Aduhh.. Tak Larat….

September 26th, 2007

Ish.. kuat pulak dugaan puasa aku kali nih..

Entah lah.. tak semena-mena.. perut aku masuk angin jek.. biasalah.. bulan puasa.. mana lalu nak makan apa.. aku setakat buka puasa makan kuih.. then time sahur makan sepinggan nasik.. tu jek..

Last².. perut aku meragam.. banyak sangat angin sudah masuk.. tapi angin pulak tak mau kuar ikut belakang.. dia macam nak keluar ke atas jek.. aku macam nak keep on vomitting.. tapi tak boleh.. sebab isi dalam perut aku tak ada apa..

Sampai sakit-sakit kepala n perut dok tahan ni.. tambahan pulak aku keje.. adoihhh.. kalau tak keje.. dah sure aku melepak je kat rumah.. lembik semacam..

Pulak tu bila aku keje.. anak-anak cina ni bukan tau reti bahasa.. depa tak tau aku ni dalam bulan puasa.. ada yang siap offer asam n kacang.. heh.. aku tolak cara baik aje la.. diorang tak aware of these things la..

Kalau ikut hati.. memang aku tak tahan sangat.. rasa macam nak buka puasa je.. tapi.. as long as aku boleh lagi.. kalau tak sampai pengsan.. aku mesti teruskan puasa.. Ya Allah.. berilah kekuatan..

But still.. mungkin sebab aku ‘berlagak’ kuat time kerja.. bila sampai rumah.. lembik habis.. aku nak makan time berbuka pun ilang selera.. jadi bila masa perut aku nak ada isi balik?..

Aku takut jugak kalau² this is the first step of gastric.. aku tak ada gastrik.. aku tak mau gastrik.. Ya Allah.. jauhkan hamba-Mu ini dari penyakit..

La ni tekak aku sesak sangat.. perut rasa sebu jek.. bulu roma rasa macam tegak berdiri jek.. cuih.. macam nak jumpa antu pulak.. tapi betul.. once in a while.. aku rasa macam seram sejuk.. nak kata demam.. tak pulak.. tapi aku betul² tak larat..

Cuma aku akan bertahan selagi termampu.. jangan time bawak motor tetiba aku collapse sudah la.. time tu.. Innalillah la kott.. Wallahu’alam

Rangkulan Kasih Abah…

September 17th, 2007

Aku akan mulakan.. sebab aku tak mau ingatan ini sekadar menjadi flash memory dalam kotak fikiran aku.. aku mahu kongsi segala pengalaman ini.. agar mampu menerbitkan walau sekelumit keinsafan di kalangan kita semua..

Sampai sekarang aku masih terngiang-ngiang segala yang telah berlaku.. macam kilat.. namun masih tersemat dalam sanubari..

29 tahun lalu.. aku pasti mereka gembira menerima satu lagi cahaya mata menemani yang telah sedia ada.. beribu harapan mereka sandarkan.. jutaan doa mereka sajikan.. untuk anak yang satu ini..

Abah.. itu panggilan kami kepada insan mulia yang membesarkan kami dengan penuh sabar dan teliti.. Ridzuan Bin Mohamad.. pada ketika aku dilahirkan.. abah berusia 35 tahun.. manakala emak 28 tahun.. 7 tahun perbezaan umur emak dan abah.. cukup mematangkan pasangan ini hingga mampu bertahan ke akhir hayat..

Sememang abah begitu.. untuk kesemua anak-anaknya.. bagi meletakkan nama bagi kami semua.. abah akan terlebih dahulu membuat sembahyang hajat bagi mendapatkan petunjuk Allah..

