Bila aku sudah MARAH~!! (( Episod Akhir ))

August 31st, 2009

Hmm.. cukup cukup la cite pasal grup yang menyakitkan hati aku tu kan.. sebab Puan X sudah pun dihalau secara terhormat.. dan sudahpun meng’unsubscribe’kan diri dia..

Betul jugak.. ada golongon SIS dalam tu.. ‘Sisters-In-Islam’ yang terlalu taksub mengetengahkan hak hak perempuan.. sampai melihat poligami sebagai satu penindasan terhadap golongan wanita.. Masya Allah..

Bukan aku saja yang marah.. ramai orang yang marah..

Orang yang natural (( yang tak marah.. )) nampak kehadiran Puan X.. serta beberapa geng yang selalu bersetuju dengan dia sebagai mahu menegakkan idologi ‘Say NO to Polygamy’.. walhal.. orang dalam tu.. masuk sebab dah boleh terima ‘poligami’.. kami bukan lagi mahu membincangkan tentang.. YES or NO poligami.. tetapi.. group tu untuk orang yang dalam atau mungkin mahu masuk poligami.. untuk membincangkan masalah.. atau pengalaman.. utk dikongsi bersama..

Kehadiran Puan X.. serta rakan rakannya.. hanya untuk memporak perandakan hati hati kami yang dalam usaha menerima takdir dari Allah.. bukan mudah nak jadi ikhlas.. hati kena redha.. bukan amik masa seminit dua.. tapi bila hadir manusia manusia begini.. memang mencari nahas la bila jiwa yang tenang.. diganggu gugat.. ho ho ho..

Ok.. sebagai balasan pada email aku yang terakhir tu.. dia dah unsubscribe masa tu.. jadi.. dia email aku secara personal.. ini penjelasan dia..

” Tak leh nak komen kat group…dah unsubscribe…Biar awak jelah tahu maksud sebenarnya tulisan saya dibawah tu. Orang lelaki dalam blog tu jugak sebut…dia orang kata rela tak bagi poligami biar depa berzina, pegi ke pelacur…sebab tak boleh bermadu. Maksud saya, poligami bukan penyelesaian pada masalah pelacuran sebab pelacuran adalah disebabkan nafsu yang tak dibendung. Kalau nafsu tak dibendung, poligami pun tak guna. Itu lah yang dok jadik kahwin cerai kahwin cerai tuh…pasal nafsu tak boleh nak dibendung dengan even 4 isteri pun.

Tak, poligami bukan pelacuran. Maksud saya, poligami untuk orang yang berjiwa besar nak meraikan cintanya pada Allah. Poligami untuk orang yang nak melaksanakan hukum Allah dengan seadil adilnya. Untuk melindungi kaum wanita. Bukan untuk hawa nafsu.

Jadi conclusion feeza tu salah. Bukan itu maksud saya. Wallahukalam.

Hmm.. nampaknya.. aku silap faham la maksud dia cakap sebelum tu kan?..

Tapi still.. penjelasan dia tetap salah dimata aku.. bilamana dia kata poligami bukan penyelesaian pada masalah pelacuran sebab pelacuran adalah disebabkan nafsu yang tak dibendung. Kalau nafsu tak dibendung, poligami pun tak guna.

Atas kefahaman dia yang begitu.. aku balas email dia cara elok.. dan ini jawapan aku..

” tapi.. saya tengok lain pulak..

boleh beri contoh orang lelaki.. yang dah ada bini at least 2 .. pergi ke pusat pelacuran??.. ada ke??..

setakat ni.. tak jumpa la.. sebab.. depa dah salurkan pada isteri-isteri depa..

pelacuran tu biasanya yang p orang yang belum kawin.. atau yang bini sorang niii..

sebab tu Allah beri peluang poligami.. utk menyalurkan nafsu yang tak dapat dibendung tu ke jalan yang elok..

mungkin saya silap.. tapi puan punya skop pun tak berapa clear kat situ..

kalau orang tu nafsu dia tak boleh dibendung.. bagi dia berpoligami.. kalau tak cukup berbini 2.. masih tak boleh bendung.. bagi 3.. bagi 4..

itu penyelesaian Allah dah bagi..

hmm.. paham ke tak paham ehh..

wallahu’alam ”

Aku harap korang faham maksud aku..

Bila sampai masa kita semua faham konsep poligami.. dan terima dengan hati terbuka.. aku yakin bahawa pelacuran boleh dihancurkan.. dan semoga tak ada lagi orang Islam kita pergi ke pusat pusat pelacuran..

Wallahu’alam..

Oh.. tapi Puan X tetap tak balas email personal aku tu kat dia.. hmmm.. adakah dia masih dok fikir akan kata kata aku.. atau.. dia masih nak membidas.. dan menolak penjelasan aku.. ontah la labuu…

Jodoh & Banjir

August 28th, 2009

Hooo.. lama pulak tak menulis ala ala ustazah.. keh keh keh..

Sementara ada lagi 45 minit.. sebelum aku menyambut kehadiran cuti panjang.. yang sepanjang 3 hari tu.. huu.. bestnyeee.. boleh la aku membebel sket kat sini..

