Hikayat Sang Kerbau
Maka, di suatu masa yang terlalu lama dahulu.. ada seekor kerbau yang berjalan-jalan mencari destinasi tujuan hidupnya.. sepanjang perjalanan, terfikirlah ia akan segala cetusan fikiran yang baru, yang mungkin boleh disebarkan kepada dunia..
Sekonyong-konyong.. tibalah sang kerbau ke sebuah pulau yang dihuni oleh pelbagai jenis hidupan..
Pulau itu diketuai oleh seekor angsa yang sudah agak berusia..
Sang angsa mempunyai beberapa pembantu yang mengawal selia bahagian bahagian tertentu, antaranya;
Bahagian Perniagaan diketuai oleh Sang Tenuk.. usianya hampir setengah abad.. tapi.. kerana kebengisan sang tenuk terhadap orang bawahannya, menyebabkan dia masih terus bertakhta..
Bahagian Komunikasi diketuai oleh Sang Itik.. juga berpangkat makcik kepada segala isi hutan.. namun atas usaha susah payah dia menonggekkan punggungnya, maka dia terus dipilih sebagai ketua..
Bahagian Bahasa diketuai oleh Sang Semut yang sangat rajin.. tapi.. amatlah pendiam.. sehinggakan bahagian bahasa amat kurang glemernya berbanding bahagian yang lain..
Dan akhir sekali..
Bahagian Hiasan & Maklumat.. yang diketuai oleh Sang Panda yang amat comel.. serta baik hati..
Maka, sang kerbau yang teruja dengan kebolehan Sang Angsa mengawal atur segala yang ada dipulau itu.. ia mengambil keputusan untuk berhenti disitu..
Selang beberapa ketika.. Sang Panda yang memang diketahui umum amat setia kepada keluarga.. terpaksa meninggalkan pulau yang memberikan beribu makna kepadanya.. ianya semata mata kerana dia amat diperlukan oleh ibunya yang sakit di kampung..
Resah gelisahlah seluruh pulau memikirkan siapa yang layak menggantikan sang panda..
Mengelakkan keadaan jadi kucar kacir.. sang kerbau secara sukarela melantik dirinya.. menyebabkan Sang Angsa terpaksa menerima perlantikannya dan berharap sang kerbau mampu membuat kerja dengan baik..
Hari berganti hari.. minggu berganti minggu..
Pelbagai ilmu yang perlu sang kerbau pelajari.. namun.. amatlah sukar sekali untuk diterima akal dan fikirannya kerana dia sendiri terlupa bahawa IQ nya bukanlah setinggi mana..
Teringat akan segala cetusan buah fikiran yang didapatinya sepanjang perjalanannya sebelum ini.. dia pun cuba untuk mengusulkan kepada Sang Angsa..
Namun.. semakin dia mencuba untuk menonjolkan dirinya.. semakin kebodohan yang kian terserlah..
Sang kerbau terus-terusan berusaha untuk menutup kekurangannya.. dan cuba mencari salah dari pihak lain..
Sehinggalah pada suatu hari….
Sang Kerbau meminta juruteknik iaitu Sang Kancil yang bijaksana untuk memasangkan projektor kepada komputer yang ada padanya.. ini adalah bagi membolehkan dia menayangkan segala rancangannya kepada sekelian makhluk pulau..
Sang Kancil pun buat seperti biasa..
Tiba-tiba…
Sang Kerbau terlihat sesuatu yang aneh..
Sang Kerbau menjadi pelik.. dan tertanya tanya..
Maka timbul dihatinya.. “Inilah masanya.. untuk aku letakkan kebodohan itu dibahu orang lain..”
Bersaksikan semua makhluk di pulau itu.. Sang Kerbau bertanya kepada Sang Kancil..
“Wahai Sang Kancil.. mengapakah hanya terpapar di projektor.. tidak di monitor komputer ini.. wahai kancil.. selama ini, apabila aku melakukan perkara sama dengan menggunakan laptop ku.. aku bisa melihat paparan sama di laptop dan di projektor.. apa semua ini wahai kancil..?..”
Sang Kancil dengan penuh berhemah.. menerangkan kepada Sang Kerbau..
“Oh Kerbau.. tidakkah engkau tahu bahawa di laptop dan di pc biasa, kedua-duanya berbeza, wahai sang kerbau..”..
Pantas ditentang oleh Sang Kerbau..
“TIDAK!.. Mana boleh begitu.. PC dan laptop adalah SAMA.. mana mungkin laptop mampu melakukannya.. tetapi PC tidak mampu.. kamu memang BODOH~!!..”
Seluruh makhluk di pulau itu tergamam memerhatikan Sang Kerbau dan Sang Kancil..
———-
Apa yang berlaku seterusnya??..
Siapa yang salah sebenarnya??..
Siapa pula yang betul tekaannya??..
Anda tahu jawapannya?..
Vote sekarang..
Soalan :: SIAPAKAH YANG SEBENARNYA ‘BODOH’ DALAM CERITA DI ATAS ?
A) Sang Kancil
B) Sang Angsa
C) Sang Tenuk
D) Sang Panda
E) SANG KERBAU
F) Sang Itik
G) Sang Semut
He he he…
Uncategorized | Comment (0)THE KING
Haaaa.. teka aku tengah nyanyi lagu apa.. ??..
Aku dok nyanyi ni.. kat dalam hati.. teka laa..
Ok ok.. aku bagi hint..
“La.. la laaaaa…”..
Dapat tak?..
Tak cukup?.. ok sambung lagi..
“Make it a better place..”
“La la laa..la la laa.. the entire human race..”
Hehehe.. mesti dah dapat agakkan lagu apa.. dan dapat agak aku nak cite pasal apa pulak kali nih..
———-
A Tirbute to Micheal Jackson..
Aduh.. sedih betul aku rasa bila MJ dah tak de.. masa hari kematian dia tu.. aku kat rumah.. tengah cuti jaga anak aku sakit.. tapi.. berita kematian dia.. buatkan aku yang terasa sakit sangat.. sakit.. tapi lega..
Sungguh.. aku percaya.. banyak kengkawan aku.. yang dekat atau yang jauh.. ada kenangan tersendiri mengenai MJ..
Kebanyakkan dari kita.. membesar dengan lagu lagu dia.. dengan video clip dia.. dengan gaya dia.. dengan baju lip lap dia.. dengan topi dia.. dengan stokin putih dia.. dengan seluar senteng dia.. dengan jari berbalut dia.. dengan sarung tangan kat sebelah tangan dia.. dengan.. dengan.. macam macam lagi tentang dia..
Aku rasa.. celik celik mata berada atas muka bumi Allah ni.. tak ada artis lain yang aku kenal.. melainkan Micheal Jackson..
Masa dah pandai bukak tv.. dan mula kenal dunia.. aku banyak dihidangkan dengan berita tentang dia..
Setiap kali dia menari dikaca tv.. aku mesti terpaku.. berangan-angan nak pandai menari macam dia.. tapi biasalah.. aku mana boleh buat macam tu..
Yang biasa boleh tiru gaya MJ kat rumah aku.. sudah semestinya.. tidak lain dan tidak bukan.. adalah.. arwah abang aku..
Start la tengok abang aku buat breakdance lah.. buat moonwalk lah.. pastu buat gaya gaya jalan pegang cermin yang tak wujud lah.. seronok~!!!..
Bab menyanyi tu. .jangan kata lah.. dengar bunyik aje boleh.. sepatah haram apa pun tak paham apa butir yang dinyanyikan..
Antara bunyi yang aku boleh ingat..
“Be dit.. be dit..
No one wanna be dit be dit..
Tho it’s up money.. it top up right..
It doesn’t matter.. who start the fight..
Just be dit..” * sambil tangan buat gaya ‘beat it’ yang macam mekel buat.. ekekek..
Memang le lawak.. entah apa ke maknanya.. Allah aje yang tahu..
Lagu tak penting.. yang penting.. menari..