Dan akhirnya, kami bertujuh beradik, hasil doa dan berkat kesabaran abah.. mempunyai nama-nama yang indah;

FARIZA HANUM BT RIDZUAN (meninggal ketika usia 6 tahun, kalau tak silap)

HAJAR HANIM BT RIDZUAN

ADIB NUBLI BIN RIDZUAN (meninggal pada 19/1/2005)

FARIZAH AZMAH BT RIDZUAN

AZAM NAZRI BT RIDZUAN

FARAH HANI @ NABILAH BT RIDZUAN

AZIM NAZHI BIN RIDZUAN

Seingat aku.. sewaktu kecil.. aku amat rapat dengan abah.. katalah ke mana sahaja.. aku lah yang diusung abah.. sementelah lagi waktu itu kakak dan abang aku sudah bersekolah.. dan adik aku hanya lahir lewat 3 tahun dari ku.. jadi.. dia masih kecil.. sewaktu umurku 5,6 dan awal sekolah rendah.. abah sering membawa aku ke mana sahaja..

Masa tu.. abah masih lagi seorang guru agama di sekolah menengah.. kalau ada acara sukan di sekolah.. aku yang mengikut.. kalau ada hari guru di sekolah.. aku juga yang di bawa.. malah segala apa aktiviti.. aku lah pengikut setia abah.. sampaikan cikgu-cikgu yang di sekolah tersebut mengenali anaknya yang ini lebih dari yang lain-lain..

Apabila aku dalam darjah 3.. abah sudah dapat jadi pensyarah di Maktab Perguruan.. seingat aku.. abah dulu bekerja di Selangor.. jadi.. hanya pada hujung minggu abah akan pulang melihat kami adik-beradik.. namun kehilangan itu tidak terasakan kerana abah sering balik.. dan hanya waktu persekolahan yang abah tiada..

Abah pernah bawa aku, kakak dan sepupu kami (Kak Mahani) ke Kuala Lumpur.. abah bawak pergi shopping mall.. pergi tengok macam-macam.. seronok sangat.. sebab abah tak biasa bawak kami tanpa emak.. jadi bila sendirian.. abah belanjakan apa sahaja yang kami inginkan.. hehehe..

Dan paling tak boleh lupa.. ada satu scene tu.. aku memang suka sembahyang.. jadi.. bila di KL.. aku cepat-cepat ambil air sembahyang untuk solat maghrib.. terlupa pulak aku bukan berada di Kluang.. jadi.. bila tengok jam dah masuk waktu solat.. aku terus sembahyang.. biasalah.. Johor waktu solatnya lebih awal dari KL.. aku pun terlupa betul nak tunggu azan kat tv.. sebab ingatkan dah masuk waktu..

Tengah solat.. abah ketuk pintu.. dia pelik agaknya kenapa aku tak bukak.. dia bukak perlahan.. tahu apa katanya?..

“Oii ustazah.. belum masuk waktu lagi laa…”.. hehehe.. lepas tu semua orang ketawakan aku.. aku pun malu laa.. udah kena tunggu azan kat tv.. baru aku boleh sembahyang maghrib.. alahaiii..

Ada lagi satu scene yang bermain difikiran aku.. waktu tu kami sebuk nak anyam ketupat.. dalam adik beradik.. aku je lah yang cekap anyam ketupat.. jadi.. aku duduk dengan emak untuk menganyam.. masa tu.. rasa semua adik beradik kami berkumpul.. sekali abah datang..

Abah kata.. abah pun boleh buat ketupat.. mak tak percaya.. aku macam percaya je.. jadi.. kami semua berkumpul tepi abah untuk tengok macamana abah nak buat..

Buat punya buat.. ingatkan jadi sarung ketupat.. rupanya abah buat seruling!.. seronok!.. lepas tu kami adik beradik tak buat ketupat.. semua pakat buat seruling.. emak bising la.. kata daun ketupat habis.. tapi kami semua seronok.. hehe.. itu baru satu abah tunjuk skill.. tapi itu je la pun yang abah tau.. sebab dia tak tunjuk yang lain lagi punnnn..

Sedikit demi sedikit.. aku semakin membesar.. bila dah masuk sekolah asrama sewaktu tingkatan satu.. dengan sekolah yang hanya semua perempuan.. aku mula tidak serapat dahulu dengan abah.. sekadar panggilan telefon kalau aku buat.. itupun aku hanya bercakap dengan emak.. abah?.. sampai berkecil hati terkadangnya..