Sementelah hujan yang dah nak masuk 2 hari dah kat sini.. tak berenti-renti punya hujan.. adeh la.. jenuh aku mai keje pagi tadi basah kuyup.. lagi kesian kat anak dara aku la..

Aku anto dia naik motor ari nih.. dah separuh jalan.. tetiba ujan.. lebat pulak tu.. aku pun berenti kat depan kedai sat.. nasib baik kedai pun belum bukak.. baru kol 7 lebih.. aku kuarkan baju ujan.. bagi dia pakai.. tutup tang pale die aje.. itu yang penting..

Pastu.. dia pun.. senyap je dok atas motor kena titip dengan air ujan.. huu.. harap harap depa bagi mandi dia terus.. sebab takut demam pulak anak dara aku nanti.. iskk..

Ok.. berbalik kepada tajuk perbincangan kita kali ni.. cewah..

Aku nak start dengan…

Banjir

Aritu aku cite pasal kemarau kan.. yang mana.. kemarau terjadi bila mana orang tak bersedekah.. so.. ini cerita banjir pulak..

Hmm.. dapat dari blog kereta mayat tu jugak.. kalau aku silap faham.. mintak mahap le ye..

Tapi.. aku yakin sangat aku baca benda ni banyak kali.. means.. banyak kali ustaz hamka dok tulis gini dalam blog dia..

Iaitu..

Banjir berlaku apabila…

KEBANYAKAN / KESEMUA ORANG DI SESUATU KAWASAN TERSEBUT TIDAK MENUNAIKAN SOLAT

Hmm.. menunaikan solat yang dicerita disini ialah.. SOLAT BERJEMAAH..

Makna kata.. tak me’ramai’kan mesjid dan surau..

Maka dengan itu.. Allah turunkan bala BANJIR.. Subhanallah..

Jadinya.. wahai umat Islam sejagat..

Kepada yang lelaki.. selalu selalu lah jejakkan kaki anda ke Rumah Allah.. bukan senang nak jadi tetamu Allah.. tapi.. kita kena usaha.. walau hati berat nak tinggalkan rumah.. walau jiwa resah nak tinggalkan pejabat.. KENA BUAT JUGAK~!!.. kalau takk.. haaa.. merasa la berenang dalam banjir.. semua benda pun boleh musnah.. eee.. ngerii..

Kepada yang perempuan pulak.. selalu selalu lah menggalakan abang, adik, suami, ayah.. pak sedara.. mana mana lah.. untuk lebih beribadat di mesjid/surau.. buat solat berjemaah.. jangan la dok kira jemaah kat rumah dengan keluarga aje.. kena campur masyarakat jugak..

Jemaah di Mesjid / Surau adalah lebih baik dari berjemaah di rumah..

Jemaah di rumah adalah lebih baik dari solat seorang diri..

Solat seorang diri adalah lebih baik dari.. tak solat langsung..

Eee.. korang tak takut ke eh.. kalau tak solat.. macamana la nanti dalam kubur kan..

Aku selalu terpikir.. macamana lah nanti roh aku agaknya yee.. bila aku mati.. adakah aku akan dapat lihat / rasa / pegang semua yang aku sayang di dunia ni.. atau.. aku akan terussss naik ke langit..

Hmm.. pastu.. mesti aku teringat.. arwah ayah dan abang aku dah lalui semua nih.. diorang dah selamat perjalanan di dunia.. dan menuju akhirat yang kekal abadi..

Lepas ni.. giliran aku pasti akan menyusul.. owh.. gentarnya rasa..

———-

Tajuk seterusnya..

JODOH

Entry ni.. aku tujukan khas buat kengkawan aku yang belum tiba jodohnya.. mungkin pendapat peribadi aku ni salah.. tapi.. ambil yang mana korang rasa patut dan betul ye..

Dulu aku cakap.. untuk orang yang dah kawin.. bila duit lebih.. biasanya.. anak kurang.. atau.. tak dapat anak.. dan.. bila anak ramai.. duit pulak tak banyak..

Adil kan?.. Allah memang maha adil..

Untuk jodoh.. aku masih berpegang pada prinsip yang sama..

Orang yang tak ada duit tu.. jodoh nya.. cepat pulak sampai.. sampai kena bersusah payah cari duit nak buat meminang anak dara orang..

Orang yang tak kawin kawin lagi nih.. hmm.. duit punya la banyak.. sampai tak tau nak buat ape.. maklumlah.. hidup sorangg..

Nasihat aku.. kalau korang rasa korang ni banyak duit.. agak mewah.. cuba kurang-kurangkan.. hehee.. bukan senang nak kurangkan duit kan.. ye la.. dah cari penat penat.. nak kena kurangkan pulak..

Macam macam cara boleh ‘kurang’kan.. bersedekah banyak banyak.. atau.. beri aje kat parents and adik beradik korang tolong perabihkan.. perabih pun.. berpada pada lah kan..

Bila duit kurang.. mudah-mudahan Allah berikan jodoh..

Dulu.. aku pun lebih kurang korang jugak.. sebab tu aku kawin lambat.. sebab dulu aku gila nak kumpul harta.. huuu..

