Tuhan.. Terimalah…

September 19th, 2006

Pada waktu ini.. saat ni.. aku bersyukur sangat.. kerana banyak doa dan impianku dijadikan kenyataan oleh yang Maha Esa.. syukur alhamdulillah.. sememangnya jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas.. Allah ada cara tersendiri untuk memberi ‘reward’.. yang penting.. kita perlu yakin dengan janji-Nya.. bahawa tidak ada seseorang akan berubah jika mereka tidak merubah diri mereka sendiri..

Catatan kali ini mungkin pendek.. memandangkan aku sekarang ni kekurangan patah kata untuk menyatakan isi hati.. atau mungkin.. aku lebih tega menjadi ‘perahsia’.. syy.. keep the secret!!

Cuma.. menyedari kekurangan diri.. aku begitu mengharapkan rahmat dari Yang Esa.. Oh Tuhan.. terimalah insan hina ini sebagai tetamu Mu.. Ya Allah.. aku sebenarnya terlalu rindukan rahmat Mu untuk memberi ehsan pada diri ini agar bisa menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci Mu.. Agungnya rumah Mu disana.. terbayang-bayang di ruang minda..

Ok la.. aku gitau la.. kalau ikutkan perancangan mak aku.. teringin sangat nak bawak kami menunaikan umrah sekali lagi.. duit simpanan pun sudah cukup.. semua duit mak aku.. aku pon nak jugak guna duit aku.. tapi aku belum berkesempatan lagi..

Siapa tahu.. mungkin nanti suatu hari aku pula bisa membawa seluruh keluarga ku mengunjungi Rumah Allah.. amin…

Memang mak nak bawak.. dalam senarai emak.. semestinya ibu kandungnya.. mak tok aku.. abah.. emak aku sendiri.. dan tiada orang lain yang di kirakan layak.. syukurlah Tuhan menggerakkan hati emak untuk membawa aku sekali..

Walaupun aku diberikan tugas.. untuk menjaga mak tok.. emak dan abah.. sekali gus menjunjung amanah berat di Tanah Suci.. aku redha.. malah berbesar hati.. mungkin ini saja khidmat yang termampu aku buat pada waktu ini.. namun aku pasti.. belum mampu membayar segala dosa yang terkekang dalam sanubari terhadap kedua orang tua dan keluarga aku..

Oh Tuhan.. berikan aku peluang.. terimalah aku menjadi tetamu-Mu.. insan kerdil ini terlalu mengharapkan kebahagiaan bersama emak dan abah untuk bersama-sama mengerjakan umrah..

Kalau diikutkan perancangan.. kami sepakat untuk pergi pada cuti sekolah Bulan March, 2007 nanti.. tidak berapa lama sudah kan?.. oleh kerana itu jualah aku memohon semoga aku diterima dan dikurniakan sihat tubuh badan bagi menjalankan ibadah terhadap ibu bapa dan Tuhan..

Waktu ini memang aku gementar.. terlalu gentar.. aku takutkan azab Tuhan.. yang ku kira terlalu berat untuk aku tanggung.. lebih-lebih lagi terhadap dosa-dosa yang aku lakukan.. masih layakkah jiwa ini menyentuh mulianya Tanah Mu.. masih bisakah hati ini menerima hidayah memenuhi kehendak sanubari.. Oh Tuhan.. berilah peluang..

Pemergian kali ini.. agak lama.. mengikut rancangan emak.. teringin sangat tinggal dalam 3 minggu atau sebulan di Tanah Suci mengerjakan umrah.. semoga bisa doa doa kami diterima-Nya.. semoga keinginan kami tercapai.. Tuhan.. berikan kesempatan..

Semoga kita semua sama-sama mempunyai peluang untuk mendekatkan diri kita dengan rahmat Allah S.W.T.. Oh Tuhan.. Terimalah……….

Masih Berkira Lagi ???

September 19th, 2006

Hai.. maleh tol nak cakap.. ingatkan makin tua makin berubah.. rupanya.. lagu tu jugak!!.. aku bukan apa.. kalau aku ikut berkira jugak.. alamat.. punah ranah lah segalanya..

Alah.. lebih sehari pon tak boleh.. macam la nanti aku tak boleh bagi dia ’selepas’ tempoh dia tu.. ntah ape ape.. kalau nak ikutkan.. kalau rasa hati nak jadi ‘keras’ sket.. memang aku pon boleh jugak berkira kira nih..

Masa aku balik dulu pon.. satu minggu ape.. 9 hari.. tak de pon nak mengada ngada mintak awal ke ape ke.. aku tak de la peghak sangat!!.. tak jugak aku claim balik berapa hari yang aku dah terlepas.. semua tu.. atas diri masing masing kan?.. berkira sangat?.. sampai bila pon dia tak akan rasa cukup!!..

Gasak p la.. bab tu aku malas nak masuk campur.. keputusan semua bukan aku orang yang layak untuk buat.. apa pun.. semoga berbahagia dunia akhirat.. jangan dok pikir nak bahagia dunia je.. akhirat pikir time kat sana nanti.. alamatt.. tak sempat!!!