Biasa kalau abah yang angkat telefon.. aku akan cakap.. “Abah.. mak ada?”.. kemudian abah akan panggil emak.. “Yah.. ni anak ko ni nak cakap dengan ko..”.. gulp! terkedu sekejap.. hanya selepas itu.. aku mula berbicara pendek dengan abah.. tanya kesihatan dia dan sebagainya.. namun ucapan panjang.. tetap dengan emak..

Sewaktu tingkatan 3.. seluruh keluarga aku berangkat ke Amerika Syarikat.. berkat kesabaran dan usaha abah.. abah telah berjaya menjadi Pegawai Domestik bagi menjaga hal ehwal pelajar-pelajar Malaysia di Chicago.. tinggal lah aku sendirian di Malaysia..

Namun.. aku tetap beruntung juga.. setiap kali hujung tahun sewaktu cuti persekolahan yang panjang.. aku akan balik kampung.. hehe.. waktu tu.. kampung aku ialah USA.. jangan memain.. mana ada orang balik kampung kat US.. hehehe.. 3 tahun aku berulang alik.. sampai habis SPM.. aku duduk lama sikit.. sebelum aku masuk Matrikulasi USM di Taiping, Perak..

Tapi.. makin lama aku makin jauh dengan abah.. sementelah lagi.. waktu tingkatan 4.. masa tu mula kes ‘haruan makan anak’.. kami pelajar perempuan di asrama di panggil untuk berkumpul..

Warden nasihatkan kami agar berhati-hati.. jangan percaya kepada mana-mana lelaki.. dan yang paling aku tak boleh lupa.. warden cakap.. ‘Ayah kita pun kita tak boleh percaya’..

Mula dari situ.. aku semakin berhati-hati.. bukan aku nak tuduh abah aku begitu.. tapi kata-kata itu memang tersemat dalam hati.. abah aku orang agama.. tak akan terlintas dalam fikiran dia untuk melakukan apa-apa pun.. cuma aku tetap berwaspada.. kerana syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak adam…

Sewaktu di US.. seronok bukan main.. aku suka tulis surat dan beri kepada rakan-rakan di Malaysia.. tapi.. aku sekadar tulis.. dan untuk mengepos.. aku hanya beri pada abah.. hehe.. abah akan uruskan.. beli setem dan pos.. entah.. abah yang kata abah akan buat.. kat opis dia ada despatch yang akan buat kot.. aku pun tak tau..

Kat sana abah selalu bawak kami jalan-jalan.. aku dah pergi Universal Studio.. dan pergi Disneyland dekat Florida.. semua kami pergi travel naik kereta jee.. kat sana bukan dekat-dekat oi.. yang aku tak boleh lupa.. aku pernah temankan akak aku pergi kat suami dia yang dok kat Michigan.. kami dari Chicago naik kereta.. selama 6 jam perjalanan.. itupun puas pecut.. masa tu pulak bulan puasa..

Kami travel ke New York.. pergi Washington.. makan berhari-hari perjalanan.. duduk kat motel yang murah-murah.. dan duduk ramai-ramai dalam tu.. yang penting tak beku duduk kat luar.. ye la.. time aku p sana.. biasanya musim salji.. jadi.. masa tu la abah nak bawak kami jalan.. tunggu aku datang agaknya..

Tapi walau begitu.. macam-macam perihal berlaku di sana.. abah telan segala dugaan dengan tabah.. Melayu di sana.. tetap sama macam Melayu di Malaysia.. hasad dengki tak pernah kurang..

Abah yang pemurah.. tak pernah lokek menjamu students yang datang rumah.. telah menjadikan student lebih ramai suka berkunjung ke rumah kami.. tapi.. telah membuatkan pihak lain dengki..