Pastu.. siap la.. habis habis menari.. dengar la bunyi abang aku semput.. haiiii…
Waktu-waktu tu jugak.. aku selalu dengar berita kat tv.. yang mana.. setiap kali Micheal Jackson buat konsert kat mana mana.. mesti ada orang mati.. mati kena pijak..
Start situ.. aku selalu takut kalau dengar dia nak buat konsert lagi.. dan aku siap simpan azam kalau dia buat konsert kat sini.. aku tamau p.. nanti kena pijak.. mati aku..
Berita pemergian dia.. mengejutkan satu dunia..
Betul.. ‘it’s so soon..’..
Tapi.. itu semua ketentuan Allah..
Memang dah sampai masa dia..
Berita mengenai dia sudah masuk Islam.. sebenarnya dah lama aku dengar.. tapi untuk pastikan betul betul.. aku tak mampu.. hanya selepas pemergian dia baru aku dapat kepastian yang benar bahawa dia memang sudah selamat memeluk agama Islam..
Allahu Akbar..
Bahagianya dengar berita itu..
Aku tak anggap perkhabaran kemasukkan MJ dalam Islam sebagai ‘kemenangan’ bagi orang Islam..
Pada aku.. penghijrahan terbesar dan terakhir yang dia buat dengan memilih Islam adalah pilihan yang istimewa dan sangat beruntung.. untung pada diri dia sendiri..
Mana taknya.. pada saat dia mengucap dua kalimah syahadah.. dia menjadi manusia baru.. yang bersih.. putih dan suci.. bagaikan bayi yang baru lahir..
Masya Allah.. untungnya MJ..
Ada orang tak pasti mengenai kemasukkan MJ dalam Islam kan?.. tambah tambah lagi bila tengok upacara nyanyi nyanyi untuk MJ ari tu..
Well.. itu cara mereka mengucapkan selamat tinggal.. takkan nak halang kan?.. tapi cara itu bukan bermakna si mati ‘tidak’ beragama Islam.. ish.. faham ke tak eh??..
Kak Ana cite kat aku.. dia terbaca kat suratkhabar..
Percaya atau tidak.. pada saat MJ nak masuk Islam.. beliau jemput kawan-kawan rapat dia untuk hadiri majlis kecil upacara mengucap dua kalimah syahadah tu..
Antara yang dijemput.. termasuklah Diana Ross.. yang lelain dia sebut.. aku tak ingat..
Jadinya.. sebab tu orang tak boleh sangkal peng’islam’an MJ.. sebab ada saksi dari agama kristian pun sekali..
Andai kata dia buat secara tertutup.. hanya dikalangan orang Islam.. pasti masih boleh dipertikaikan..
Tapi ni?.. hmm.. terbukti..
Bila stesen tv dok tayangkan konsert dia.. aku terpaku depan tv.. sambil perhatikan wajah itu..
Dia pilihan Allah.. untuk menghuni syurga Allah..
Subhanallah.. untungnya badan..
Aku perhatikan wajah syurga yang sedang asyik membuat konsert.. haiii.. untungnya MJ..
Kagum..
Setiap kali dia menari.. buat moonwalk.. buat badan nak tombang.. buat jadi ghost.. buat itu.. buat ini..
Pergghhh.. perfect~!!!..
Mana tak perfectnya.. udah dia yang ‘invent’ semua tu.. mesti tak ada orang lain boleh buat lagi bagus dari dia buat..
PERFECT~!!!..
Tentang suara dia pulak..
Pun aku kagum..
Dia boleh buat suara lembut..
Macam masa dia nyanyi lagu ‘heal the world’ tu…
Dia boleh buat suara kasar..
Macam lagu.. ‘they don’t really care about us’..
Dia boleh buat suara marah.. boleh buat suara happy.. boleh buat itu.. boleh buat ini..
Bila dia atas stage.. dia sangat bertenaga.. macam tak nampak dia penat.. kagummm..
Dia buat kita yang jadi tambah semangat..
Kenang kembali waktu aku kecik kecik dulu..
Setiap kali abang aku nak buat konsert solo dia depan kami adik beradik.. dengan membuat breakdance dan sebagainya.. dulu.. aku la yang jadi pengerusi majlisnya..
Terngiang ngiang bila tiap kali aku cakap macam ni..
“Dengan ini dipersilakan.. MOHAMMAD MAIKEL JEKSEN..”..
Hehehe.. itu la permainan kami kecik kecik dulu.. dan abang aku adalah maikel jeksen versi islam..
Siapa tahu dihujung usianya.. Micheal Jackson pun bertukar kepada versi Islam jugak.. heheh..
Bila aku perhatikan MJ balik.. saat ditayangkan konsertnya yang dulu.. aku perasan sesuatu..
Kebanyakkan lagu-lagu MJ adalah lagu berkaitan selamatkan dunia.. selamatkan anak anak kecil.. sayangi semua orang disekeliling kita.. tak kira apa warna..
Dan dengan lagu-lagu tersebut.. beliau mampu menawan hati manusia lain yang juga sayangkan keamanan..
Aku yakin dia sememangnya mempunyai hati yang ikhlas dan sukakan kedamaian..
Atas dasar itu.. Allah lebih menyayanginya.. dan memilih dia..
Aduhh.. untungnya MJ..
Kita kita yang tinggal ni.. belum tentu mampu mendapat pengiktirafan begitu dari Yang Maha Esa..
Segala dosa-dosa dari dia kecil.. dosa dosa mengubah warna kulit.. mengubah kejadian Allah.. semua terhapus..
Bila dia mati.. banyak pulak spekulasi berkaitan kematian dia.. ada orang cakap dia kena bunuh la.. ada tuduh dia amik ubat berlebihan la..
Pada aku.. personally.. aku sangat bersyukur.. MJ dah tunjukkan kepatuhan dia pada Islam dengan tidak mencabut nyawanya sendiri.. a.k.a bunuh diri..
Kalaulah MJ bunuh diri.. mesti imej Islam lebih tercalar..
Allah nak bukak mata ramai manusia di atas muka bumiNya ini.. tapi ramai juga yang terus buta..
Hm.. terfikir jugak aku.. mana tahu ramai pengikut fanatik MJ akan turut sama memeluk Islam.. maka.. makin berseri lagilah kedudukan Islam di penghujung zaman ini..
Wallahu’alam…
Apa pun.. aku sayangkan Micheal Jackson.. “I LOVE U, MICHEAL”..
Rest In Peace, Dear..
Mood.. Oh Mood..
Hai mood.. datang lah ko mood.. utk aku start menulis balik.. adoi laa..
Aku memang ada banyak cerita nak kongsi ngan korang.. tapi biasalah.. bila ada idea.. mood tak de.. jadi.. tak menjadi lah segala yang aku impikan..
Ni sume gara gara bagi aku main game..
Kan aku dah kata.. aku ni memang bahaya kalau main game.. boleh lupa dunia.. ho ho ho..
Sat eh.. sat eh..
Nak mai dah kot nih..
Tengok dulu kalau hasil lepas ni berguna.. dan boleh di publish.. aku akan share dengan korang.. kalau tak.. hmmm.. nasib la labuuuu..
Sowy eh peminat.. akakaka.. macam la banyak peminat..
Perasan artis..
Uncategorized | Comment (0)Skill List :: Sofea See, Sofea Do..
Okeh.. kembali ke arena penulisan dalam kategori.. sofea’s skill lists..
Last aritu.. aku stop kat masa umor dia 12 bulan a.k.a 1 tahun..
So kali ni.. kita sambung lagiii..
Lepas umur dia meningkat setahun.. tak banyak new skill yang dia nak kena belajar.. basically.. cuma perlu gilap lagi aje..
Ekceli.. lepas birthday dia.. pada 21/5/2009 ari tu.. beberapa hari lepas tu.. aku kena chicken pox.. ngieh ngieh ngieh.. so.. banyak la masa aku dengan dia.. berbaloi-baloi rasanya duduk rumah dengan anak ni.. rasa kita tak terlepas sesaat pun dengan dia.. jadi.. boleh tengok dia gilap skill..
