul dalam mimpinya..

Tuhan itu maha mengetahui.. jika diketemukan arwah abang didalam mimpi emak.. mungkin rindu emak menjadi terlalu payah untuk di tanggung.. atau mungkinkah.. Tuhan mengurniakan ujian seteguh itu untuk orang yang se’kuat’ aku?.. Untuk sekadar mampu menyampaikan kepada emak supaya tenang hati emak dikhabarkan perihal anak yang sejahtera duduknya dibawah lindungan Allah..

Semoga kita semua sama² tabah menempuhi apa jua ujian dan dugaan dari Allah.. dan Adib.. kaset Siti itu aku beli sebab kaulah Adib.. dan aku akan meneruskan koleksi simpanan kegemaran kau.. setiap kali aku pasang kaset Siti.. hanya kau yang aku fikirkan Adib.. arwah abangku.. aku terlalu merindui kehadiranmu dalam keluarga kita semula.. betapa kehilangan ini begitu dirasa.. dan hingga kini.. masih tidak dapat aku percaya bahawa kau sudah tiada.. hingga terpaksa fikiran memberitahu hati bahawa.. semuanya sudah berakhir… tapi ingatan terhadapmu.. tetap utuh.. selamanya……..