Ketua abah sendiri mempunyai hasad dengan abah.. mungkin dia merasakan abah mahu lebih dari dia dari segi sokongan para pelajar.. alahai.. apa sangatlah.. tapi macam-macam abah telan.. aku tahu abah tension.. tapi demi tugas dan anak-anak.. abah lalui jugak..

Cukup 3 tahun di USA.. akhirnya kami semua balik ke Malaysia.. alhamdulillah.. lepas sudah segala ujian memeritkan di sana.. abah teruskan perjalanan hidup di tanah air dengan tenang..

Dan pada tahun 1998.. bersaralah abah dari segala tugas-tugas kerja yang digalasnya bertahun-tahun lamanya.. bermula hidup baru abah..

Abah yang tidak pernah menjauhkan diri dengan tanaman-tanaman di keliling rumah.. semakin aktif menguruskannya.. namun aku tahu abah dah tak larat.. apabila aku tengok hanya sekejap-sekejap abah turun ke tanah..

Tapi antara tabiat abah yang tetap di teruskan.. abah rajin sangat puasa Isnin dan Khamis.. itu lah cara abah nak jaga kesihatan.. tambahan pula abah ada penyakit kencing manis.. dia tak mahu penyakit dia membebankan kami semua..

Abah memang tak minum manis.. kalau dia teringin sangat.. hanya air kosong di tambah dengan pewarna sirap.. itu tabiat abah.. dia betul-betul jaga penyakitnya.. tambahan pula abah dah saksikan sendiri dengan mata kepala dia sahabat baik dia telah kehilangan kaki akibat dari penyakit tersebut.. menangis abah masa tu bila jumpa rakan dia.. sedih sangat.. sebab bukan salah sahabat abah tu.. cuma silap dia nikah isteri baru yang hanya mahukan harta wasiat.. bukan betul-betul cintakan nya..

Abah aku seorang penulis.. dahulu.. nama penanya.. Rustam.. namun aku kurang mengambil tahu mengenai penulisan abah.. yang kebanyakannya berkisar sastera dan pujangga..

Abah juga seringkali mencipta puisi-puisi baru sebagai peneman waktu sepinya sesudah bersara.. andai berkesempatan aku temui satu-dua ciptaan abah yang menjadi minatku.. akan aku utarakan disini..

Salah satu puisi abah yang cukup memberi kesan mendalam kepadaku.. berkenaan Kaum Banjar yang mana sudah kurang dari kami menggunakan atau menghidupkan kembali sejarah atau adat dari kaum banjar tersebut.. abah orang banjar.. tapi kami adik beradik tidak diajar dengan pertuturan dan adat banjar.. mungkin kerana kami sudah lahir dan membesar di Johor.. sedangkan abah sebenarnya berasal dari Parit Buntar, Perak..

Dalam puisi tersebut.. abah katakan.. Banjar.. akarnya sudah mereput.. pohonnya sudah tua.. jadi.. abah kata.. jangan kita saling mencari salah.. jangan mencari punca kenapa begitu jadinya.. kita perlu sentiasa memaafkan dan berusaha untuk menguatkan lagi ikatan Banjar..

Itu dari segi apa yang aku faham.. tapi memang aku minat puisi abah yang ini.. akan aku cari dan siarkan di blog ini suatu hari nanti.. pasti!!

Tapi umur abah tak panjang.. 63 tahun berada di atas muka bumi Allah.. akhirnya abah dipanggil kembali..

Namun yang aku kesalkan.. di hujung hidupnya.. aku.. sebagai anak yang dahulunya rapat.. telah merobek hati abah.. aku lukakan hatinya.. hingga akhir hayatnya..

Aku yang bersalah.. aku yang berdosa.. aku ketepikan hak wali yang Allah kurniakan kepada abah dengan sekelip mata.. 28 tahun abah didik aku dengan sempurna.. ini balasan yang aku berikan.. aku tahu abah kecewa.. dan kini tak ada apa yang mampu aku lakukan.. sekadar menghadiahkan cebisan doa sebagai bekalan abah di alam barzakh..

