IBUKU.. MADUMU..

November 30th, 2007

Mata-mata itu, ku renung jauh ke dalam. Betapa tenang dan senang hati aku melihat wanita-wanita itu bahagia melayari bahtera kehidupan bersama. Ya, ibu dan mama. Nama yang sering ku sebut-sebutkan sebelum aku mengerti apa maksud dalam setiap gelaran itu.

Terkadang aku sendiri keliru, mengapa orang lain punya hanya satu? Sedangkan aku ada dua. Walaupun abah sering menjawab persoalan ini dengan senyuman, aku tetap tidak mampu berpuas hati dengan jawapan senyap itu.

Ibu, saya anak siapa, bu? Ibu atau mama?

Antara laungan yang sering aku tanyakan terhadap ibu. Namun jawapan yang aku terima hanyalah, “Kamu anak ibu dan mama, sayang”.

Ahh.. mana mungkin aku yang seorang ini mampu keluar dari dua ibu? Permainan apakah yang dicatitkan ini? Teka-teki apakah yang mahu terus diuji ke atas diriku ini?

Namun, sepantas masa berlalu, aku mula fahami. Bilamana aku lebih sering bersama ibu. Pasti aku anak ibu, bukan anak mama. Namun apabila mama juga tidak pernah mengabaikan aku, aku menjadi keliru. Mungkin mama lebih layak menjadi ibu kandungku.

Tambahan pula Abang Long dan Kak Ngah lebih rapat dengan mama, pasti aku juga sebenarnya darah mama. Mungkin mama kasihankan ibu, lalu memberikan aku untuk dijaga ibu. Atau sebenarnya aku berdarah ibu? Aku yang merupakan anak ketiga pasangan-pasangan ini, mungkinkah lahir dari rahim ibuku?

Persoalan-persoalan begitu sering menghantui tidur malamku. Di alam persekolahan, aku dengan jujur mengaku punyai dua ibu namun jawapanku menerima tempelak dari rakan-rakan dan guru-guru.

Salahkah? Salahkah seorang anak mempunyai dua ibu? Berdosakah aku menyayangi mereka seadil-adilnya. Tanpa ada yang lebih dan tanpa ada yang kurang, salahkah?

Andai kasih sayang yang aku berikan tidak layak dibahagi dua, bagaimana pula dengan abah? Abah, idolaku. Bagaimana abah mampu membahagikan hati menyayangi ibu dan mama?

Salahkah abah mempunyai hati yang terpaksa menanggung dua cinta di hatinya? Salahkah? Berdosakah?

Hari ini, aku mengerti segala-galanya. Pada waktu aku berkira-kira dan bersoal sendirian mengenai cinta, kasih dan sayang antara 3 insan berbeza itu, aku semakin mengerti keajaiban cinta Allah.

Sungguh, kita sebagai manusia tidak mampu capai pemikiran untuk mengkaji dalamnya sifat Allah yang berhak mencintai segala milik-Nya di dunia ini. Namun jauh disudut hati, aku fahami bahawa inilah antara cinta milik Allah yang dipinjamkan untuk manusia.

Kita mampu mencintai lebih dari satu, kerana kita punya akal dan fikiran untuk berfikir demi kebaikan semua. Cinta itu terlalu luas maksud dan tafsirannya, namun kita sendiri perlu memandu cinta ke arah yang diredhai Allah.

Segala persoalanku terjawab. Ibu dan Mama hidup bermadu selama ini demi cinta mereka terhadap abah. Mereka redha dengan ketentuan Allah, juga demi cinta kepada-Nya. Kami, adik beradik sebapa mampu meneruskan kehidupan indah kerana cinta kami kepada abah, ibu dan mama serta menjalinkan kasih demi cinta Allah.

Tuhan, jadikan keluarga ini keluarga yang diredhai. Keluarga yang berpaksikan Tauhid-Mu, bersatu demi menuju syurga-Mu yang abadi. Amin…

Akhirnya, fahamlah aku bahawa mama, ibuku madumu..

Boring la pulak..

November 30th, 2007

Hye all.. lama jugak tak menulis.. biasa time aku dok sensorang memang idea macam-macam.. la ni bila dah ’sensorang’ betul-betul.. terkedu jugak.. ilang idea..

Bowing woo.. officemate aku tak de.. well.. hehehe.. kat ofis aku ni ada 5 orang je.. 4 pompan.. semua bini orang.. satu lelaki.. suami orang.. ekekeke.. and melayu.. aku dengan rina jek.. 2 lagi pompan cina.. mamat lelaki tu serani..

Well.. macam percaya dengan tak percaya.. out of 4 pompan.. 3 of us pregnant!.. hahaha.. berancang ke.. tak tau le.. kebetulan jek.. Annie dijangka due April.. aku end of May / early June.. Rina may be July kot.. perghhh.. berderet.. pening la Han Chiang nak pikir cemana nak ganti orang nih..

Tapi.. yang buat aku tambah boring.. ari ni aku sensorang kat ofis.. huwaaa.. rina mc pulak.. kesian jugak kat dia.. morning, afternoon & evening sickness dia teruk sangat..

