Umi, Ibu dan Emak…

March 9th, 2007

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata
semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…”Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapidia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.”Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ketelinga anaknya itu.

Live below our means???

March 7th, 2007

Alhamdulillah.. hari aku aku sebenarnya ada sedikit rasa bangga dengan diri aku sendiri.. guess what?.. bulan lepas.. Febuari 2007, aku berjaya bertahan dengan hanya mempunyai RM200 untuk perbelanjaan aku selama sebulan.. macam tak percaya je yang aku boleh bertahan.. alhamdulillah..

Kalau fikir cukup.. memang tak akan ada yang cukup untuk manusia ni.. tapi.. aku jimat mana yang perlu.. aku bertahan mana yang termampu.. untuk apa melayan nafsu.. betoi dakk..

Aku hanya ada 1 je punca pencarian time ni.. iaitu mengajar tuisyen.. kelas seminggu sekali aje.. pelajar adalah dalam belasan orang je.. budak UPSR.. tinggi mana sangat upahnya.. tapi aku bersyukur.. aku boleh hidup dengan duit mengajar itu..

Dalam RM200 tu.. dalam tu lah ada belanja makan aku.. dengan duit minyak.. kalau nak diikutkan.. minyak kereta.. sehari RM5 pergi balik.. aku budget siap-siap.. untuk sebulan.. katakan amik 20 hari aje.. 20×5=100.. jadi.. hanya tinggal RM100 je lagi untuk aku makan..

Tapi aku kena beringat.. kang ada time aku nak kena itu ini.. macam topap henset.. aku topap rm30 terus.. senang.. untuk sebulan.. jadi baki tinggal RM70.. dari baki tulah aku buat belanja or apa yang aku nak buat.. dan sampai hujung bulan 2 yang lepas.. on the dot hari yang aku dapat bayaran gaji untuk bulan 2 tu.. duit dalam poket aku memang dah kering kontang.. hiahahahah..

Syukur Ya Allah.. aku syukur sangat.. aku diuji begini.. dan aku kira aku berjaya.. walau tak macam orang lain.. untuk manage my own money.. aku tak mau harap duit orang lain.. memang la aku dapat jugak gaji aku bulan-bulan dari laki aku.. heheh.. tapi duit tu aku guna untuk beli barang dapur.. okay whatt.. hehehe..

Bulan ni pulak.. banyak occassion aku kena hadir.. birthday orang itu.. birthday orang ini.. kena beli kek.. kena beli hadiah.. beli kad.. bla bla bla.. oh ya.. tambah dengan duit kumpul beli hadiah untuk lecturer aku.. yap!.. dia dapat baby lagi.. syukurrr…

Jadi.. sebenarnya.. untuk bulan 3.. aku susah sikit nak budget ‘cukup-cukup makan’.. sebab aku rasa macam ‘tak cukup makan’.. hehehe..

Tapi not to worry.. sekarang aku ada passive income aku sendiri.. dengan usaha aku sendiri.. dengan tenaga aku sendiri.. for the start.. walau passive income aku tak banyak.. maybe berapa sen aje.. lambat la sikit..tapi kurang-kurang aku ada ‘willing’ for my own future.. alhamdulillahh..

Apa pun.. aku galas banyak harapan orang kat bahu aku.. semua bagi harapan.. tapi kurang yang beri dorongan.. tak apa.. i can deal with it.. aku still boleh cari motivasi aku sendiri.. untuk hidup aku.. supaya depan Allah nanti aku boleh bagitau apa yang telah aku usahakan dengan kudrat aku sendiri.. dan of course.. dengan keizinan-Nya……

Kasihnya ibu….

March 6th, 2007

Ini aku dapat dari salah sebuah website yg aku join.. so. bace aje lahhh.. ngiahahah.. maleh la nak tulis blog.. idea tarak..

———-

Kasihnya ibu…
Membawa ke syurga…..
Dan kasihnya ayahanda…
Berkorban jiwa…..

Itulah antara bait-bait yang terdapat dalam lagu KASIHNYA IBU, betapa besarnya pengorbanan seorang insan yg bernama IBU, yg mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, melahirkan kita dengan pelbagai kepayahan dan yang membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang, tiada berbelah bagi. Begitu banyak kita dgr ttg pengorbanan kasih seorang IBU, dan hari ini aku paparkan pula bagaimana pergorbanan yg begitu besar dari seorang insan yg bergelak ANAK terhadap seorang insan bergelar IBU. Semoga kisah-kisah ini dapat memberi kita satu tauladan yg patut kita contohi.

KISAH 1
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan nikmat sebuah perkahwinan utk kebahgiaan ibunya. Tapi adakah kita sanggup berbuat demikian?? Kalau dulu mak dan ayah bertungkus lumus rela bersusah payah demi membesarkan kita dan memberikan kita pelajaran, agar kita menjadi insan yg berguna di dunia dan akhirat. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku terhadapMu Ya Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih sayangMu!

KISAH 2
Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak dua hari lalu.

Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa menyedari anaknya itu sudah mati. Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?

Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari kerana penyakit Parkinson dihidapinya. Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah memiliki anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5 hari bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat nak balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu. Balik cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang pun malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!

Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya. “Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit. “Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi saya cuma tolong dia balik ke rumah,” katanya. Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi. Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa, bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok? Kalau kena masuk hospital macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya dapat mandi. Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja, beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu.

Baguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan seorang jiran. “Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia menghubungi polis,” katanya. Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya. Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang benar-benar baik.

“Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan,” katanya. Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.

Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!

“Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah kami dengar ibunya ditanya “mak nak makan”, “mak nak pergi bilik air” ketika menjaga maknya itu. “Mak mai makan” , “Mak, nak kencing habaq!”. “Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya yang memerlukan perhatian penuh,” kata Kalsom. Kasihnya ibu….membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada. Teruskan lagu ini berputar..

Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam. Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.

“Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan kasih seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup agar menjadi seorang yang berguna” Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah!

Bagi semua pembaca, sementara ibu dan ayah masih hidup, taburlah bakti kepada mereka. Sesungguhnya kita tidak akan rugi apa-apa selain pahala yang bakal kita perolehi. Insyaallah…..