Itu pasal le cita cita aku di masa akan datang adalah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.. tapi.. ada tapi tu.. kena ada gaji masuk tiap tiap bulan.. macam gaji aku terima skarang.. siap dengan increment every year.. bonus.. etc.. etc.. hmm.. bila lah impian nak jadi kenyataan..
So.. buat dalam point form la.. senang nak tengok..
13 bulan
>> Pandai Main
Masa duduk rumah dengan dia.. time aku sakit.. aku boleh jugak layan dia.. macam macam kami main.. dan yang paling best.. bila tengok dia pandai buat aksi ‘cikebum cikebum’..
Masa kecik aku selalu main benda ni.. aku panggil “Ola Oli..”.. alah.. main tepuk tangan.. pastu buat gaya..
Macam ni lagu dia..
” Ola Oli diberi nama..
Saudara saudari..
Cikebum.. cikebum.. (( sambil bahu diangkat angkat gitu.. ))
Malam-malam minggu..
Siang-siang minggu..
Disko.. disko.. (( sambil tangan buat gaya orang menari disko.. ))
Putih-putih melati
Ali baba (( buat telapak tangan bertemu.. macam ‘mintak maaf’ gaya orang ape eh.. orang arab kot.. ))
Merah-merah bercahaya
Piau-piau (( jari telunjuk cuit pipi kiri dan kanan.. ))
Siapa yang baik hati
Cinderella (( buat gaya pompan pakai gaun buat tunduk hormat.. ))
* kat sini biasa aku tukar Cinderella kepada ‘Sofea’.. pastu tangan aku usap muka dia.. hehe.. *
Lama-lama jadi patung
Satu Dua Tiga Empat
Tukar tempat..
(( lepas tu.. semua kena tutup gigi.. sape gelak nampak gigi.. kena cubit.. ))
** kat ‘tukar tempat’ tu bila main dengan sofea.. aku buat.. “bagi puting..”.. dan dia pun bagi puting dia kat aku.. ngieh ngieh ngieh.. **
So.. dipendekkan cerita.. awal awal aku sakit aritu.. aku main.. dia tak berapa nak ikut sangat.. setakat buat tangan ready utk aku tepuk aje.. tapi.. towards the end.. dia dah pandai buat ‘cikebum cikebum’ tu.. means.. angkat bahu dia.. tomeiii..
Jadinya.. pandai la anak aku bermain main dengan aku.. hehehe..
Next skill..
>> Pandai Pujuk.. (( macam dah nak start bercakap.. ))
Ini ada lagi satu kesah..
Lepas aku settle kena chicken pox.. naik keje seminggu.. pastu cuti balik 2 minggu.. sebab anak dara aku tu pulak kena..
Ada satu insiden.. lawak jugak.. rasa macam mimpi pun ye jugak..
Aku nak suruh dia tido.. tapi dia tamau tido.. jadi.. dok tunggu aje la dia tido sambil aku pun baring sama atas katil..
Entah macamana.. Sofea nak main kot.. sekali.. tangan dia tertepuk la muka aku.. alah.. bukan sakit pun.. tapi.. aku saje la buat buat nangis..
“Huu.. uhuuu..”
Anak dara aku dok perati aje..
Lepas tu.. tau apa dia buat?..
Dia tanggalkan puting dari mulut dia.. dia masukkan dalam mulut aku..
Nak tergelak jugak.. tapi aku teruskan nangis..
Sekali dengar dia cakap.. “Agi aik.. (( sat lagi baik.. ))”..
Aik?.. betul ke apa yang aku dengar ni.. macam mimpi..
Aku pun pura pura teruskan nangis.. sambil pulangkan puting dia..
Dia amik balik puting tu.. dan bagi kat aku.. sambil cakap lagi.. “agi aik.. (( sat lagi baik.. ))..”
Terus aku terdiam..
Ishh.. biar betulll.. hm.. tatau lahh..
>> Pandai susun kasut..
Haa.. yang ni dia memang terer.. aku rasa sebab kat nursery selalu tengok abang abang dan kakak kakak dok susun kasut.. dia pun nak buat la kat rumah..
Kalau bukak pintu depan tu.. dia tengok kasut bersepah tak susun.. korang tau apa dia buat?..
Dia amik satu satu kasut tu.. dia bukak almari kasut.. dia masukkan dalam tu.. sampai penuh la jugak kat dalam tu.. hai.. anak anak..
Aritu.. aku pun tak perasan dia p simpan kasut dia dalam tu.. biasanya kasut dia tak masuk dalam almari (( tertutup.. )).. biasa letak atas para yang boleh nampak..
Berhari hari jugak la aku dok pikir mana p kasut yang satu tu.. yang selalu dia pakai tu.. tengok dalam kereta tak de.. tanye kat rumah sana pun tak de tinggal.. hishh..
Sampai la satu hari aku nak cari kasut aku.. bukak bukak almari kasut.. laa.. elok sepasang kasut kecik dok dalam tu.. bersama kasut kasut besar yang lain..
Lepas ni aku tau la.. kalau tak de kat luar tu.. mesti invisible kat dalam almari tu.. hmm..
>> Pandai letak baju dalam baldi..
Haaa.. ini pun rasanya belajar kat nursery la.. well.. udah dia banyak masa kat sana.. orang sana la boleh ajar kot..
Tiap kali bukak baju dan seluar dia.. aku akan cakap macam ni..
“Nah.. put over there..”..
Dia paham.. dan amik baju n seluar tu.. letak elok elok dalam baldi..
Aku selalu peratikan.. kalau katakan lengan baju tu terkeluar sket pun dari baldi tu.. dia akan angkat balik baju tu dan letak elok elok dalam baldi.. hehehehe.. ini turun aku nih.. ehehehhe..
>> Pandai letak botol susu dalam sinki..
Kalau dah habis minum susu pun.. dia akan terkedek kedek jalan p dapur.. pastu jinjit kaki dia.. letak botol susu dalam sink..
Kalau aku tak dok kat situ.. dari jauh aku dengar.. “gedegang..”.. tanda botol susu dah selamat masuk dalam sinki.. hehehe.. senang la keje makcik..
Kalau aku malas pun.. (( biasa nya.. malas pun yang lebih.. )).. aku akan tanya dia..
“Where’s your susu.. where’s ur botol?.. go put it over there..”..
Dia paham.. dia cari botol susu.. pastu letak dalam sink..
Sink atau baldi.. semua aku panggil ‘over there..’.. dan dia pulak boleh tahu.. yang tu nak letak mana.. yang lagi satu nak letak mana..
>> Tak takut gelap..
Ini memang aku latih dari awal lagi.. aku harap korang pun latih jugak macam nih.. senang aje nak latihnya.. sebab aku dah pernah buat kat adik aku yang paling kecik tu.. si Azim..
Orang kita selalu malas nak hambat anak bila budak budak p masuk bilik buat sepah atau sebagainya..
Dan biasanya.. cara paling senang kita buat.. kita cakap kat budak budak..
“Ayoookk.. ada hantuuu..”..
Dan budak budak akan lari mai kat kita.. tak buat sepah kat bilik..
Dulu.. masa adik aku kecik.. adik aku lahir.. aku dah besar ye.. dah form 3.. jadi aku dah pandai..
Bila dia dalam usia Sofea sekarang ni.. kakak atau abang aku suka nak buat macam tu.. dan aku mesti cepat cepat halang..
Aku cakap kat diorang.. “Jangan ajar dia jadi penakut..”..
Ekceli.. aku tamau adik aku jadi macam aku.. dulu aku sangat penakut.. puncanya itu la.. bila dok bilik gelap.. orang dok takutkan dengan hantu etc.. jadi.. aku tamau adik aku yang kecik jadi penakut..