Tapi gila aku tu.. setakat berangan rangan aje.. aku takde source of income masa dulu..

Sampai satu part.. aku berentikan semua angan angan aku.. dan Allah bukakan rezeki jodoh untuk aku..

Waktu aku bertemu jodoh tu.. aku langsung tak ada duit.. simpanan?.. zero.. nak itu ini.. semua pun kosong..

Duit bulanan mak aku bagi masa tu.. cukup cukup makan aje.. aku tahan tahankan sampai ke hujung bulan.. same aje la macam sekarang pun.. duit gaji tak pernah nak cukup.. hehehe.. memang nasib aku hidup aku macam ni kot.. ah.. yang penting.. hati bahagia.. kan??..

Aku risau jugak tengok kengkawan aku yang belum bertemu jodoh.. dok sebok kumpul harta.. beli saham beribu ribu.. tunggu pulangan berjuta juta.. aduuhhh..

Ada jugak yang join bisnes.. mungkin nak isi masa lapang.. bisnes pun menjadi.. duit makin lebat.. diri makin hebat.. jodoh pulak takut nak lekat..

Tapi.. aku cakap ni hanya melalui pemerhatian aku aje yeee.. mungkin aku salah.. tapi.. tak salah jugak korang cuba tips aku ni kan.. sambil sambil berusaha mengurat dan diurat.. serta berdoa dan bertawakkal ke hadrat Allah s.w.t.

Hmm.. cukup lah sampai sini.. aku rasa ayat aku karang ni sangat sangat tak best.. terasa macam mangkuk pulak.. mungkin sebab cuaca hari ni yang sejuk.. sambil otak aku dok pikir.. macamana nak redah ujan lagi skali nih.. utk perjalanan balik.. huwaaaaa.. makcik letihhhhh..

Ok.. dah.. :D

Anak Kelawaq~!!

August 26th, 2009

Hhhuuaarrrgggghhhh~~!!!..

Dah 2 hari aku tak cukup tido..

Ini semua gara gara anak kelawaq aku yang susah nak tido tu..

Tak tau laaa.. 2 hari dia susah nak tido.. dia nak main ajee..

Pukul 12 tengah malam masih dok terlompat lompat atas katil.. bila aku buat buat tido.. dia naik atas perut aku.. dok henjut henjut.. ishh.. sabo aje la..

Masa Selasa malam.. aku tak terfikir pun dia akan tidor lewat.. aku layankan jugak.. sampai last last.. aku pun tak sedo bila dia tido..

Yang tak best tu.. aku bangun sahur.. dah siap makan.. dalam kol 5.30.. plapp.. plapp.. dengar dia turun katil.. mai kat aku..

Aiyooo.. sudah bangon kaa..

Dia tak tido.. tunggu aku bersiap.. sampailah aku hantar dia p nursery.. naik motor aje.. dua dua beranak..

Well.. skarang ni dah boleh bawak naik motor dah.. tapi kena makesure dia tak tido la.. kalau dia tido.. tak sampai hati aku nak kejutkan.. so.. kalau tido.. aku anto naik kete la.. bila jaga ni.. naik motor..

Petang pun.. kalau tak ujan.. boleh naik motor.. pastu ronda p tengok rumah baru.. kalau ujan.. tak boleh kata la.. takkan nak redah ujan plak kan..

Hmm.. tapinya.. aku yang tanggung bahana..

Rabu pagi semalam nak mai keja.. bawak motor.. boleh terlelap.. adehh.. lagi sket nak langgar tembok..

Aku la.. ada ke berangan nak berenti motor sebelum bayar tol tu.. nak tido sat.. masa aku berangan tu la.. tetiba motor aku nak terlanggar tembok.. nasib baik tersedar.. lepas tu.. terus tak ngantok.. huu..

Malam tadi.. (( Rabu malam.. )).. jadi lagiiii.. adehhh..

Tapi kali ni aku jadi lagi tak tahan..

Anak dara aku jadi kuat menangis pulak.. tatau la.. sakit perut ke.. ape ke..

Ingat dia gatai belakang.. tapi.. tak pun.. macam macam aku buat..

Sampai aku ingat dia kena ’sawan tangis’ la jugak..

Apa pun.. malam ni nak kena buat air yasin jugak.. bagi dia minum sket.. susah hati betul..

Then.. dia tetap tamau tido.. adehhh.. aku tak larat la..

Memang betul betul menguji kesabaran aku.. aku dah le tak berapa boleh tahan sabar.. heeee.. geram betulll..

Ada part aku marah jugak.. dia nangis lagi kuat.. lepas tu.. bila dah pujuk.. bukan dia nak tido pun.. alahaiii..

Jadi.. banyak la kerja aku tertangguh..

Basuh baju tak bersidai.. baju p keje pun belum gosok..

Last last kena tutup lampu.. dok diam diam dalam bilik.. itu pun dah pukul 12 lebih masa tu..

Pun.. dia dok henjut henjut badan aku.. huwaa.. sabau aje la aku nihhh..

Last last dia lena jugakk..