Aku anak derhaka.. tak pernah mengenal di untung.. percaya atau tidak jika aku katakan.. aku tidak pernah dimarahi abah.. namun.. aku lah yang selalu menyakitkan hati abah.. dengan perkataan-perkataan berbisa.. abah senantiasa terasa hati dengan aku.. aku memang anak tidak berguna..

Hanya setelah abah pergi.. aku terasa sunyi.. selama ini aku yang menjauhkan diri.. aku yang seakan lari.. kalaulah waktu boleh berputar kembali..

Sebenarnya.. sesudah abah mengetahui hakikat anak nya ini.. aku terus menjauhkan diri.. aku terus berdiam diri.. aku tak telefon.. tidak bertanya khabar.. tidak apa sekali pun.. kerana aku begitu takut di marahi abah..

Sepatutnya.. pada bulan April yang lalu.. rombongan kami sekeluarga untuk menunaikan umrah adalah termasuk aku sekali.. kerana emak mengharapkan aku mengetuai.. abah sudah uzur.. sudah lupa banyak perkara..

Namun.. sesudah berlaku peristiwa hitam yang aku cipta.. semua berubah.. aku dibuang terus dari list.. sementelah aku pun tidak menghubungi mereka.. dan tempat aku digantikan dengan adik bongsu.. Azim..

Dua minggu sesudah kepulangan.. aku terima sms dari kakak aku.. katanya.. mak tak bagi beritahu.. tapi dia rasa aku punyai hak untuk tahu.. abah tak sihat.. balik dari Mekah abah asik masuk wad.. dah dua kali abah berulang ke wad..

Aku tetap tidak membalas sms itu.. hanya mendoakan agar abah sihat macam biasa.. bahkan aku simpan berita itu.. tiada siapa pun yang tahu.. namun.. pada hujung minggu itu.. hari Jumaat.. kakak aku bagi sms lagi.. katanya dia nak balik Kluang.. abah masuk ICU.. terkedu aku..

Namun aku masih berkeras.. kakak aku tanya andai aku mahu pulang bersama.. aku katakan aku punya kelas.. sememangnya hari Jumaat aku punyai kelas sehingga 6.30 petang.. kerana aku mengajar tuisyen..

Habis kelas tuisyen.. aku masih pendam segala yang berlaku.. hingga akhirnya suami ku sendiri bertanya perihal apa yang berlaku.. kerana abang iparku telah menelefon dia, namun dia tak sempat angkat kerana terlena..

Aku ceritakan segalanya.. dia mahu aku balik Kluang.. namun aku masih berkeras.. aku kata aku boleh balik.. tetapi aku mahu naik kereta.. aku tak mahu naik bas.. dia bingung.. kerana untuk melepaskan aku balik sendirian.. sukar di benarkan..

Akhirnya.. kami satu keluarga pulang ke Kluang.. aku, abang, kak ana dan budak-budak.. tepat pukul 10 malam kami keluar dari rumah setelah mengambil segala apa yang perlu.. menuju ke Johor..

Dalam perjalanan.. kakak aku masih terus memujuk untuk aku pulang.. kerana katanya abah nampak tenat.. aku cuma beritahu yang aku sudahpun berada di Sungai Perak pada ketika itu jam menunjukkan 1 pagi..

Sampai di Kluang.. jam menunjukkan jam 7 pagi.. kami singgah di rumah.. Hanim sekeluarga sahaja yang ada.. dia bawak aku pergi ke wad abah.. masa tu tiada siapa di samping abah.. emak dan adik-adik aku berada di rumah makcik yang berdekatan untuk emak merehatkan badan seketika..

Masya Allah.. aku lihat abah di wad.. sedih sangat.. abah hanya memandang ke atas.. dia sudah tidak dapat melihat aku lagi.. dia sudah tidak kenal anak nya lagi..