Katanya.. semalam dia muntah about 4 times.. nak makan apa pun tak lalu.. alahai.. dia dah p check.. darah dia negative.. jadi.. mungkin ada problem sket..

Masa first consult doktor pun.. doktor takut dia punya baby kat luar rahim.. p scan.. tapi tak nampak lagi.. Ya Allah.. selamatkanlah sahabat aku.. risau jugak dengar macam tu..

Aku?.. alhamdulillah.. morning sickness tak de.. cuma sket-sket masa end of Ramadhan tu je.. bila dah raya.. aku pun raya sakan.. puasa aku penuh woo tahun ni.. seronotttt..

Lepas-lepas dari tu pun.. aku tak banyak problem.. rasa macam biasa.. aku ni lasak.. nak buat macamana.. terpaksa melasakkan diri aku.. rumah dengan ofis jauh.. aku terpaksa berulang naik motor..

Ramai orang kata bahaya.. especially the first 3 months.. takut gugur la.. tak kuat lagi la.. abeh tu aku nak buat cemana.. kereta kancil masih kat akak aku.. kesian jugak dia.. lepas satu, satu.. motor hilang sat la.. keje banyak la.. aku pulak tak sampai hati nak mintak kereta..

Tapi end of this week nak kena amik jugak sat.. sebab nak p shopping.. berjaya jugak aku bertahan bulan lepas dengan duit yang cukup-cukup makan.. aku pun tak tau cemana boleh bertahan.. semua tu kuasa Allah..

Well.. yap.. laki aku bantu jugak.. tapi aku pun tak mau la susahkan dia sangat.. and.. today.. gaji dah masuk.. tapi aku tak amik lagi.. kalau aku tak dan amik ari nih.. memang aku kontang.. waktu aku tulis ni.. dalam purse aku.. satu sen pun tak ada.. dok harap tak jadi apa-apa otw nak p amik duit petang ni nanti.. hehehe..

Gaji aku korang ingat beso ke?.. aku ni tak de pengalaman.. ini first job aku.. tolak nak bayar loan.. bagi kat mak aku sket.. walaupun dia selalu pulangkan balik.. tak apalah.. kurang-kurang aku dah bagi.. bila dia pulang.. aku simpan dalam tabung haji.. hehehe.. esok lusa aku nak bawak dia jugak p Mekah.. bukan orang lainn..

Bayar sewa rumah.. bil-bil aku rasa aku dah settle kan.. cuma kena tunggu bil baru le.. haii.. nak kena topup touch n go.. dah seminggu lebih abih.. dok asik bayar guna duit je.. rugi lee.. kalau pakai kad tu.. naik jambatan kalau kereta dalam rm5.60 gitu.. kalau motor dalam rm1.12 kot.. tapi kalau bayar duit.. kete aje dah rm7.. motor rm1.4.. tu pun nasib baik sami velu tak naikkan.. kot naik.. jenuh..

Tapi tol BKE naik.. laki aku kata naik 30sen.. means.. jadi rm1.60 le.. aku tak guna sangat.. kalau boleh memang mau di elak-elakkan.. ekekekeke..

Dalam dunia ni.. bila masa kita tak guna duit.. aku ni kalau ikutkan.. biasanya.. setelah beberapa bulan aku keje nih.. gaji aku boleh dikatakan.. bertahan paling lama 3 hari je.. sebab lepas aku bayar itu ini.. aku akan pening kepala balik untuk hidup sampai jumpa gaji lagi satu.. tapi Allah tu maha pemurah.. ada aje yang membuatkan aku boleh survive..

Lepas ni nak kena simpan duit.. aku dah keep on thinking on how aku nak spend the money over my child.. cemana nak buat.. samada anto nursery ke.. berapa kosnya.. atau cemana cemana.. rezeki budak tu.. Allah dah sediakan.. tak perlu aku risau.. yang penting.. macamana aku nak manage ajeee…

Wei.. mengantuk la.. boring gila nih.. aku nak keluar pun.. ari jumaat ni.. mesti sebuk kat jalan raya tu.. next class aku pukul 2.. hurm.. p naik library tido sat syok jugak nih.. hehehehe..

Ok la.. nak jalankan misi tersendiri.. bye..

Hurm.. Kenapa Ekk?

November 12th, 2007

Hurm.. pelik jugak.. tapi aku percaya ada hikmah atas semua yang berlaku.. Allah nak naikkan darjat akak aku.. atau memberi peringatan atas perkara yang mungkin akak aku terlupa.. atau menegur sedikit kesilapan akak aku.. atau sebenarnya pengajaran untuk aku?.. untuk orang sekeliling akak aku.. atau macamana?.. hurm.. kenapa ek..

Sket je nak cite.. aku ni suka sangat cakap sket-sket je nak cite.. tengok-tengok sat gi.. aku tulis sampai tak cukup ruang.. heehehehehehe.. biasalah.. penulis tersohor.. boleh ganti Aziz Omar yang buta kat dalam iklan Berita Harian tu..