Kol 4.30.. aku bangun.. sebelum aku makan.. aku gosok baju dulu siap siap..

Ingatkan.. lepas makan.. boleh la aku sidai baju yang aku basuh dari malam nya..

Sekali anak dara aku start terjaga daaa.. aiyeee.. baru pukul 5.20..

Nak tak nak.. aku kena p comfortkan dia..

Since tamau termengantuk lagi masa bawak motor.. aku pun tido sat.. sebab husband aku nasihatkan aku utk tido sat..

Sedo balik.. dah pukul 6.15.. aku bangun senyap senyap..

Baru nak start mandi.. anak aku dah nangis balik.. adeehh laa..

Dia dah terjaga.. aku mandi pun rasa macam tak mandi aje ari nih.. ah.. gasak lee..

Then.. menangis tak berenti renti.. aku pun tatau kenapa..

Dia tu nak aku ada depan mata dia aje.. nak p amik air semahyang pun jenuh dengar dia nangis teriak teriak.. oh la anak.. tolong la fahami ibu nihhh..

Pastu.. dia tahankan mata dia.. sebab dia tengok aku bersiap siap kan.. dia takut aku tinggalkan dia..

Gitu gini.. dah pukul 7.15.. aku pun anto dia ke nursery.. naik motor la.. senang.. tak payah patah balik ke rumah..

Sampai nursery.. aku tanya budak budak tu..

Aku : Dia tido banyak ke siang??

Budak jaga : Ha ah.. tamau bagi dia tido pun kan.. dia nangis nangis nak tido..

Aku : (( dalam hati : sabo je laa.. ))

Budak jaga : Semalam pun.. akak hantar dia.. dari pagi tu dia tido.. sampai pukul 11 pagi..

Aku : (( dalam hati : arrrggghhh… ))

Budak jaga : Bila kita tak bagi dia tidokan.. dia masuk bilik sendiri.. tido sendiri..

Aku : Tu la.. dia tamau tido.. kol 12 malam pun tamau tido.. pagi bangun awal pulak tu.. kita la susah.. nak bangun sahur sume.. adoii laa..

Budak jaga : (( tersengih ajee.. ))

Aku : Tolong la jangan bagi dia tido sangat ehh..

Budak jaga : Ok..

Huuu.. tengok la apa jadi malam ni.. atau aku akan terus terus terpaksa melayan anak dara aku yang tamau tido malam tuhh..

Padan muka aku.. dulu suka sangat guna nick MiSS_BatGiRL.. sekarang dah dapat sorang..

ANAK KELAWAQ~!!..

Huwaaa.. tolong akuuuu~!!

Anak Kelawaq tengah ghalet tengok tv..
Oiii.. masuk tido la.. dah malam..

Bila aku sudah MARAH~!!

August 25th, 2009

Huuu.. seram sejuk je baca title tu kan..

Well.. memang aku berapi-api nih.. macam pendekar tangan berapi pulak jadi nih..

Tapi.. berapi aku nih.. dok dalam hati.. hua hua hua..

Meh.. aku cite satu satu..

Korang pun tau aku dok dalam poligami kann..

Jadi.. aku kira ‘orang penting’ jugak la dalam satu yahoogroup nih.. sebab aku biasa beri pendapat kat kengkawan dalam tu.. tambah plak aku punya kes.. 1 dalam 1000.. bilamana boleh berbaik sesama madu..

Tapi.. biasalah.. tak semua orang boleh terima pendapat semua orang kan.. jadi.. dalam group tu.. ada jugak la yang bagi pendapat pedas.. cakap ikut sedap mulut.. tulis ikut logik akal.. dia lupa semua yang dia buat tu ada malaikat catit yang baik dan yang buruk..

Ada sorang ni.. frankly speaking.. dia tulis ikut sesedap rasa dia.. mungkin niat dia nak brainwash orang orang dalam tu..

Aku rasa dia pandang perempuan perempuan dalam poligami ni sebagai DITINDAS.. dia lupa bahawa Allah yang mengangkat martabat manusia poligami nih.. bukan DIA!! (( si penulis bongkak tu.. ))..

Since dia banyak cakap dalam tu.. aku tak banyak bersuara.. sebab aku malas nak bidas dengan orang yang berfikiran macam tu..

Tapi.. hari ni.. aku rasa.. dia sudah melebih lebih..

Jadi.. aku pun menjawab la mana yang patut..

Meh baca apa yang diperbincangkan..

Banyak topik.. aku pilih certain topik aje eh..

Topik 1 :: Adil & Mampu

Memula topik tu bukak.. orang dok bincang pasal adil.. mampu gitu.. bla bla bla.. bincang la korang.. depa turut sama pertikaikan ‘mampu’ dari segi kewangan yang negara kita, Malaysia.. terlalu tekankan..

Kerajaan lupa bahawa rezeki tu datang dari Allah..

Macam orang kawin.. dapat anak.. anak tu ada rezeki dia sendiri.. Allah yang bagi..

Apa beza pulak poligami.. dapat bini baru.. ada rezeki Allah akan bagi..

Tapi.. kerajaan buat had had tu untuk pastikan para isteri tak kena tindas la.. betul la tu.. banyak la alasan logik akal yang diorang boleh bagi..

