Mereka..
Ini balasan dari luahan rasa Kak Yak.. pastu sambungan rasa Kak Ujai.. tapi dari perspektif aku sendiri.. dari pandangan mata hati aku yang tidak semudah itu untuk bersama mereka..
Berlatar belakangkan emosi syahdu pada saat dan ketika aku menulis ini.. aku harap terselit luahan hati aku yang bisa difahami mereka..
KETAM.. itu panggilan mudah kita untuk Kolej Tunku Ampuan Mariam..
Tempat kita sama sama membesar.. bermain.. mengenal hati budi rakan-rakan.. untuk menimba ilmu mengejar cita cita kita.. disamping disisipkan bersama kita ilmu ilmu akhirat sebagai bekalan di alam sana..
Allah memilih kita semua untuk dipertemukan di ruang lingkup kecil itu.. kita semua sedia maklum.. Ketam bukanlah sekolah elit besar yang penuh dilengkapi segala kemudahan.. malah.. ketam sangat dhaif.. dengan bekalan air yang selalu terputus.. dan amat terhad.. kita teruskan juga hidup 3 tahun disana..
3 tahun untuk insan insan yang baru hendak mengenal dunia.. bukan sekejap.. hari hari yang dilalui dengan pelbagai kepayahan.. bukan mudah..
Tapi.. kita semua gembira, bukan?.. malah.. setelah selesai 3 tahun mengharungi segala suka duka derita nestapa.. aku amat yakin.. hampir kesemua kita amat berbangga.. kerana kita mampu melaluinya..
Dalam kepayahan melayari kehidupan tanpa ibu bapa di sisi.. tanpa adik beradik yang memahami.. kita sama sama berdikari hidup dibawah pengawasan guru guru yang akhirnya itulah juga ibu bapa kita sewaktu di sekolah.. rakan-rakan seperjuangan menjadi adik beradik yang akhirnya lebih mengenali kita.. bahkan mungkin lebih dari kita mengenali diri kita sendiri..
Walau susah.. walau pahit.. kita bahagia berada di ketam.. sememangnya ketam banyak mengajar kita erti persahabatan.. erti kehidupan.. erti kasih sayang.. dan yang paling penting.. erti hidup sebagai seorang insan..
Aku yakin tak seorang pun mampu lupakan segala kenangan di ketam.. dari hari kita melangkah masuk ke bangunan usang itu.. sampai saat kita meninggalkannya.. segalanya ada disitu.. segala suka masih dikenang.. segala duka tetap di igau.. Ketam mendewasakan kita..
Aku sendiri amat bersyukur kerana aku memilih untuk menerima tawaran ke Ketam.. walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.. ketam punya segalanya.. segala yang aku perlukan..
Tapi.. maaf ye kawan-kawan.. bukan soal ketam yang aku nak ceritakan kat sini.. segala details kenangan aku di ketam.. terpaksa aku simpan dulu sehingga ‘My Education Life’ episod sampai ke detiknya..
Sesuatu disebalik luahan dari entry kak yak dan kak ujai.. yang aku ingin kongsikan.. macam yang aku cakap awal awal tadi.. ini luahan rasa dari aku sendiri..
Sebagai konklusi.. entry kak yak dan kak ujai menggambarkan kita semua bertemu dalam satu re-union untuk sama sama mengeratkan lagi silaturrahim kita yang sememangnya dah erat..
Siapa yang tak teruja andai kita semua mampu berbuat demikian.. aku pun amat alu alukan segala usaha untuk kita sama sama bertemu kembali.. tapi………..
Tapi aku sedar jugak siapa aku.. apa kedudukan aku sekarang ini.. yang menyebabkan payah untuk aku join segala bentuk reunion yang pernah.. atau bakal di adakan..
Aku sekarang tergolong dalam golongan panas yang mana.. golongan semacam aku ini.. membuatkan banyak orang benci pada aku.. terutamanya kaum perempuan.. macam kita kita ni la..
Ketam pulak.. dihuni oleh beratus ratus manusia yang sekaum dengan aku.. dan untuk itu.. aku belum mampu memberanikan diri untuk bertemu muka.. bimbang juga di ganyang kaum sendiri..
Betul~!!.. walau ada yang cuba menyatakan ‘tak apa’.. tapi.. sejauh mana keikhlasan hati mereka berkata demikian?.. ada orang boleh terima dengan status aku.. tapi orang lain belum tentu.. jadi.. untuk orang macam aku.. biasanya kami pilih untuk menjauhkan diri dari masyarakat.. apatah lagi dari kawan kawan lama..
Sukar untuk orang menerima takdir orang lain.. bimbang berjangkit barangkali.. maka untuk itu.. aku awal awal lagi mengaku kalah tidak mampu mengikuti mana mana re-union yang bakal dilakukan..
Setakat ini pun.. tak semua orang aku ceritakan status aku.. tak semua orang tahu.. sebab tak semua orang boleh terima.. hanya yang mengikuti cerita blog aku akan faham hati dan perasaan aku.. yang sebenarnya dah lama aku pendamkan selama ini..
Bukan aku menyesali takdir Tuhan yang menimpa diri ini.. bukan juga aku minta simpati.. hakikatnya.. aku bahagia sekarang.. cuma segelintir manusia yang melihat kedudukan aku sebagai bukan sesuatu yang normal..
Kehidupan aku untuk kebanyakan dari mereka.. adalah ‘CACAT’.. aku bukan tergolong dari manusia manusia NORMAL atau PERFECT.. aku dah jadi OKU !!!..
OKU takkan boleh bergaul dengan manusia normal.. kalau aku berhampiran dengan mereka.. takut ke’cacat’an aku bisa merobek saat gembira mereka..
Cerita kat aku.. mana manusia dalam dunia ni yang tak terfikir bahawa.. isteri kedua itu JAHAT (?).. suami yang kawin lebih dari satu itu GATAL (?).. atau.. wanita yang di poligami kan itu BODOH (?).. semua ini mesti pernah terdetik.. walau sesaat di hati kita kan?..
Aku dah puas rasanya memendam perasaan.. cuba menafikan ‘kata-kata belakang’ orang disekeliling aku.. sampai saat.. aku pun letih.. dan untuk itu.. adalah lebih baik.. aku MENGASINGKAN diri.. jauh dari manusia-manusia normal.. jauh dari insan-insan perfect.. yang hidup mereka tak pernah mengalami segala bentuk permasalahan.. aku harus di QUARANTINE..
Teman.. maafkan aku..
Aku lebih rela berdiam.. berinteraksi hanya di alam siber.. hanya kerana kedudukan aku ini..
Percayalah.. AKU ADA VIRUS.. yang sampai saat.. korang akan salahkan aku balik apabila terjadi apa apa dalam kehidupan perkahwinan korang..
So..
AKU UNDUR DIRI DULU..
(( even sebelum aku mula berjuang.. demi sahabat yang sangat aku sayangi.. semoga hidup kalian dilimpahi segala bentuk kebahagiaan.. dan.. selamat ber-REUNION.. ))
KETAM tetap di hati…
p/s : Aku tatau nak tag sapee.. tak banyak dalam list.. ahh.. pepandai la.. sape sape yang aku tak tag.. jangan mara aaa..
Uncategorized |Leave a Reply