Hasilnya.. huuu.. adik aku sangat lah berani nya.. sampaikan.. lepas arwah abang aku meninggal.. orang lain tak berapa berani nak dok sensorang kat ruang ruang kosong kat rumah..
Adik aku pulak.. selamba aje main game kat ruang dapur.. (( yang jauh dari orang lain.. )).. sampai pukul 3 pagi.. huu.. walhal.. game PS2 dia tu.. arwah abang aku yang belikan.. kalau kitorang yang lain ni.. heee.. lepas sebulan baru berani nak pegang kot.. keh keh keh.. dia selamba aje..
Bila mak aku tanya.. “ko tak takut ke..”..
Tau dia jawab apa?.. “nak takut apa?.. orang dah mati.. bukan boleh bangun balik..”..
Betoi gak..
So.. Sofea pun aku tak ajar untuk jadi penakut..
Hasilnya.. sekarang ni pun.. dia boleh selamba nak masuk bilik.. walaupun bilik tu gelap..
Ada sekali time akak aku datang.. dia malas nak panggil Sofea agaknya.. dia pun start..
“Ayokk.. “..
Baru nak start macam tu.. aku terus cakap..
“Jangan buat macam tu.. jangan bagi dia jadi takut gelap..”..
Then.. aku terus terpikir.. aku sambung..
“Buat dia jadi.. ‘come.. come to the light..”..
Faham tak eh.. ??..
Maksud aku.. jangan bagi dia takut pada gelap.. tapi.. bagi dia rasa dia perlu berada di tempat terang.. tu jek..
Sekarang pun.. Sofea masih tak takut pada kegelapan..
Kalau aku malas nak panggil dia.. bila dia masuk bilik.. nak wat sepah.. tau apa aku buat??..
Aku cakap.. “Jom.. p jalan.. ”
Atau pun..
“Babaiii.. ibu nak p jalan nii.. “..
Hmm.. itu la bezanya.. takutkan dia dengan hantu.. dan.. takutkan dia dengan nak p jalan.. mana lagi penting?.. hehehe.. terpulang lah pada korang..
>> Menari / Pusing-pusing
Ini dah seminggu lebih aku dok tengok dia dok buat..
Kalau ada lagu kat tv.. mesti dia menari nari..
Cara dia menari..
Dia henjut henjut badan dia.. lutut bengkok.. badan terbongkok bongkok..
Suke hati la anak oi.. yang penting kita happy..
Bab pusing-pusing tu.. aku pun tatau apa dia buat..
Dia bukannya dok setempat dan pusing badan dia..
Tapi.. dia jalan buat satu bulatan..
Pastu.. bila dapat 2-3 kali pusing bulatan tu..
Haa.. siap la.. melayang layang..
Pastu buat lagi..
Aku yang seriau.. kot terjatuh kena meja ke ape ke.. aku kan ke suka bayangkan bukan bukan.. dan melebih lebih.. heee.. mintak simpang malaikat 44..
Dan.. last sekali.. macam tajuk notes hari ini..
Sofea See.. Sofea Do..
Heheh.. ini yang paling best..
Sekarang ni.. ini yang dia tengah dok peratikan..
Semalam.. bawak dia p kedai sat.. beli beras.. sambil tu.. aku saje la tengok harga susu Dutch Lady dia..
Pastu.. utk pastikan aku tengok benda betul.. aku tunjuk la kat susu tu.. tunjuk dari jauh aje..
Sekali.. aik?.. tengok dia pun dok tunjuk same..
Aku buat tunjuk lagi.. dia pun buat lagi.. hehehe..
Bila aku gelak.. dia pusing kepala dia dok tengok aku.. betul betul depan muka aku..
Haaa.. lagi besar la aku gelak.. pastu dia pun gelak sama..
Lagi..
Sebelum sebelum ni aku selalu bagi dia main kucing.. ekceli.. ini cara nak bagi dia tak kacau aku time aku masak kat dapur..
Aku akan bukak pintu dapur.. pastu panggil kucing.. nanti mai la sekor dua kat pintu tu.. member pun seronok la.. ada geng..
Dulu dulu.. bila aku buat ‘meow.. meow..’.. sofea hanya.. “uhh.. uhh..”..
Sekarang ni.. dia dah pandai nak buat bunyi meow..
Dia buat.. “eeeuuuuu… eeuuuu.. “.. sambil guna suara high-pitch dia.. hehehehe.. she’s my adorable cat..
Lagi..
Bila nampak pampers.. dia akan berusaha duduk atas pampers tu gaya nak pakai pampers.. amboi.. macam nak pakai sendiri aje..
Itu bila ada pakaian kat dia la..
Bila telanjang bulat.. nak bagi pakai pampers.. bukan main lari.. tamau pakai..
Kot nak pakai sendiri la kot..
Hm.. nak try beli pampers yang pants tu la.. bagi dia gilap skill.. tapi.. elok ke pampers tu.. kalau dia berak.. tak sememeh ke time nak keluarkan pants tu eh?.. ada sesapa dah pernah guna?.. or any advise..??
Apa lagi eh?..
Cukup dulu la kot.. sebab nak cite pasal umor dia 14 bulan.. baru masuk semalam.. so.. skill baru masih belum dapat kelihatan..
Dia pun baru baru ni demam sikit.. tatau la apa skill nak dapat..
Bile la anak dara aku nak pandai cakap ye.. sekarang pun dok cakap german aje dengan aku.. bila dah okay skill bercakap dia.. aku akan senaraikan segala apa yang dia boleh cakap eh.. so far.. masih sikit sangat vocab nya..
Haii.. aku ni malas bercakap sebenarnya.. aku lebih suka menulis.. ekekeke.. sebab tu la notes aku panjang lebar.. kena rajin cakap la.. even tho macam cakap sensorang..
Eh.. tapi anak dara aku pandai nyanyi tauuu.. hehehehe..
Ke mana lagi tumpahnya kuahhhh…….
Kuang kuang kuangg..
” HAPPY BIRTHDAY, KIDS~!!.. “
Last saturday.. kitorang adakan small party utk our kids.. rancang dah lama.. tapi.. yang jadi nya.. sket aje..
Yang buat ‘jadi’ pun.. Rina la.. sebab Rina tempah cupcakes utk the kids.. (( and the mothers as well.. ))..
Aku rancang nak beli kuih skupang.. tapi akak tu tak reply pun sms.. masa 1st time aku order pakai sms.. ok aje.. kali ni dia sebok kot.. so.. tak merasalah kuih skupang.. :/
So.. meh aku cite sket.. ini cite of my side lah..
Petang Jumaat.. lepas amik Sofea dari nursery.. aku cakap kat anak dara aku..
“Adik.. esok ikut ibu p opis ye.. kita sambut besday.. “..
Sofea jawab.. “Umm..”.. tandanya.. “Ya..”..
Sabtu.. subuh-subuh dia dah bangun..
Pukul 6.30 aku dah siapkan dia mandi.. ingat lepas mandi dia nak tido la.. rupanya idak.. dia tunggu aje aku bersiap..
Gitu gini gitu gini.. aku bertolak 7 lebih la jugak..
Lambat gak.. sebab semalam aku buat dadih sket.. nak bawak p opis la.. tapi.. silap bancuh.. tensen betul..
Dadih tu.. satu peket perlukan air 3000ml.. aku buat half packet.. so.. 1,500ml.. sebab memang biasa bancuh separuh aje.. periuk kecik.. tak muat air banyak.. buat half tu pun periuk aku dah penuh air dah..
Then.. susu cair perlukan 1/2 tin.. ok..
Gula kena letak sikit.. kalau buat sepeket.. gula 100g.. tapi dah buat half.. patutnya 50g la kan?.. tapi aku lupa nak kurangkan gula.. huwaaa..
Jadinya.. dadih aku terlebih manis.. tensen makcik.. (( dah siap masak baru aku perasan terlebih gula.. ))
Tak pe.. bawak gak la p opis.. dah buat..