“Bila kau dah terkenal nanti.. jangan lupa aku pulak….”

“Bopiiii…”

Heheheh.. merepek dah nih..

Begini kesahnya.. pagi Sabtu yang hening.. pukul 10.. erm.. sat cek henset sat.. pukul 10:19am.. masa tu aku dah bangun.. aku dah bersiap sebenonya.. nak p ngan laki aku anto motor merah dia p SP.. dia naik moto.. aku naik kete.. sebab balik nanti takkan kami nak naik bas kot.. udah motor kompom kena tinggal.. nak buat bearing ke ape ke bende ntah.. macam overhaul la kot.. aku dok dengar depa kata macam tu.. iye la tuuuuu..

Tetiba.. time tu.. aku dapat sms dari akak aku.. pendek je dia cakap..

“Fizah moto aku hilang”

Bedegup jantung aku.. terus aku tepon akak aku.. ha ah.. moto dia kene curik.. biasanya dia kunci siap alarm motor tu.. tapi malam tu.. dia lupa nak alarm.. dia kunci la disk brek semua.. tapi alarm tak buat..

Akak aku pakai motor ape ke namanya.. LC ke ape.. tapi memang orang dok aim la motor tu.. ini pun bukan kali pertama cubaan mencuri.. sekali tu masa kat tempat keje dia.. orang nak curi.. tak berjaya.. ini kira seken time.. n berjaya..

Dia pun p la report polis.. aku pulak teruskan perjalanan hidup aku ke SP.. setelkan keje semua.. aku harap akak aku ok la.. pandai la dia nak settle kan.. aku sebok-sebok pun tak jadi apa..

Malamnya.. aku tepon.. dia kata dah buat report semua.. kena tunggu la.. nak tanya tempat insuran semua tak bukak.. sebab ari Sabtu.. esoknya Ahad pulak.. kena tunggu Senin le nampaknya..

Tak pe.. dah buat report.. aku yakin boleh claim sebab first party punya insuran.. paling koman dapat motor baru.. syok jugak apa.. hehehehe..

Ahad.. akak aku ajak p cari bantal ngan selimut.. ye la.. mak dengan adik beradik aku kan nak mai.. jadi akak aku kena ready la semua.. tapi sekali lagi.. aku saje la cakap kat akak aku.. ajak la mak semua tido rumah aku.. selesa sikit..

Akak aku kata apa….

“EEiii.. ko jangan.. mak siap dah kata dah.. kalau mak nampak ko datang rumah aku.. mak nak kuar dari umah aku.. nak cari tempat tido lain…”..

Tersengap balik aku.. haiii.. harapan aku untuk mengendap emak pun nampaknya aku tak buat la.. tak apa lah.. aku layan hidup aku sensorang aje la.. biarlah.. emak lebih rela anak dia ni masuk neraka.. aku yang pilih jalan nih.. aku tanggung la sendiri hidup terseksa dalam neraka jahanam tu.. ohhh.. tak sanggup.. Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini…

Ok.. tutup cerita.. aku pun tak p la ikut cari selimut.. bukan apa.. korang tak kenal aku lagi ke?.. aku ni jenis yang suka dok rumah.. aku rasa releks je.. biarla rumah aku macam tongkang pecah pun.. aku tak minat keluar sangat.. rasa macam banyak kerja aku tak siap bila aku keluar.. heh.. ini lah aku.. mak aku je kenal aku macam nih..

Hurm.. malam Ahad.. aku dok tengok tv macam biasa.. oh.. budak-budak tido rumah aku.. sebab Kak Ana keje malam.. sekali.. dalam kol erm.. sat cek henset lagi.. kol 10:32pm pulak.. dah malam dah.. akak aku bagi sms.. dia tulis gini..

“Fizah diorg dah jumpa moto aku”..

Cepat-cepat aku telepon dia.. ha ah.. dia kata polis bagi sms je kat dia.. kata dah jumpa.. jumpa kat Butterworth.. syukur alhamdulillah.. aku pesan kat akak aku.. mintak dia buat solat sunat syukur.. dia kata nak buat.. aku rasa mesti dia buat..

Well.. kaji-kaji balik.. sekejap je Tuhan bagi ilang.. duit akak aku beli tu duit halal.. sebab tu motor tu kembali jugak kat dia.. hurm.. alhamdulillahh.. tapi atas hikmah kehilangan tu.. pandai-pandai la akak aku fikir.. semoga apa yang salah silap.. dia perbaiki.. semoga tak ditimpa musibah macam tu lagi..

Pada aku musibah le.. sebab ‘menyesakkan’ fikiran.. walaupun sekejap.. kita kena ucap.. “innailillahh…”.. aku pun terasa jugak macam terkena kat aku.. sebab aku berkecil hati dengan pesanan yang akak aku sampaikan.. walhal.. akak aku utusan je.. utusan emak yang menyatakan dengan jujur betapa ‘benci’nya emak pada aku.. tapi aku kecik ati kat akak aku pulak.. dia tak bersalah pun..