Towards the end.. adalah netters yang cakap..

” kalau redha, baguslah.. nanti boleh dapat payung emas.. “..

Itu pun kata kata hikmah normal yang kita dengar bila tau ada orang bermadu kan?.. dan sampai sekarang orang masih pertikaikan.. ‘ betul ke dapat ‘payung emas’? ‘..

Aku jawab senang aje.. tak payah nak kaji hal hal ghaib.. itu semua Allah yang tentukan..

TAPI..

This fella.. Puan X.. mulut memang tak sayang..

Ini balasan dari dia..

” Rasanya pernah di discuss kat somewhere dulu…Rasanya tak sahih hadis tuh…heheheeh. ..tapi kalu kat syurga tu setakat payung mas watpe…sedangkan istana dua tiga buah boleh dapat sebab bertakwa pada Allah, apalah sangat payung emas yek?….heheheh. ..gurau jer.. “

Then.. ada sorang lelaki balas..

” bila agama dibuat gurauan… “

Pastu.. Puan X balas lagi..

” salah ke cakap macam tu? “

Since tak ada orang balas.. aku pun bersuara.. (( ini bila hati aku dah MEMBARA.. ))

Ini jawapan aku..

” salah leee..

tang yang..

“apa lah sangat payung emas yek ?…”..

amboii.. macam tak ada makna aje kalau betul pun dapat payung emas.. awat.. kompom kompom ke boleh dapat istana mahligai???…

payung emas pun belum tentu dapat daaaaa…

pertikaikan lah lagi hal hal ghaib.. macam la kita ni mulia sangat dapat tau segala benda.. mahligai la.. payung emas la.. nak dapat cincin emas pun payah kat sana nanti.. jangan la pandang macam semua yang dalam poligami ni.. ada lagi banyak cara lain nak dapat bahagian kita yang indah kat syurga..

daripada banyak cakap kat sini.. pertikai itu ini.. baik diam jek.. wat memenuhkan inbox je..

dugaan dari Allah tu macam macam bentuk.. ada yang masuk poligami.. yang tak masuk pun.. dugaan jugak tu.. boleh ke nak jaga itu ini.. tengok tengok.. fail jugakk..

jangan nak dok mengata orang lahhh..

cakap mengalahkan alim ulama’.. macam dia aje la yang betul.. hal dalam dunia ni bukan boleh ikut hukum logik akal saja.. dalam hati pun.. bila ada niat songsang.. pun dah boleh dapat dosa..

tapi.. kita ni.. tau ke semua tu??..

wallahu’alam ”

Hahh.. dapat ko..

Frankly speaking.. aku dalam group tu memang aku susun ayat aku elok elok aje.. aku tak pernah cakap kasar.. tapi.. bila ada orang yang tak reti bahasa dan ingat dia aje yang betul.. memang nak aku tunjuk ‘kuasa’ aku la pulak.. ho ho ho.. kalau berdepan ni.. memang pekak telinga dia aku bohhh..

Topik 2 :: Kahwin di luar negara

Ini pun start topik ni sebab ada kawan sorang tu cakap elok elok.. dia boleh tolong kalau sesapa nak kawin luar negara utk poligami ni dengan kos yang sangat rendah..

Lepas dari tu.. banyak la dia kena ‘bang’..

Pastu.. adalah sorang mamat ni backing dia.. cakap macam ni..

” Pade yang anti bermadu korang sume dah salah masuk grp. Silekan kuor dengan hormat nye.

Name pon grp madu. Tak setuju sile bukak grp anti bermadu… senang..tak la menyakitkan ati orng. “

Then.. Puan X balas macam ni..

” kalau dah salah tu kenalah perbetulkan. .dok gitu…esok Tuhan tanya nak jawab ape yek? “

Cissssss…

Oleh sebab hari ni aku nak melaser dia.. aku pun balas..

” persoalannya.. kawin dalam poligami tu.. SALAH ke???..

nak pebetoikan ape?..

yang dok buat maksiat tu.. BETUL ke?..

tu tamau pebetoi ke???..

wallahu’alam.. “

Hahhh.. dapat ko.. buduss betul laaa…

Topik 3 :: Queen Control

Dalam ni.. semua orang cerita pasal isteri pertama yang ‘queen control’ yang menyebabkan suami kawin lain senyap senyap..

Puan X pun bersuara.. ala ala alim ulama’..

” memang tak perlu kebenaran… tapi rasanya masa rasulullah berpoligami takdelah sampai isteri2nya tak tahu…heheheheh. ..in fact mana mana sahabat rasul ke nabi sebelumnya ke…takde lah puloks buat kaedah ni…kahwin dulu citer kemudian…Yang ini taknak ikut sunnah ke?…oppss silap…mana ada sunnah gitu dok…Saya rephrase…tak nak ikut cara nabi ke?

saya berpendapat kalau berlaku poligami, seme pihak ada ’saham’ baik laki, bini tue n bini mude…heheheh. ..ni citer scenario poligami ala ala modern lah yek…tak leh compare dengan poligami ala ala nabi…two different scenario…kalu nabi takde ler die dok bercintan cintun luar rumahtangga dia sebelum dia decide nak kahwin dengan orang tuh…tak ler dia kelek anak dara orang kehulu kehilir sebab nak carik calon isteri…..hehehehe h…rasenya takde lah puloks dengar citer gitu…So conclusion saya, kalu kahwin cara nabi, insyallah tak de yang salah…seme betul 101%…wallahuk alam… ”

Aku tak jawab cakap dia tu dalam topik ni.. aku jawab dalam topik seterusnya..