Angkut semua masuk kete.. dan bertolak ke Penang.. kami 2 orang aje.. laki aku rumah sana.. dan dia pun keje gak ari sabtu aritu..
Dalam kereta.. member tahan mata tamau tido.. ish.. anak dara nih..
Sampai opis.. parking..
Aiseh.. banyak barang nak kena bawak ni..
Aku bawak toto kecik dia.. ada hadiah utk benson ngan arees.. pastu ada container utk semua dadih tu la.. jadi.. aku tak boleh dokong anak dara aku..
Yang ni best part..
Aku bawak semua benda.. tapi.. aku tak boleh biarkan anak dara aku jalan nyong nyong sorang dia..
Jadi.. apa aku buat.. aku suruh dia pegang tangkai container tu.. dan suruh ikut aku..
Pandai pulak.. dia pegang aje.. tak lepas.. ikut aku dari belakang.. aku tengok jugak kot kot dia lepaskan tangan.. idak pun..
Sampai dekat dengan guard house.. pakcik gad tu tolong bawakkan barang.. “Susah beno saya tengokkan..”.. hehee.. aku gelak aje le..
Kat opis.. Sofea tamau p kat sesapa pun.. haii anak anak.. ari ni jadi malu malu alang pasai pa tatau..
Dia sebenarnya dok takut aku tinggalkan dia..
Kan ke aku dalam keadaan ‘bersedia’..
Bersedia kat sini sebab dia tengok aku pakai tudung kan.. biasa kalau pakai tudung kat rumah tanda nak p berjalan.. jadi.. kalau aku dah pakai tudung.. bila bila masa aku boleh babai kat dia kan.. so.. utk keselamatan.. lebih baik dia duduk aje kat aku.. kan kan.. bijakk.. bijakk..
Arees datang.. wahh.. tersangatlah aktifnya anak bujang itu..
Dia p sana.. p sini.. tak takut pun.. sofea pulak jadi macam diam aje.. hehe..
Seronok gak main dengan Arees.. cuma.. kalau sofea mau main sama sama.. lagi syok.. mesti boleh geng.. tak pe.. beso sket pandai la kott..
Ish.. susahnye nak load gambo nih..
Dapat pun..
Hurm.. unfortunately.. benson tak dapat mai.. sebab running nose.. tak sehat badan.. kesiann..
Dalam 10.++.. cupcakes pun sampai.. hehehe.. bestnyeee..
Arees dok main sakan dengan Winja.. and all the others..
Sofea pulak sangat melekat kat aku.. adoi laa..
After few moments.. aku check pampers dia..owhh.. ada isik.. may b that’s y..
Then.. bawak dia pergi library.. utk salin..
Lepas siap.. jumpa librarian yang tengah pregnant..
Guess what.. sofea selamba aje p kat Sharmila.. and sit on her..
Hmmm… nampaknya.. Puan Sharmila mungkin akan dapat anak lelaki.. huu.. sebab Sofea suka kat dia.. who knows..
Balik office.. Rina & Arees pun dah balik..
Tak lama lepas tu.. aku pun nyusur balik sama.. hehe.. ada banyak plan lain lagi lepas tu..
Apa pun.. thanks a lot utk Rina & Arees.. yang susah payah pastikan rancangan birthday party kat office ni berjaya..
Love u guys..
Cupcakes, Car (( for arees )), My stupid dadih, Tissue, Tesco Cola & Orange, Cawan kertas..
p/s : The next round, will be more of this.. aku mesti ‘tebus’ balik.. yeahhh..
Bising atau Diam (( ??? )) - YOUR PARTNER Edition
Huah huah huah..
Aku kena buat entry ni back-to-back.. supaya korang faham apa yang aku cuba katakan..
Aku saje la nak tau.. kan ke tengah buat survey ni.. (( survey yang tak ada kaitan dengan PhD langsung.. kalau ada kaitan.. kompom aku dah dapat that title.. ngieheheh.. ))
Ok.. tadi cakap pasal diri korang kan.. ini pasal korang punya pasangan..
Tapi still korang kena jawab sendiri la.. don’t ask ur partner ya.. tak ada kaitan dengan diorang..
Maksud aku ialah..
Dalam membicarakan soal cinta dan kasih sayang.. ewahh.. adakah korang suka pasangan korang jenis yang..
A :: Bising
Maksud kat sini.. pasangan korang jenis yang selalu express the feeling.. selalu cakap “I sayang u.. “.. selalu cakap “I miss u..”.. macam tadi jugak.. tapi.. this time.. it’s from the other side of u..
Yang jenis depan orang lain pun tak kesah nak pegang pegang.. nak korang manja manja dengan dia.. nak kiss selalu.. peluk peluk selalu.. ee.. yucks~!!.. ops.. sorry..
ATAU..
B :: Diam
Diam makna kata.. pasangan korang tak berapa nak express love dia.. tapi korang tau dia sayangkan korang.. sebab bila korang mintak tolong buat apa apa.. diorang akan buat.. tanpa banyak soal.. itu tanda dia sayang la kot..
Cumanya.. pasangan korang jenis tak reti nak cakap love love.. sayang sayang ni.. even depan orang ramai pun.. dia tak tunjuk sangat.. cuma buat biasa.. buat normal.. macam a typical Malay guy punya type kan?..
———-
But still.. jawapannya kat korang.. mana satu yang korang suka ada pada pasangan korang.. adakah A.. atau B.. in terms of show the love to u..
So.. apa pilihan korang ??
Uncategorized | Comment (0)Bising atau Diam (( ??? )) - YOURSELF Edition
Hm.. sambung lagi survey aku..
Walaupun tak berapa banyak reply aku dapat.. aku nak teruskan jugak.. sebab.. hehe.. saje la.. nak bagi korang pikir jugak apa yang aku tengah pikirkan..
Ini special edition.. about YOURSELF.. maksud aku.. diri korang sendiri..
Dan aku nak cakap pasal.. LOVE.. a.k.a KASIH SAYANG..
Persoalan yang ingin aku timbulkan ialah…
Dalam berkasih sayang.. tak kira lah.. antara korang dengan suami.. atau kengkawan.. atau ibu bapa.. atau.. dengan sesapa saje la pun..
Adakah korang ni jenis yang…
A :: Bising
Bising dalam berkasih sayang ni maksud aku.. adakah korang jenis yang suka express the emotion ??.. in terms of kasih sayang yeee..
Adakah korang jenis yang selalu cakap kat husband.. “I Love You..”.. atau.. “I Miss You..”.. atau.. apa apa saja la.. adakah korang jenis yang ‘bising’ dari segi itu??..
ATAU..
B :: Diam
Diam dalam express your love.. bukan bermaksud korang macam orang bisu tu..
Maksud aku.. adakah korang jenis yang susah nak express the feeling.. susah nak cakap kat suami.. perkataan perkataan maut tu.. sebab.. mungkin korang jenis pemalu ke.. atau.. korang rasa macam.. tak perlu nak sebut selalu.. pasangan korang patut dah tau perasaan korang.. kan?..
Macam tu ke??..
———-
Jadi.. aku tanya lagi sekali.. apa pilihan korang ??
Uncategorized | Comment (0)Butik Pengantin Cinta Kasih (( BONDA )), Kulim
Yeahh.. sapa nak tengok gambo aku jadi pengantin?.. keh keh keh.. pengantin dah lapok wehh..
Sat ehh.. aku upload..
Ish.. awat ni.. internet down ke.. tamau upload pulak nih.. saje tak mo bagi korang tengok kot..
Sat.. aku try lagi..
Saje je.. entry kali ni nak promote butik pengantin ni.. milik orang melayu kita.. bangga aku..
Aku rasa.. butik pengantin ni je kot yang ada kat kulim tu.. hehe.. murah tau tak.. baju dia pun lawa lawa.. make up pun cantik.. (( tak cantek ke gambo aku tu?? ))..