Perlahan aku panggil abah.. namun tiada reaksi.. aku pegang tangan abah.. air mata tak tertahan lagi.. aku cium pipi abah.. tak pasti apa yang abah fikirkan..

Namun.. apabila Anim datang.. Anim panggil abah.. aku lihat mata abah bergerak memandang Anim.. oh.. aku faham.. abah sudah tidak sudi melihat aku lagi.. jijik barangkali.. semakin laju air mata aku menuruni..

Perlahan aku dekatkan mulut ke telinga abah.. aku bacakan Surah Fatihah..

“Bismillahirrahman nirrahim…”..

Pada ketika itu.. aku dapat lihat lidah abah bergerak menuruti bacaan ku..

“Alhamdulillahirabbil Alamin…”

Yap!.. abah ikut satu persatu bacaan ku..

“Arrahman Nirrahim..”

“Ma~likiyau middin..”

“Iyya kanak budu wa iyya kanas ta’in…”

“Ih dinassira tal mustaqim…”

“Siratallazi na an’am ta’alaihim..”

“Ghairil maghdu bi alaihim..”

“Waladdallin.. Amin..”..

Alhamdulillah.. aku lihat abah dapat mengikut bacaan ku.. walau hanya aku dapat lihat dari gerakan lidahnya..

Tanpa menunggu panjang.. aku ambil wudhu’ dan berdiri di samping abah.. aku rapat lagi dengan telinganya.. aku katakan aku mahu baca yasin.. dan jika abah mampu.. ikut aku di dalam hati..

“Yaaasiinnn…”..

Aku teruskan bacaan perlahan-lahan supaya abah dapat ikut..

Setelah itu.. kami biarkan abah berehat.. abang ipar aku terus-terusan perlahan-lahan membisikkan kalimah “La ilahaillah..” di telinga abah..

Anim benarkan suami dan kak ana untuk melihat abah dari jauh.. sementara masih ada nyawa abah..

Kemudian.. aku beritahu anim untuk aku mandi dan bersiap dan akan kembali kepada abah semula.. kami ke hotel berhampiran.. dan kemudian kami berancang untuk makan..

Waktu itu.. aku yang tidak sedap hati.. terus memandu ke hospital.. aku bawa mereka untuk makan di kantin hospital.. supaya mudah untuk aku pergi ke wad abah semula.. dan mereka akan aku biarkan menggunakan kereta untuk ke mana-mana..

Aku sms pada kakak aku yang aku hanya makan di kantin hospital.. tak lama kemudian.. anim telefon.. katanya.. abah tenat..

Tanpa sempat menjamah makanan.. aku tinggalkan mereka di kantin.. aku berjalan menuju ke wad abah.. aku lihat emak.. maktok.. cik mayah.. ada diluar..

Terus aku masuk.. Dr. dan nurse sedang sebuk menguruskan abah.. tanpa membuang masa.. aku ambil wudhu’ dan teruskan membaca Yassin.. kalau tak silap.. pada bacaan ke 47 atau 57.. abah pergi meninggalkan kami.. aku teruskan bacaan sehingga selesai.. semoga pemergian abah diiringi dengan bacaan yang indah..

Bagai tidak tahu buat apa.. aku ulangi bacaan Yassin berkali kali.. sehingga seingat aku.. 7 kali ulangan sehingga abah selesai di mandi.. di kafan.. di sembahyangkan.. dan di tanam…

Satu kisah yang disampaikan oleh makcik kepada aku.. sewaktu abah di Mekah.. abah bawak gambar aku dan berdoa di depan Ka’abah.. terharunya aku waktu itu.. namun segalanya sudah terlambat.. kalau lah aku tahuuu……….

Kini.. seringkali pertanyaan ini bermain di fikiranku..

“Menyesalkah emak dan abah mempunyai aku sebagai anak ?..”

Wallahu’alam

Akhirnya.. hilang sebutir permata yang melindungi keluarga kami selama ini.. Ya Allah.. tempatkan abah di kalangan para mujahid dan para anbiya’.. semoga abah selamat di bawah naungan panji kebesaran Allah..