Semoga Allah ampunkan dosa aku.. dosa akak aku.. dosa mak aku.. dosa arwah abah aku.. dosa seluruh ahli keluarga aku.. dosa seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini.. samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.. Aminnnnnnn…

Ohh.. Malangnya..

November 9th, 2007

Adoi laa.. apesal satu hari ni aku dok cium bau kucing je kat idong aku nih.. bukan setakat bau kucing.. tapi bau masam-masam yang memula aku tak perasan jugak bau apa.. tapi bila dah lama sangat.. baru aku perasan.. bau muntah si kid.. cisss.. kat mana lah dia muntah.. sampai terbawak-bawak kat aku nih..

Aku rasa adalah tempat dia termuntah tu.. kemudian aku terlalu ke.. atau tak sedar.. tercalit sket kat pakaian aku.. sebab tu aku terbau-bau sampai sekarang.. ni tak sabo nak balik nih.. nak kena cek rumah..

———-

Ok.. sket je aku nak cakap.. hurm.. aku la ni kecik ati sangat.. kenapa ntah.. sejak beberapa bulan nih.. aku tak boleh susah hati.. kecewa semacam.. tak boleh stress orang kata.. tapi aku dok bagi orang stress tak pe.. ehhehehe..

Start semalam la.. aku dok jaga anak kakak aku and anak-anak aku.. jadi baby sitter semalam.. sempena Deepavali.. akak aku p kl khamis subuh.. anak dia tidor rumah aku sejak rabu malam lagi.. manakala anak-anak aku dok ngan aku la.. mak pak depa p keje.. semua bergasak buat O.T.. aku je rilek.. walaupun duit dah tak de.. akakakakaka..

Pastu.. masa ari rabu.. aku p carrefour.. aku beli chipsmore yang baru tu.. perisa coklat.. tapi salah aku jugak.. aku bagi kat budak-budak.. tapi aku tak makan.. benda tu ada 5.. aku bagi sorang satu.. tinggal lagi satu.. aku pun tak sorok.. aku dok ingat nak makan.. tapi tak makan-makan.. sampai lupa balik..

Tau-tau.. dalam kol 12 tengahari.. tau-tau coklat aku yang last tu dok dalam mulut budak-budak tu.. huwaaaaaaaaaaaa.. nak marah pun tak guna.. salah aku jugak.. tapi aku punya kecewa.. satu macam..

Lepas tu aku dok dalam bilik.. cuba untuk lelapkan mata.. tapi kecewa punya pasal.. sampai meleleh-leleh air mata aku.. bagi sms kat laki aku.. dia siap offer nak tolong belikan yang lain.. huwaaaa.. sedih jugakkk..

Petang tu dia belikan.. tapi perisa coklat tak de.. yang ada perisa strawberry je.. dia beli jugak.. dengan dia tambah satu lagi danone punya ke ape.. perisa coklat.. kira ok la.. tapi tetap tak dapat rasa chipsmore baru yang perisa coklat.. hurm… :(
Kemudian.. aku p anto budak-budak ke rumah akak aku.. sebab dia balik khamis malam.. aku tak anto la anak-anak dia balik malam tu.. aku anto lepas solat zohor kelmarin..

Dalam pada jumpa akak aku.. dia yang sebelum ni dok kata mak n adik beradik aku akan datang sebab nak p bercuti kat langkawi.. masih teruskan cerita yang sama…

Aku memang berancang nak jugak jumpa mak aku bila dia datang Penang.. ye lah.. aku kan anak derhaka.. nak balik Johor pun duit tak de.. mak aku nak datang Penang pun punya besar punya rahmat.. tapi…………….

Semalam.. akak aku cakap macam nih…

“Mak ingatkan aku jangan cakap kat ko yang dia nak datang…”

Kakak aku gelak masa dia cakap tu.. tapi aku?.. aku jadi terkedu.. alahaiii.. mak aku tetap tak sudi dengan anak dia yang ni..

Aku siap dah rancang.. nak jumpa bini adik aku.. nak jumpa adik aku yang kecik sekali tu.. depa semua datang.. dan semua akan p bercuti ke langkawi.. kecuali AKU..

Ahh.. aku tak pedulik pasal p langkawi ke apa.. aku pun memang tak de duit kalau nak p.. tapi.. kurang-kurang kalau mak tak cakap macam tu.. dapat jugak aku mengadap dan mencium tangan serta kedua-dua pipi mak aku.. tapi.. bila pesanan tu dan sampai kat aku…………

Kecewanya.. Tuhan aje yang tahu.. macamana aku kecewakan mak aku.. macam tu jugak la Tuhan nak aku rasa kekecewaan itu..

Mak aku pendendam ke?.. dia marah sangat tu.. sampai bila dia nak lampiaskan marah dia?..

Aku fikir.. kalau pun aku tak punya cara untuk beritahu emak.. kurang-kurang kalau emak tengok aku.. aku harap sangat mak tahu yang aku bakal memberikan dia ‘cucu’ baru.. tapi bila macam nih.. aku rasa.. biarlah aku sensorang..