Aku tatau pakej orang lain.. aku cerita pakej yang aku amik eh..
Masa hari first kami p.. pekerja dia yang layan..
Depa punya pakej macam ni..
Baju sepasang.. Make-up.. & Gambar (( boh album siap edit )) - 80 keping = RM600/=
Holoh.. takkan baju sepasang nak posing sampai 80 keping..
So.. balik dulu.. nak pikir lain..
Kali ke-2 p.. memang nak set date dah sebenarnya..
Sekali bos dia ada.. bos ni lelaki (( lembut sket.. )).. panggil dia Has’z..
Dok tanya lagi pasal pakej 600 tu.. aku sebenarnya budget 500 aje.. tapi.. hm.. tak pe la..
Sekali.. bos tu kata.. pakej tu pekerja tu silap cakap.. RM650.. hah??..
Aduhh..
Tapi.. tak putus asa.. aku mintak baju 2 pasang.. Hasz bagi..
Dalam fikiran aku dok ingat.. baju 2 pasang dengan harga rm650 la..
Dalam dok pilih pilih baju tu.. aku pilih satu baju songket.. dengan satu baju biasa la.. (( konon konon time nikah ))..
Sekali terpandang baju gaun.. wahh.. menarik jugak nih..
Ingat nak tolak la satu baju..
Pastu.. saje la aku cakap.. bagi 3 baju la senang..
Sekali Hasz tu kata.. “Kalau nak 3 baju, rm650..”.. “..tambah 50 aje lagi.. dapat 3 baju.. ”
Ohh.. makna kata.. yang dia bagi 2 baju tadi.. utk 600 la.. so.. tambah 50.. merasa pakai baju gaun.. best nyeeee..
So.. aku pun setuju.. hehehe..
Bayar duit muka rm250.. lepas pilih pilih baju.. aku pun balik dengan senang hati.. tunggu hujung minggu.. sebab juru gambar dia boleh datang hujung minggu aje..
Ahad.. (( 12 Julai 2009 ))..
Aku anto sofea p nursery.. pastu dengan encik hubby kami p ke teratak BONDA..
Bergambo sakan la dari kol 10 pagi tu.. jenuh gak..
Mula pakai baju biasa.. (( baju nikah konon konon tu.. )).. gambo kat studio aje..
Pastu.. salin baju gaun.. pun amik gambo kat studio aje pakai gaun..
Then.. cameraman.. ekceli.. bukan cameraman.. camera girl.. hehee.. budak pompan ni.. adik kepada si Hasz tu.. dia amik gambo.. cantik.. puas hati sungguh la..
Ekceli.. kami le orang pertama yang amik gambo kat studio depa..
Macam ni kisahnya..
Kisah ni pun.. pekerja depa la yang cerita.. masa hari first aku p ari tu..
Studio tu.. dah lama depa rancang.. memang nak buat..
Aku rasa nak buat special utk adik dia (( camera girl kami )) tu nak kawin la..
Tapi.. tak jadi kawin.. sebab.. tunang dia mati.. kena santau..
Jadi.. hilanglah semangat diorang nak uruskan studio kat atas kedai tu..
Tapi.. sebab ada customer (( aku le tu.. )).. depa cari jugak la barang barang sket sket.. kot baru nak datang semangat kan.. mana nak tau kann..
Tapi.. dia amik gambo memang la cantek.. tak sabar nak tunggu siap aje nih.. hehehe..
Kol 2.. kami rehat sat.. sebelum pakai baju ke-3.. songket..
Aku ngan hubby kuar makan.. ekek.. korang bayangkan la.. aku kuar makan dengan muka bermekap.. bulu mata palsu dok kat mata..
Memang tak boleh cuci lagi la.. dalam pakej make up sekali aje.. kalau tak elok depa touch-up la.. kalau make-up dua kali.. kena buat kale lain la kot.. he he he..
Time p makan.. lapo sangat.. cari kedai mamak.. semua orang pon tengok aje.. awat lawa sangat pompan ni.. keh keh keh.. gasak le.. yang penting.. aku nak makan..
Kol 3.30.. sambung balik..
Sekali nak pakai baju.. tak muat pulak dah.. depa bising kata aku makan banyak sangat.. wahahha.. dah kena tetas sat.. korset tak boleh nak zip.. keh keh keh..
Pastu.. kami p taman berdekatan dan posing sakan..
Yang gambo aku amik atas tu.. tu gambo dengan baju songket last la.. awal awal tak terpikir pulak nak amik gambo sendiri.. dah last tu baru teringat..
So.. gambo yang lain.. kalau nak tengok.. kena tunggu siap la.. dapat cd tu.. aku upload gambo kawin aku eh..
Tapi puas hati sungguh la..
Total amik gambo kami sume.. 313 keping.. nanti dia cuci buat album.. yang lebih tu dia letak kat cd.. hah.. puas hati.. dapat semua gambo.. tak de extra charge pun.. depa ni memang tak lokek la..
Jadinya.. sesapa yang rasa nak kawin.. nak bergambo.. nak make up.. yang kat area Kulim / berdekatan.. mai la kat BONDA.. anda pasti puas hati..
Aku dok target nak bergambo famili (( aku, abg dan sofea sahaja, buat masa ini dalam minda aku )).. kat situ.. nak bagi posing puas puas.. hu hu hu..
Nak buat bergambar sebagai aktiviti tahunan.. boleh?..
Keh keh keh..
Konflik Kami
Yeah.. macam nak all out aje ari ni.. sebab aku tulis entry sebelum ni punya panjang.. aku ingat dan la aku p makan tengahari.. tengok tengok dah pukul 1.. jadi malas nak keluar.. kalau p makan pun.. entah ada lauk lagi ke idak.. tak pe la.. tahan sket lagi.. petang sat g makan dengan anak dara aku terus..
Well.. selalunya aku tak cerita benda ni.. melainkan bila semuanya dah ok balik.. kali ni.. rasanya.. tak salah dengar pendapat dari kengkawan tentang masalah aku..
Hm.. aku tak anggap macam masalah pun.. sebab.. bila macam ni.. aku rasa senang.. waktu waktu macam ni.. aku dapat letak satu penghadang antara aku dengan dia.. supaya fikiran aku tak terlalu sangat memikirkan segala benda yang perlu aku jaga.. letih wo asik nak jaga hati orang aje..
Frankly speaking.. aku sekarang tengah ada konflik kecik dengan kak ana.. kecik aje.. tapi konflik sekecil ini menyebabkan aku lebih rela berdiam diri.. malas nak berbaik baik.. biaq p la.. aku nak jaga hati aku sat.. bagi pulih dulu.. baru boleh jaga hati orang..
Aku kecik hati dengan dia..
Ceritanya begini..
Aku kan kawin tak semenggah.. majlis tak de.. apa tak de.. jadi.. memang la kalau boleh nak ada pelamin.. ada kenduri besar besar.. kawan kawan datang.. tapi.. aku tak merasa semua tu.. dan aku redha dengan nasib aku..
Dah lama aku berangan nak p amik gambo kat studio.. pakai baju pengantin.. posing posing dengan abang.. tapi.. constraint nya.. biasalah.. al-fulus.. jadi.. aku biarkan aje..
Setahun…
Dua tahun..
Alamak.. mengandung.. dapat anak.. so.. impian terpendam..
Tapi.. bila ada Sofea.. semangat utk buat gambar kawin ni.. makin membuak buak.. takut jugak nanti dia dah besar.. dah pandai cakap.. dok tanya gambo kawin aku ngan abah dia.. apa aku nak jawab kan..
Sementelah Allah dah berikan aku cuti panjang 2 minggu lepas.. jadi.. ada peluang jugak utk aku intai intai peluang nak amik gambo nih..
Mula mula.. aku ingat aku tak mau la kecoh kecoh kan.. tapi.. aku susah jugak nak cari tempat sorang sorang..