Topik 4 :: Membelakangkan ibu bapa untuk berpoligami

Tengok topik pun korang tau.. agak panas kann..

Well.. untuk orang yang macam aku.. bukan sengaja aku buat.. aku dah explain kat diorang.. kenapa kenapa..

Kenapa family aku tak setuju.. dan utk kes aku.. husband aku keje pak guard aje.. ikut logik akal.. memang tak ada orang boleh terima pak gad boleh kawin 2.. tapi.. Allah dah aturkan semua nih.. malahan.. kami boleh berbaik lagi sesama madu.. apa masalahnya???..

Then.. ada la jugak geng geng yang tak setuju.. mungkin diorang dapat restu.. jadi.. diorang suruh semua orang pun cari restu.. gitu gini.. begitu begini..

Then.. the same mamat (( aku rasa.. )) tulis macam ni..

” Awk salah grp ni …

Ni group si madu…bukan anti madu.. ”

Dan seterusnya.. Puan X membalas..

” tak rasa comment tu anti madu…anti anak membelakangkan ibu bapa adalah…hhehehe ”

Oleh sebab aku nak jadi saviour of the day.. hehehe.. aku pun tulis gini..

” dia tak anti anak membelakangkan ibu bapa pun..

dia cuma beri peringatan aje..

untuk yang belum buat.. kalau boleh jangan buat..

utk yang dah terbuat ni.. p la mintak maaf kat ibu bapa..

susah sangat ke??..

bab cerita akan datang.. anak anak buat kat kita lah .. apa lah.. saya jamin.. utk orang yang dah terpaksa membelakangkan ibu bapa.. dan sudah pun menyesali.. (( kalau tak menyesal tu.. tatau nak kata la kan.. ))..

jauh disudut hati.. mesti diorang dah bersedia.. kalau anak anak nak belakangkan.. itu kira pembalasan tuhan pada kitorang..

apa masalah nak pertikai utk yang dah jadi tu..

nak bagi nasihat.. bagi elok elok.. jangan main boh ajee..

tau la nak dakwah.. nak nasihat.. tapi.. nasihat jugak cara nabi.. dok cakap sangat cara nabi.. awat?.. nabi dok sebut.. “hang pa tu kapirr.. tak masuk syurga.. masuk la islam.. baru boleh cium bau syurga..”.. lagu tu ka nabi dakwah??..

bottom line.. besederhana dalam segala hal..

jangan melebih lebih.. nanti terkena batang idong sendiriii…

wallahu’alam ”

Ish.. aku rasa.. aku cerita pun dah tunggang terbalik.. aku harap korang paham leee yekk..

Tapi yang ini.. PALING KURANG AJAR~!!!..

Topik 5 :: Kahwin di luar negara

Bila orang pertikaikan nak kawin kat Malaysia susah.. jadi.. ramai yang kawin kat Siam..

Lebih baik kawin dari langgan pelacur.. kan?..

Then.. ini Puan X yang S**L.. jawab macam nih..

” hmmm…nak komen pasal buat dosa berzina n langgan pelacur…Tak silap lah kan…masa zaman nabi dolu2…walaupun dia orang ada poligami…pelacur pun still ada maaaa…. poligami bukanlah penyelesaian kepada nafsu yang tidak boleh dibendung… Poligami adalah satu perkara yang murni untuk orang berjiwa besar dan murni niatnya…poligami is about love….heheheheh. .. ”

Korang mungkin tak terasa apa dengan kata kata dia.. tapi.. dengar jawapan aku…

Ini IKHLAS dari AKU

” saya mungkin salah..

tapi.. zaman nabi dulu.. nabi tengah nak berdakwah.. Islam belum menular lagi.. diorang masih mengamalkan agama agama mereka terdahulu..

bila Islam datang.. dibenarkan poligami..

jangan setarafkan poligami dengan pelacuran..

saya faham puan ______ cakap..

pelacuran - tak perlu cinta..

poligami - orang gunakan alasan cinta utk berpoligami.. walhal.. sama aje macam pelacuran..

(( ini apa yang saya faham dari penulisan puan.. kalau salah.. sori le.. kena tulis bagi orang faham lain la pulak.. ))

kalau kita rosak.. jangan rosakkan orang lain..

selebihnya.. jawab la kat ’sana’ esok nih..

wallahu’alam ”

Hmmmm… dia sudah sampai kemuncak.. dan buat aku betul betul MARAH~!!!

Tunggu aje lah apa jawapan ‘akal’ Puan X..

GGGGRRRRRRRRR~~!!!

Dah Siap~!!