Nampaknya.. aku terpaksa jugak hadapi hari-hari aku sendirian.. aku selalu bayangkan macamana seronoknya kalau time mengandung dan bersalin dapat bercerita dan berkongsi segalanya dengan emak.. tapi.. emak dah buang aku jauh-jauh..

Aku nak jugak mintak petua-petua dari emak.. tapi…..

Teringin juga bercerita segala pengalaman ini dengan emak.. tapi……

Nampaknya.. kalau pun aku nak tengok emak.. aku terpaksa tengok dari jauh.. aku tak mau menyesakkan fikiran emak.. dia nak p bercuti.. dengan anak-anak dia.. aku bukan lagi anak dia..

Tak pe.. yang aku tau.. mak sampai ari Jumaat.. mungkin lewat Jumaat.. aku akan serahkan kancil untuk akak aku pinjam lebih awal.. supaya mak tak perlu bertembung dengan aku..

Anim kata diorang akan bertolak hari Sabtu pagi.. aku tekad pagi tu aku nak bangun awal.. aku nak sorok kat mana-mana area rumah akak aku.. aku nak pandang emak dari jauh je.. itu je yang mampu aku buat.. sementara ada umur dia.. ada umur aku.. aku nak tengok mak aku..

Walau macamana benci pun emak pada aku.. jauh mana pun mak dah buang aku.. mak tetap mak aku.. dan apa yang aku tau.. aku tak akan berjaya cium bau syurga pun sebab aku confirm masuk neraka hasil dari segala tindakan aku yang menyebabkan emak terlalu kecewa dengan aku..

Aku yang terlalu sampai hati mengecewakan emak dan arwah abah.. aku yang meletakkan diri aku sendiri dalam ‘kesepian’ ini.. semua salah aku.. semua silap aku.. dan aku takkan mungkin dapat betulkan segalanya kembali.. oh.. malangnya aku…

Makanan & Kid ??

November 6th, 2007

Erkk.. alhamdulillah.. syukurr.. ada rezeki untuk aku hari nih..

Korang dah makan tengahari?.. aku baru je lepas.. dengan selamba aku bukak bungkusan aku yang merupakan nasik putih berlaukkan ayam masak merah.. aku letak la sket-sket kuah yang menyelerakan.. dengan salad dan sambal belacan sket..

Nyum.. sodap cek oiii.. sampai cina-cina ni aku rasa dok tahan idong je cium bau.. hehehehehe.. aku nak wat cemana.. aku hanya boleh makan bekalan yang aku beli tadi jek.. diorang boleh la makan kat kantin depa tu.. aku nak makan apee..

Lagi pun aku ni tak boleh lapar skarang nih.. sebab aku makan bagi mewakili beberapa watak penting dalam hidup aku.. heehehe.. kalau aku tak makan.. aku lapar la.. bukan aku je yang akan lapar.. ramai lagi.. kesian woo.. baik aku makan.. nak diet?.. ahhh.. yang penting aku sehat.. tu jek..

Well.. syok jugak cite pasal makanan..

Ari ahad lepas akak aku mai rumah.. yang aku bawak kete p tukar tayar tu la.. akak aku bawak kerang sekali.. sekilo dia beli.. huhhh.. kena masak la nih.. kami pun bergegas dok kat dapur.. masak kari ayam.. aku wat sayo goreng sket.. ikan goreng.. n of course.. kerang dia..

Fyi.. aku tak makan kerang.. akak aku pun tak tau.. jadi.. terpaksa la dia makan kerang sorang-sorang.. aku try masuk sebijik.. bila dah sampai kat tekak.. rasa macam nak terkeluar balik.. tapi aku tahan.. sat gi rasa berdosa pulak.. berjaya jugak aku telan sebiji kerang.. hehehehe..

Lepas buat tayar.. kami p pekan hari.. aku saje nak cari makanan je.. duit bukan ada.. beli apam balik.. akak aku beli pop-corn anak dia nak.. dengan keropok lekor.. pergh sedappp..

Last-last kami makan laksa kat gerai kat situ.. aku siap order ABC.. tak abeh aku mintak makcik tu bungkus.. alamak.. baru ingat.. ada ABC dalam peti ais aku.. heheheheheh.. petang ni ahh..

Tambah pulak.. jiran aku baru pindah area depan rumah.. aku tak dapat nak tolong la.. akak aku ada.. kalau tak de pun aku tak de alasan untuk tak tolong.. tapi sedara mara dia pun ramai.. aku cuma singgah sat bagi buah betik yang kebetulan dah kuning.. rezeki depa..

Tau-tau.. akak tu bagi aku sebungkus mee goreng.. sedap jugak.. malam nya aku makan.. sebab nasik tak sentuh dah.. aku makan mee je la.. tu pun sket je dapat.. konyang mak aihhh..

Semalam petang.. balik.. aku cuma perangat kuah kari tu.. tambah telur goreng jek.. settle makan malam aku.. hehehehe.. lepas tanggungjawab.. untuk perut aku dan perut orang di sekeliling aku..