So.. aku tanye kat husband, adakah kak ana akan cemburu kalau aku cakap pasal hasrat aku nak amik gambo.. abang kata tak apa.. kak ana mesti ok..
Aku pun habaq.. dan kak ana pun paham..
Aku ajak dia bergambo sekali.. aku boleh belanja.. aku tak kesah beb.. sebab dia terlalu baik..
Tapi dia tak mau.. dia tolak dengan baik..
Kami sama sama cari tempat yang boleh amik gambo studio.. and outdoor sekali.. dapat la satu tempat nih..
Then.. since orang kedai tu pun tak kesah.. diorang boleh aje nak amik gambo kami reramai pun.. tapi nanti gambo mana yang nak masuk album.. depa masuk la.. yang tak masuk.. depa bagi aje softcopy.. letak dalam cd.. kan ke senang.. tak de extra charge pun..
Jadi.. aku ajak la kak ana semua dengan anak anak ada sama.. gambo sama.. kak ana pun setuju..
Excited macam tu.. kitorang p cari baju budak budak.. dengan kasut.. semua.. nak bagi elok la.. bagi baru.. nak masuk gambar kan.. tak apa.. aku sponsor semua.. apa pun.. depa nak raikan aku jugak kan..
Beli baju kasut sofea.. beli kasut lisa.. since baju ala ala gaun pengantin, lisa dah ada.. belikan suar ngan baju kat meer.. semua orang seronok..
Lagi 2 hari nak bergambar.. abang kata kak ana tak mau pulak.. diorang nak balik rumah mak.. (( kak ana dan anak anak ))..
Hah?.. kan dah rancang elok dah.. aku pun start bising bising..
Abang kata.. kena faham.. kak ana terasa hati la nak tengok kita bergambar..
Aduuhhh… hancur luluh aku dengar alasan dia tu..
Selama ni.. dia dok saja saja pampang gambar kawin depa.. bukan satu.. bukan 2.. tapi 4.. 4 depa sengaja tampal kat dinding ruang tamu rumah dia.. yang tu, dia ingat aku tak terasa?..
Tampal kat ruang tamu tau tak.. awat tak tampal dalam bilik tido?.. nampak sangat nak pampang kat mata kepala aku, kan?.. itu aku diamkan..
Lagi pun aku sedar diri aku ni.. kalau aku dah ada gambo kawin esok.. aku tak pasang niat pun nak letak berlambak lambak kat ruang tamu.. biar private.. dalam bilik.. nak tunjuk kat orang sangat pun buat apa..
Dia tak mau bergambar tu.. aku tak kesah.. at least.. bagi la anak anak lepas.. Lisa dengan Meer dah excited sangat nak bergambar.. siap Lisa habaq kat Meer.. “Meer, nanti Lisa dok tengah tengah abah dan ibu..”..
Tapi aku nak bising pun tak boleh buat apa.. aku bukan boleh paksa dia..
Last last.. aku terpaksa hantar sofea ke nursery.. (( kalau tak.. dapat bergambar dengan sofea sekali.. )).. hanya aku dan husband aje p bergambo..
Ah.. gasak la.. malas nak pikir dah..
Sekarang ni.. memang aku dalam silent mode.. aku malas nak amik tau pasal diorang kat rumah sana.. aku kecik hati sangat.. bagi aku pulihkan dulu hati aku.. barula aku boleh decide utk berbaik atau macam ni aje selamanya..
Don’t worry.. kami takkan bergaduh.. cuma.. tak bertegur..
Takkan lagi keluar sama sama.. takkan lagi jalan p mana mana sama sama..
Mungkin utk another 3 months.. (( macam yang dulu.. ))..
Gasak la.. aku pedulik hape.. yang penting.. aku ngan sofea bahagia..
Kuah.. kuah.. kuahhh…
Uncategorized | Comment (0)My Education Life (( Part 6 ))
Fuh.. lama gile rasanya tara aku nak buat sambungan cerita nih.. ekceli ari tu aku semangat nak sambung dah.. tau tau kena chicken pox.. aku kena la.. anak aku kena la.. tertunda tunda.. sampai hari ni baru ada free sket..
Ok jangan buang masa.. gentlemen, start your engine.. vrroommm..
Kali ni.. kita masuk darjah 5.. 5K.. STM (1), Kluang, Johor..
Hm.. kalau sebelum sebelum ni.. dari darjah 1 sampai darjah 4.. aku duduk kat kelas yang ground floor aje.. kali ni.. darjah 5.. merasa jugak naik tingkat 1.. hehehe.. kelas kali ni.. kat bangunan 2 tingkat yang sama bangunan dengan darjah 4.. cumanya.. duduknya di atas.. betul betul atas kelas 4K aku dulu..
Seronok kelas kat atas ni.. boleh berlagak sket dengan orang kat bawah tu.. sebab kita tinggi dari depa.. ha ha ha..
Naik darjah 5.. (( ini baru betul betul naik.. sebab duduk kat atas.. )).. guru kelas masih lagi Cikgu Ong..
Ingat tak yang aku kata.. mungkin aku perasan la kot.. tak kesah la pun.. aku rasa macam Cikgu Ong suka kat aku.. dan darjah 5 baru aku tau dia suka kat aku.. (( ehem.. sebab aku terer math eh.. dan dia ajar math pun.. ))..
Macamana aku tau?.. well.. naik darjah 5.. masuk kelas first day aje.. cikgu terus lantik aku jadi Ketua Darjah.. huuu..
Mula mula tu aku nak tolak jugak.. sebab aku rasa macam aku tak berapa nak boleh aje jadi jadi ketua nih.. tapi.. cikgu tetap suruh jugak.. pastu.. pilih penolong ketua darjah.. dapat kat Mai Adlimah..
Start darjah 5 aku start baik dengan mai.. kira best fren aku la.. dulu kami sama sama kecik aje.. skarang mai dah melangit tinggalkan aku yang bonzai ini.. ho ho ho..
Hm.. banyak jugak kenangan masa darjah 5..
Antara yang aku masih ingat..
Kalau cikgu tak masuk kelas.. ketua darjah la kena jaga kelas.. aku ni garang tau tak dalam kelas..
Time budak bising.. awal awal tu.. aku biarkan dulu.. bila dah terlalu bising.. aku berjalan p kat meja cikgu.. aku amik pembaris kuning yang panjang tu.. aku hentak kat meja cikgu.. “PAM~!!”..
Baru senyap sat…
Aku pun balik ke meja aku balik..
Kalau time aku tak berapa rajin nak p kat meja cikgu.. dulu dulu masa darjah 5.. aku pakai pensel case yang buat dari besi tu.. bila budak bising.. “BAM.. BAM..”.. aku hentak pensel case aku tu kat meja..
Senyap balik..
Yang paling tak tahan.. bila diorang bising balik.. ini langkah terakhir..
Bila suruh senyap tak jalan jugak..
Aku akan jalan pelan pelan p kat papan hitam.. amik kapur sebatang.. kat belah kanan bawah papan hitam tu.. aku tulis gini..
Pelajar Bising:
Callen Charles
Bila nampak ada nama sorang terpampang kat situ.. baru la budak budak kelas aku pandai dok diam.. haii.. sabo aje la aku nih..
Callen tu memang nama kawan kitorang.. dia ni budak paling nakal la kira seluruh batch kitorang tu.. dan dia pulak berada dalam kelas kami.. dari darjah 1 pun sekelas dengan dia..
Apa la jadi dengan callen sekarang.. nanti la.. aku bukak entry lain.. (( lepas habis education life all part )).. aku nak cerita pasal watak watak kengkawan aku yang aku pernah kenal.. pernah jumpa.. sepanjang hidup aku.. korang tunggu yeeee..
Tapi aku ni baik.. bila cikgu masuk kelas.. aku padam apa yang aku tulis kat papan hitam tu.. cuma sekali dua aje aku tak padam.. sebab aku geram sangat la tu bila aku tak padam.. then.. Callen (( biasanya dia la.. )) kena la sedas dua dengan cikgu.. macam tu la selalu..