August 23rd, 2009

Last Friday.. masa dah nak dekat dekat balik.. aku terima satu panggilan telefon..

Aku : Hello..

Pemanggil : Hello.. ini.. Fa’izah eh.. (( dengar macam tu.. aku tau dah sape yang telepon aku.. ))

Aku : Yee.. yeee..

Pemanggil : Ni.. nak habaq mai.. GAMBAR DAH SIAP~!!.. boleh mai amik ari ni nahh~!!..

Aku : Eeee.. bestnyeee.. dah siapp..

Pemanggil : Ni.. lagi satu.. aritu ada kata masuk gambar 8R aje kan?.. dengan album satu.. kan?

Aku : Ha ah.. nape?..

Pemanggil : Tak de.. nak habaq ni.. kalau mau la.. kalau tak mau tak apa.. kami ada cuci 16R punya.. siap frame dah.. mau dak?.. kalau tak mau.. kami gantung kat kedai ajee..

Aku : Eee.. best nyee.. mau.. mau..

Pemanggil : Tapi yang ni kena tambah duit sikit la..

Aku : Err.. nak tambah berapa??..

Pemanggil : Kalau ikutkan.. frame saje pun rm50.. cuci harga lain.. cuci dalam 20-30 gitu.. tapi tak pe.. ini kami bagi.. kira bayar harga frame aje.. rm50..

Aku : Ok ok.. nak nak.. kedai tutup pukul berapa??

Pemanggil : Pukul 8 malam..

Aku : Ok.. ok.. nanti kami p amik.. (( sambil tersengih panjang.. ))

Huuuuuuuuuuuuuuuuu.. seronoknya.. penantian aku berakhir..

Cepat cepat aku sms laki aku.. cakap kat dia balik awal sket.. nak ajak amik gambo.. kalau tak mau.. aku p amik dengan sofea ajee.. huu.. but then.. dia suruh aku tunggu dia balik.. baru p amik sama sama.. okey la pun..

Petang.. dia sampai aje.. aku dah amik sofea waktu tu.. terus kami ke Kulim.. Butik Pengantin Cinta Kasih BONDA.. huuu..

Hasz’ (( ini tokey a.k.a mak andam )).. tersenyum.. hulurkan aku album..

Aku tengok satu satu.. ish.. tak boleh jadi nih.. kena tengok kat rumah baru boleh puas..

Pastu.. dia tunjuk kat aku gambar 16R yang dah siap di frame..

Hasz’ : Ada lagi satu kalau mau..

Aku : Aikk??.. ada 2 ke ??..

Hasz’ : Ha ah.. memang kami nak gantung kat kedai satu..

Aku : Meh la nak tengok.. boleh pilih..

Husband aku pun masuk kedai.. (( sebelum tu dia ber hupp happ.. isap rokok kat luar.. ))..

Hasz’ : Kalau tak mau tak pe.. kami memang nak gantung kat kedai.. tapi kalau mau.. kami kena cuci lain la.. sebab memang nak gantung kat kedai ni..

Sambil rujuk kat husband aku.. aku tanya dia..

Aku : Bang.. nak yang mana satu?..

Husband : Hm.. ada 2 eh.. amik 2-2 laa..

Hasz’ : Kalau dua-dua.. jadi rm120 la..

Aku : Aiikk.. apesal pulak..

Hasz’ : Sebab yang first tu memang kami nak bagi.. letak harga frame aje.. rm50.. yang 2nd tu.. tak boleh la letak harga frame aje.. kena sekali harga cuci..

Aku pandang husband aku..

Husband : Tak pe.. amik.. sat lagi abang bayar balik..

Heee.. best nyeeeee..

Aku pun keluarkan rm120.. (( nasib baik aku bawak lebih.. kalau ikut.. mungkin aku bawak 50 aje tadi.. tapi aku tarik 100.. ada 20 dalam purse.. cukup cukup 120.. ))..

So.. dapat lah kami 2 gambar 16R yang sudah siap frame.. hehehe.. best nyeeeee..

Hmm.. sape nak tengok gambar???..

Sat aku tunjuk eh..

Gambar Frame Pertama

Kelihatan pasangan pengantin sedang berehat dikawasan yang penuh kehijauan..

Sori eh.. frame tak gantung lagi.. nak rasmikan kat rumah baru kott.. hehe..

Gambar Frame Kedua

Melihat pemandangan dari jendela antik..

Frame ni dok kat atas tilam bilik bujang kat rumah aku tu.. aku pun amik pagi tadi.. time nak pegi keje.. baru teringat.. time aku amik tu.. anak dara aku dah dok dalam kete.. aku nak anto p nursery.. dalam pukul 6.40am jugak la..

Ikut dan aje aku amik pun..

Meh aku sertakan sket antara gambo pengantin yang boleh di upload.. aku akan letak kat photo section.. kalau beso sangat.. tak boleh upload.. sori ehhh..

Enjoyyy~!!!..

FeeZa & Die
29 Mac 2006

Nak lagi ??

Tengok kat ‘Wedding Pic’ dalam album aku eh.. bye~!!