Dan baru sat ni.. aku makan tengahari.. hurm.. dan seperti biasa.. bila ada sisa-sisa ayam.. or ikan.. aku terus teringat kat kucing aku kat rumah tu.. kalau dia ada.. mesti aku bagi tulang tu kat dia.. alahaii kid.. sabo yee nak..

Hehehe.. aku sat gi kalau story pasal kucing aku.. mesti tak reti nak berenti.. macam orang dok cite pasal anak dia la.. seronok beb.. sebab aku rasa kucing aku pandai.. heehehe.. aku rasa lahh..

Sket je cite.. kengkadang aku bagi dia tido dalam rumah.. kat bilik sebelah.. (bilik dia la..).. siap dok atas katil lagi.. elok je dia tido.. tapi kengkadang aku malas nak cari dia.. dia dok main kat mana ntah.. aku tido je terus..

Ok.. 2 conditions;

Kalau dia tido dalam rumah.. bila aku bangun subuh tu.. dia pun biasanya dah siap bangun.. dan dia akan mintak aku bukakkan pintu.. dia nak terberak agaknyaa.. so.. otomatik.. aku terus p bukak pintu kat dia..

Tapi.. kalau dia tak tido dalam rumah.. bila aku dah lepas solat subuh.. dia tengok bilik aku dah cerah.. dia akan dok kat tepi tingkap bilik aku sambil mengiau..

Dan aku akan berborak-borak dengan dia masa tu.. contoh..

“Kenapa sayang?.. sejuk ke duduk kat luar..?”.. “ngiauuu…”.. maksudnya.. “yeee..”

“Sat na.. ibu nak kemas bilik dulu ni.. kid tunggu ye sayang..”.. “auuuu..”.. maksudnya.. “ok..”..

Tapi kalau aku lambat sangat.. nanti dia bunyi lagi..

“Aaauuuu… Ngiiauuu…”.. maksudnya.. “cepat lah ibuu….”..

Aku pun nyaot.. “sat laa.. tak sabaq-sabaq!!!”..

Dan lepas tu aku bukakkanla pintu untuk dia.. sian dia.. tido semalaman kesejukan.. huhu..

Lately ni.. dia dah pandai kuar ikut tingkap.. cuma tak pandai masuk je.. bagus gak.. jadi kalau aku bangun pagi tengok dia dah tak de.. and aku tengok tingkap bilik dapur dah tegak semacam.. aku tau dia dah kuar le tuu.. orait ahhhh.. salute kid..

Ok cukup.. aku nak p solat.. sat g kol 3 ada satu lagi kelas.. c ya!

Belajar Motor? Tarik? Tolak? Ahahahaha…

November 5th, 2007

Ekekekeke… ekekekek.. gelak sket-sket je.. sat gi orang kata aku kena sawan pulak.. miahahahaha..

Pagi tadi aku bergegas p rumah kakak aku.. sebab semalam dia mai rumah.. pastu aku ngan dia ngan anak-anak dia p tukar tayar kete kancil tu.. terbang la duit aku untuk bulan ni.. cemana nak bertahan sampai hujung bulan.. Wallahu’alam.. hahaha..

Tak kesah le tu.. tapi yg jadi masalahnye.. semalam aku tertinggalkan beg tangan aku kat dalam kancil.. dan kakak aku dah bawak balik rumah dia.. ekekek.. aku kena la amik pagi tadi..

Masa on the way p keje.. aku tersengih-sengih sensorang.. skali skala aku gelak la jugak.. teringat masa muda-muda dulu.. aiseh.. aku ni dah tua rupanya.. masa awal-awal aku belajar naik motor..

Aku dah cite ke belum aa?.. cemana aku boleh ‘terer’ naik motor.. kalau aku dah cite.. kira ni siaran ulangan la.. kalau belum.. kira lintas langsung la kot.. ops silap.. flash back laa.. haa.. baru betull..

Sket je la.. dulu aku jeles sangat.. kakak aku dengan abang aku pandai bawak motor.. aku masa tu darjah 6.. depa dah tingkatan.. memang la depa dah pandai bawak.. ape la aku nih.. tu pun aku boleh jeles..

Aku tak tau macamana kakak ngan abang aku belajar.. abang aku kira ok la.. dia lelaki.. apa cara pun dia kena la cari jalan untuk belajar.. walau aku tau abah takkan ajar depa.. tapi akak aku macam mana dia tau ek?.. entah.. zaman tu bukan masalah aku untuk amik tahu semua tu.. apa yang aku tau.. tengok-tengok akak aku dengan abang aku dah pandai bawak motor.. tak boleh jadi nihhh..

Aku dulu kira tomboi la jugak.. tomboi rambut panjang.. abah tak bagi aku potong rambut.. tapi dalam tomboi kononnya tu.. aku ni ‘kememeh’.. hehhe.. tau tak apa tu?.. masa kecik aku kuat nangis.. pantang p rumah maktok jumpa sepupu sepapat.. depa suka usik aku.. tarik rambut la.. itu ini.. aku mesti dengan mulut laser akan memaki mereka.. dan akhirnya.. aku jugak yang menangis.. kuang kuang kuang…

Ok balik pada cerita belajar bawak motor.. first time aku belajar.. masa tu aku tengok motor ada kat blakang rumah.. jenggg.. aku intai.. mak dok lena.. jeng jenggg… aku tengok lagi.. abah kat tanah kott.. jeng jerenggg.. aku cari kakak ngan abang aku dok tengok tv.. cite industan kot.. akak aku antu industan.. teng tereng tengggg..