Apa lagi kenangan eh..
Kalau tak silap.. masa aku darjah 5 ni jugak la.. ada satu peraturan baru.. bukan peraturan la.. tapi sekolah nak tukar style.. jadi.. masa tahun tu.. dapat uniform baru..
Pengawas.. Librarian.. Ketua Kelas dan Penolong Kelas.. semua kena pakai tie..
Pengawas, baju depa tukar kale coklat.. tie pun semua kale coklat.. baju coklat cair macam kuning jugak la.. lebih kurang..
Librarian.. depa pakai kain / seluar hijau.. baju putih.. tie kale hijau..
Ketua Darjah.. pakai kain biru.. (( kaler sekolah rendah biasa tu.. )).. tie kale blue black..
Penolong Ketua Darjah.. kain biasa.. tie kale biru muda..
So.. aku la antara orang pertama yang pakai tie kat skolah tu.. keh keh keh.. blagak pulak..
Ada lagi cerita lain..
Ingat tak birthday aku yang sangat sangat happening masa darjah 4?.. well.. aku ‘tebus’ balik masa darjah 5..
Cikgu Ong pulak memang galakkan kitorang bawak kek ke kelas.. bagi ramai ramai sambut sama sama..
So.. masa birthday aku.. mak belikan kek besar punya.. aku rasa macam 2kg kot.. atau 3kg.. besar tau.. bentuk segi 4.. bila bawak p skolah tu.. rasa macam VIP aje.. ho ho ho..
Dalam kelas.. nyanyi nyanyi sikit.. pastu aku potong kek..
Dari 4 segi tu.. potong 4 bahagian.. 1 bahagian cikgu suruh bawak balik.. utk famili.. yang 3 bahagian tu.. potong kecik kecik lagi.. bagi rasa sorang sikit..
Yang best tu.. bila kitorang menyanyi epi besday dalam kelas.. budak budak kelas lain cuba la intai.. ape kene le agaknya..
Bila aku dah potong kek.. bagi kat cikgu ong bahagian dia.. dia pulak buat aksi..
Tau apa dia buat??..
Dia bawak kek sepotong tu ke kelas sebelah.. kat belakang kelas.. dia saje p makan depan budak budak kelas lain..
Aku plak.. terjerit jerit la.. “jangan la cikguu.. nanti tak cukupp..”..
Cikgu gelak ajeee..
Pastu kami semua pun makan kek..
Bila balik.. mak terperanjat jugak bawak balik quarter of that kek ke rumah.. mak kata..
“Laa.. yang cikgu suruh bawak balik buat apa.. makan aje semua kat sekolah.. kat rumah ada kek lain..”..
Aku plak dok diam aje le.. mane saye tauuuu..
Hm.. tapi.. ada satu cerita sedih jugak masa darjah 5 nih..
Ada satu part.. aku tak tau kenapa.. dan sampai hari ni masih tertanya tanya.. aku lupa dah pasal apa..
Tapi yang aku ingat.. mungkin ada something cikgu ong suruh aku buat.. tapi aku tak buat.. atau.. kelas bising sangat.. macam aku tak jaga kelas.. lebih kurang gitu la..
Ada satu part.. cikgu ong marah sangat kat aku.. dia bukan marah.. dia kecewa.. aku tak pasti apa puncanya..
Tapi.. aku tak boleh lupa pandangan mata cikgu pada aku masa tu..
Yang aku ingat dengan jelas.. cikgu berdiri kat depan.. pandang kat aku.. dan cikgu cakap……
“Saya kecewa sangat dengan kamu, Farizah.. kecewa sangat..”……
Dan aku pulak?.. dok diam aje.. aku betul betul blurr…
Sampai sekarang aku masih tertanya tanya dalam diri aku sendiri.. apa yang aku buat menyebabkan cikgu terlalu lalu kecewa dengan aku.. and i guess.. after that moment.. cikgu ong dah tak suka kat aku..
Sebab tu darjah 5 tak termasuk dalam kenangan terindah untuk aku..
Lepas lepas dari tu.. keadaan jadi macam biasa balik..
Cuma orang keliling aje tak tahu yang dalam hati, aku jadi seorang yang hilang keyakinan diri.. start from that moment onwards.. especially kalau terpaksa pikul tanggungjawab sebagai ketua.. aku rasa aku mesti FAIL.. sampai sekarang..
Ok dah..
Hujung tahun.. kami satu kelas adakan pertandingan menyanyi.. keh keh keh..
Dah namanya pertandingan menyanyi.. mana aku boleh lepas peluang beb..
Yang lawak tu.. menyanyi dalam kelas aje.. judge nya cikgu ong aje.. penonton nya.. budak budak kelas kitorang aje..
Aku tak ingat berapa ramai yang masuk pertandingan tu.. tapi yang aku ingat.. kelas semua tutup.. pintu pun tutup..
Sapa yang masuk pertandingan.. kena duduk kat luar.. sampai waktu kena nyanyi.. baru boleh masuk..
So.. aku pun duduk la kat luar.. sambil ingatkan lirik lagu.. ha ha ha..
Itu pun jenuh aku mintak senikata dari kawan aku, Zainuddin.. sebab lagu aku nak nyanyi ni lagu lelaki.. lagu pompan masa tu mana ada gleme gleme lagi ompompan sangat.. banyak lagu lelaki aje..
Then.. dah turn aku.. diorang panggil aku masuk..
Bila masuk..
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. hari ini.. saya akan menyanyikan sebuah lagu yang diberi tajuk ‘Untukmu Sayang’.. “..
Aku pun start la nyanyi..
Tak de mike.. tak de muzik..
“Keindahan pelangi adalahhh… keindahan wajahmu sayangg.. “… bla.. bla.. bla.. sampai habis..
Satu perangai aku nih.. aku menyanyi aje boleh.. nak buat buat gaya.. aku malu.. keh keh keh..
Jadi keputusan pertandingan hari tu.. pemenangnya adalah… jeng jeng jengggg…
Kawan aku.. Zainuddin.. (( kot.. ))
Aku?.. hm.. dapat tempat ke-2 ajeee.. kira boleh la.. ade adiah ke dak eh.. lupa dah..
Tapi.. itu le pertandingan menyanyi pertama dalam hidup aku yang aku masuk.. keh keh keh..
Aku pun kalah tipis aje.. cikgu cakap sebab aku nyanyi tak buat gaya.. aku goyang sket sket aje..
Dalam hati aku.. udah lagu slow.. takkan aku nak menari pulak.. kui kui kui..
Tapi.. memang le aku tak reti buat gaya.. ada mana mana choreographer nak tolong ajo ke?.. cewahh..
Hm.. apa lagi eh..
Kalau tak silap aku.. masa darjah 5 ni.. masa hujung tahun penyampaian hadiah.. kitorang kena buat lakonan.. depan mak pak.. tapi aku tak masuk la.. gabungan dari semua kelas..siapa yang berbakat dalam berlakon.. dapat la diorang berlakon.. cek tak gheti.. mentak le mahap..
Oh.. dan masa darjah 5 ni.. aku dapat balik hadiah matematik aku.. another buku cerita yang jadi koleksi aku sepanjang sekolah rendah.. wihuu..
Dah kot.. semua kenangan rasanya aku dah curah..
Tapi frankly speaking.. because of that incident yang cikgu ong kecewa dengan aku.. gambaran darjah 5 dalam fikiran aku ni.. tersangatlah malapnya.. macam mendung aje.. macam.. tak tau nak cakap..
Aku sayangkan Cikgu Ong.. tapi.. aku dah kecewakan dia..
Maafkan saya, cikgu…
Alamak.. sebak pulak dahhh… hm.. biarlah.. benda dah lepas.. nak buat macamana..
Darjah 5.. tahun kesedihan aku sepanjang sekolah rendah..
![]()