Tanggal 26 Mei 2007.. pagi Sabtu yang hening.. kami sekeluarga menatap pemergian abah yang tercinta.. sebagaimana abah menyambut kehadiran kami semua ke dunia..

Tenanglah abah disana.. Fizah akan sentiasa doakan kesejahteraan abah..

Abah.. dirimu bererti bagi kami.. hilangmu tiada pengganti.. kasihmu kekal di sanubari.. selamanya abah bersemadi di hati.. AL-FATIHAH.. kepada;

HJ. RIDZUAN BIN HJ. MOHAMAD (02/11/1943-26/05/2007)..

… to be continue …

September 17th, 2007

Short one.. b4 aku menceceh panjang lepas nih..

Guess what.. aku akan buat sambungan untuk entry “Zaman Berzaman”.. yap.. cuma kali ini aku tumpu pada different idol.. sekadar meluahkan dan menzahirkan ingatan aku terhadap beliau..

But not now.. since ari ni aku tak de kelas.. aku nak make sure aku settlekan everything untuk kelas for this week dulu.. baru aku nak layan emosi.. ngieheheh..

So.. c u guys!!

How ?

September 4th, 2007

Hurm.. lama tak menulis.. tak de idea lah..

Tapi banyak jugak benda aku tak update.. aku la ni kat opis.. dah keje.. tapi macam tak berapa kerja.. sebab aku macam ni le.. banyak main.. kueng kueng kuengg..

Tau tempat yang biasa aku buat partime mengajar tu?.. yap.. Kolej Han Chiang.. kolej komuniti bangsa cina yang banyak beri aku peluang untuk perbaiki diri aku supaya dapat berlatih mengajar..

Akhirnya.. 1 Ogos 2007.. tetaplah aku menjadi pekerja penuh masa di sini.. alhamdulillah.. dalam aku mencari-cari pekerjaan.. Allah permudahkan jalan aku.. tambahan pulak aku memang nak menjauhkan diri dari duduk terperap kat dalam lab.. with several strong reasons.. kalau cerita akan menjatuhkan maruah orang lain.. so.. better aku blah dulu.. sebelum perkara yang lebih buruk terjadi..

Apa pun.. aku nak grad jugak dalam pembelajaran aku yang dah bertahun-tahun tu.. patutnya dah start tulis thesis.. aku keep on kumpulkan item.. tak start lagi.. memang la ada yang aku hantar p several conferences.. tapi bertabur sana sini.. nak keep the pieces tu yang leceh tu..

So far.. kerja aku rasa ok.. flexible.. alhamdulillah.. belajar pun aku kena buat jugak.. no matter what!!.. tapi biasanya.. time kat rumah la aku maleh.. tak tau kenapa.. aku rasa pengaruh tv kuat sangat la.. aku ingat tak mau bukak tivi la.. hehe.. tapi kalau dah dalam otak dah tau rancangan tv.. agak-agak berjaya ke aku tutup tv tu ek?..

Arghh.. aritu time tv rosak.. ok je aku rasa.. macam berjalan lancar je.. tak boleh jadi nih.. nampaknya.. lepas berita je.. aku kena tutup tv.. or duduk dlm bilik.. tanpa fikir pasal tv.. kalau tidak.. memang makin lengah la kerja-kerja aku.. discipline!!!

Azam aku.. mulai malam ni.. lepas berita.. aku nak berkurung dalam bilik.. dok kat meja study.. n start thinking of my future.. especially regarding my study.. yap!.. sebab aku perlu berkorban beberapa bulan je lagi untuk tidak menengok tv.. dan grad.. after that.. semua boleh kembali macam biasa..

Biarlah orang update apa cerita best pun kat tv.. aku nak buat pekak je.. aku cuma nak bertahan untuk berita.. and then, tup!.. tutup tv.. yap!.. I’ll do it.. starting now!!!

Fuh.. bersemangat pulak rasanya..