Aku pelan-pelan p cari kunci motor.. heheheh.. pelan-pelan kuar cari selipo.. dan pelan-pelan aku try start motor..

“Prenggg……” cubaan entah kali ke berapa untuk start motor tu.. akhirnya berjaya.. tak sempat aku buat apa-apa.. mak aku dok tengok dari balik tingkap… dia pun jerit…

“Fizahhhhhhhhhhhhhhhhhh………”

Perghh.. tekejut denn.. sepantas kilat.. abang aku datang berlari untuk mematahkan cubaan aku bawak motor.. apa lagi.. lintang pukang la aku larii.. kah kah kahhh.. abang aku amik kunci dan bagi kat emak.. huh.. sebab tu aku tak suka kat abang aku.. geramm sangattt…

Lepas dari tu.. aku tak puas hati.. aku pun tak patah hati.. aku teruskan.. seken round.. aku berjaya start dan duduk atas motor.. aku dapat masuk gear satu.. oleh sebab aku tak pandai nak kawal gear dengan break.. sebab biasa basikal brek kat tangan.. ini mana ada.. kat tangan biasanya dah ketat nak mampus.. tak boleh nak tarik..

Oleh sebab itu.. aku telah berjaya menghentikan motor dengan melanggar pokok belimbing abah.. ohhhhh.. nasib baik aku tak apa apa.. pokok pun ok.. tak musnah.. motor pon terberenti.. aku?… ehhehehe.. aku cabut lari la.. masa aku dah start tu.. abang aku dah dengar.. aku cepat-cepat masuk gear.. dapat jalan dalam 3 meter.. langgar pokok.. dan abang aku la kena tolong angkat motor.. aku lari jauh dah time tu.. ahahahahahahahaha…

Kemudian.. aku teruskan usaha.. kali ni.. aku berjaya bawak jauh sikit.. aku nak pusing rumah.. aku start dari dapur.. aku pusing hala ke pokok belimbing tu.. pastu.. hala ke area taman depan rumah.. and.. dah 270 darjah aku pusing rumah.. kalau tak silap dah dapat masuk gear 3.. ehehehe..

Entah cemana.. masa nak masuk ke lap terakhir sebelum kembali ke dapur rumah.. kat area 270 darjah tu.. aku tertekan minyak lebih agaknya.. menyebabkan motor tak dapat dikawal.. aku telah menuruni sedikit bukit.. dan dengan jayanya.. telah.. MELANGGAR PINTU RUMAH JIRAN AKU..

wahahahhahahahaha.. nasib baik la pintu rumah tu tutup.. kalau idak.. kompom aku dah masuk dalam rumah depa..

motor tegolek.. aku pun sekali.. tapi.. aku kan cekap.. cepat-cepat aku lari.. tinggalkan motor kat pintu rumah orang.. wahahhahaha.. abah dengan abang aku berkejo laa.. nasib baik tak runtuh pintu rumah orang.. kalau idak sesia je abah kena bayo.. wahahahahhaha…

time orang sebuk sebuk tu.. aku dah lari masuk rumah.. kunci pintu dalam bilik.. kuakakkakaka… berdebo debo jugak.. tapi ahhh.. tetap tak patahkan semangat aku..

Dan akhirnya.. lepas dari tragedi tu.. walaupun orang dok kutuk aku langgar rumah orang.. aku akhirnya telah semakin cekap membawa motor.. sehinggalah hari ini.. telah berjaya menjadi minah rempit yang disegani oleh pengguna-pengguna jalan raya.. terutamanya pengguna jambatan pulau pinang.. cewahhhhhh…

……….

Tapi jangan tak tau.. lepas dari kejadian tu.. memang aku terer.. dan aku berlagak la.. akakakkaka.. last-last.. sepandai-pandai tupai melompat.. aku yang tak pernah kene eksiden ni.. dengan bangga.. membawa motor pinjam kat usm.. masa tu aku first year kat usm..

Aku dulu memang tak suka bagi signal..aku rasa macam.. menyusahkan jek.. aku rasa macam aku ni terer sangat.. akakakakakak.. dan aku tak perlukan signel untuk bantu aku..

Masa tu kat simpang kembara.. aku bawak motor.. aku belok kanan.. kemudian aku nak belok lagi kanan.. tapi.. masa first belok kanan tu.. aku terlalu apit kiri sangat.. menyebabkan orang di belakang aku ingat aku nak jalan terus.. aku pulak tak perasan ada motor lain kat belakang..

Prengg.. aku nak belok kanan.. ehh ehhh… gedebuk.. aku terjatuh.. masa tu aku bawak rumate aku lee.. fatimah nama dia.. sian member..

Tengok-tengok.. aku rupanya berlanggar dengan senior kat school aku.. udah le tu.. presiden pulak tu.. presiden dengan naib presiden.. pastu naib presiden tu nak ngurat aku.. lepas kejadian tu le.. tapi.. aku layan sket-sket je.. malas la.. aku kan mangkuk.. mana padan dengan orang ‘pangkat tinggi-tinggi’ nih.. hahahahah..

Tapi yang aku ingat masa eksiden tu.. bile aku tengok depa.. aku cakap apa.. “aisehh.. tak de orang lain ke dalam dunia ni aku nak langgar..”.. well.. depa gelak jee.. dan parut kat tangan aku sebab berlanggar tu.. masih ada sampai hari ini.. depa jugak susah payah tolong cari minyak gamat.. akakakakak..

Hurm.. lepas dari kejadian tu.. aku lah orang paling terer dan paling baik dalam memberi signal niih.. hehehe.. Tuhan sayang kat aku.. sebab tu la Tuhan bagi ‘hint’.. “JANGAN DEGIL.. JANGAN MALAS..” kata Tuhan kat aku.. ye la tuuu..

……….

Ok.. back to the future..

Tadi yang buat aku gelak sorang-sorang tu.. bukan pasal kesah aku.. yang gelak mana ek?.. yang gelak masa aku naik motor nak p keje lepas p rumah akak aku la.. hehehehehe..

Tau pasal apa.. ?.. aku teringat kesah lama… flash back balik…..

……….

Kan aku kata.. aku tak tau mana akak aku blajar bawak motor.. tapi yang aku tau.. dia memang cekap laa..

Selalunya.. abang aku akan amik mak balik dari keje.. mak masa tu keje kat cawangan kat Sri Lalang.. dekat je dengan rumah.. dalam 1km gitu.. tapi slalu mak guna jalan belakang.. tak guna jalan raya.. sebab jalan depan rumah tu memang sebuk..

Jalan belakang tu macam hutan sket.. tapi selamat la.. so.. kalau lalu situ.. abang aku or akak aku akan amik mak naik motor..

Cite ni mak yang cite.. sebab aku tak de masa tu.. akak aku amik mak.. sampai satu part.. kena lintas satu parit.. idak le beso sangat.. tapi kayu dok tampan buat titi tu adalah dalam 1 meter.. alah.. parit air cetek je.. paras buku lali..

Hari tu.. akak aku amik.. bila nak lalu titi tu.. mak jadi seriau semacam.. mak tak berani.. jadi mak turun.. yang jadi hal nya.. bila anim nak lalu naik motor.. mak tak bagi pulak.. mak nak suruh dia tolak motor kot.. dia takut anak dia jatuh lee..

Akak aku ni berani orangnya.. dia kata.. boleh.. boleh lalu.. yang mak aku dok kata.. tak bolehh.. turunnn… turunnn…

Yang lawaknya.. bila akak aku nak press minyak untuk lepaskan titi tu.. mak pulak p tarik motor dari belakang.. lahhhhhh.. mak tak bagi lalu jugak.. last-last.. dengan motor.. dengan kakak aku tergolek dalam parit tu.. wahahhahaha..

Itu yang aku tau la.. tu yang susah kan.. bila kita yakin.. orang lain tak yakin pulak.. ekekek.. cemana kesah akak aku bawak naik motor tu.. Wallahu’alam.. aku lupa depa cite ke idak.. yang pasti.. kalau depa cite pun.. aku tak konsentret.. sebab aku dok gelakkan.. sambil bayangkan cemana rupa akak aku nak ke depan.. mak aku pulak dok tarik ke belakang.. akakakakakka..

So.. sebab tu le aku tergelak sorang-sorang atas motor tadi.. nasib baik laki aku tak dengar.. sat gi jenuh pulak kena explen kat dia.. udah le dah lambat sebab kena amik beg aku kat rumah kakak aku.. hahahahaha..

Dah la.. cukup.. bila ingat kesah lama.. memang banyak yang manis.. kalaulah masa boleh diundur..

Skarang semua dah lain.. akak aku dah lain.. dia dah tak se’berani’ dulu.. kalau dulu dialah idola aku.. sebab aku rasa dialah perempuan paling berani dalam dunia.. dan aku nak jadi macam dia.. sekarang ni.. aku pulak kena jadi kuat untuk dia.. entah lahhh.. mungkin aku je yang perasan kott..

Abang aku yang aku tak suka dulu.. sebab selalu halang aku buat apa yang aku nak pun dah tak de.. dan akhirnya.. aku jadi macam ni.. tak ada sesapa dahh..

Abah yang tak tunjukkan kasih sayang.. tapi aku tau dia sayangkan kami adik beradik.. pun dah tak ada.. apa lagi yang tinggal untuk kami?… cuma kenangan yang tak berkesudahan..

Emak?… entahlah.. semua pun salah aku sendiri jugak..

Akhirnya.. hiduplah aku dengan terus-terusan mengimbas segala kenangan yang pernah aku lalui.. itu saja penguat semangat aku untuk teruskan perjalanan di bumi Allah ini..

Wallahu’alam