Skill List Special Episode :: Bye-Bye Sayang~

August 23rd, 2009

Hmm.. actually.. aku kompius nih.. SKILL LIST tu.. kena skillS list keee.. atau.. skill listS ke.. atau skillS listS.. hehe.. korang paham ke ape aku maksudkan ni??.. tu la.. ‘S’ tu.. letaknye kat mana..

Adakah.. ada banyak skill.. maka jadi skills.. tapi.. skill boleh dikira ke?.. boleh tambah ’s’ senang senang ke..

Atau mungkin.. ada banyak list.. jadi.. lists.. tapi.. satu list pun dah tunjuk banyak barang.. hmm.. kompius..

Grammar hancur pulak dah tua tua nih.. gasak lee..

Any cikgu english nak tolong pebetoikan.. tolong la ye.. next time aku mesti ingat.. hehehe..

Btw.. ini special edition.. something happened..

Hmm.. actually.. aku mungkin tak start lagi.. kalau tak anak dara aku.. si Sofea yang tunjuk macam dia ok.. dan dia mau sangat.. hmm..

Well.. oleh sebab dia macam dah ok.. aku rasa.. aku dah boleh start dah pun.. hope nothing to worry lahh.. kena train dari awal pun kan.. senang.. fikir masa depan.. macam dalam cite Geng : Pengembaraan Bermula tuhh..

Hehehe.. mesti susah nak paham apa yang aku cuba ceritakan kan.. mana taknya.. aku pun tulis macam hampeh.. nak puitis kononn..

Well.. lets go straight to the point..

Meh aku ceritakan apa sebenarnya..macam lagu Fauziah Latiff la pulak..

———-

Hari tu.. kami bermain main bersama.. cewah..

Hee.. tak reti buat ayat romentik la pulak ari ni.. sebab perut dah start bunyi kot.. hissshh.. sabau sabau.. first day puasa kat opis.. kena tahann.. macamana nak tahan kalau dok tengok ayaq satu tumbler geng geng cina kat opis ni dok minum depan aku.. arrgghh

So.. ada satu part main tu.. anak dara aku dok tarik tilam dia.. dengan bantal.. dengan moo-moo dia.. dia dok tarik.. masa tu aku nak solat maghrib kot..

Hee.. sabo aje la aku.. aku wat derk aje la.. dok tengok apa dia nak buat..

Dia tarik tilam tu.. letak betoi betoi sebelah sejadah aku.. ehhehe.. pastu.. dia pun baring elok atas tilam tu.. hmm.. gasak le anak oi..

Tiba tiba.. ‘PLINKK~!!’.. aku dapat idea.. ho ho ho..

———-

Sebab tu aku buat entry nih..

Jadinya.. ini sejarah dalam hidup kami.. hidup sofea.. dan hidup aku.. owh.. how saddd..

Tanggal 23hb OGOS 2009.. (( malam Isnin, jam 10.30 mlm ))

Dengan rasminya.. aku nak cakap kat sini.. bahawa..

KAMI (( Sofea & Ibu ))

SUDAHPUN..

BERPISAH..

TEMPAT TIDUR..

Owwhhhhh… huwaaa.. hati ibu merintih pilu sayang..

Hmm.. btw.. mahu tak mahu.. akan datang.. tetap kena pisah tempat tidur jugak kan.. well.. aku rasa.. dah tiba masanya dah pun.. sofea memberikan ruang yang lebih untuk ibu di atas katil.. sebab adik tido ganas sangat la adik oii..

Nak tak nak.. sampai hati tak sampai hati.. aku tetap kena buat jugak satu hari nanti.. walaupun malam tadi aku tidor tidor ayam aje.. sebab dok peratikan anak aku yang tido sendirian.. huuuu..

Well.. nak buat macamana.. anak dara aku tak ada katil sendiri.. jadi.. aku cuma bentang tilam dia tu.. aku letak kat bawah.. bersebelahan dengan katil aku..

Mula mula tilam dia dekat dengan dinding nu.. tapi.. susah sangat aku rasa.. aku still nak dekat dengan anak dara aku.. so.. aku tarik tilam tu dekat dengan aku.. huu..

Dia tak banyak songeh pun.. cuma sekali sekala terjaga.. macam biasa.. mintak susu.. mintak puting yang terjatuh.. yang buat hati aku tambah pilu.. sebab dia sampai terbaring atas lantai aje..

Hmm.. ekceli.. husband aku dah suruh letak toto dulu.. pastu baru letak tilam dia kat atas toto tu.. aku yang malas ni.. cuma cakap.. ” tak pe.. dia tak ganas punyaa.. “..

Tiap kali aku tengok dia dah terjelepuk atas lantai.. aku angkat balik letak elok elok atas tilam.. kesian anak aku..

Dari start pukul 1 aku tido.. entah berapa kali aje aku lelap.. selebihnya.. aku peratikan dia.. sat sat aku turun jugak kat dia.. untuk pastikan dia selesa.. pastu.. aku naik katil aku balik.. aku kena kuat jugak kan.. kalau ikut hati.. aku dah bawak dia sekali naik katil.. huuu

Tapi tak pe.. malam ni.. aku make sure ada toto.. pastu letak tilam dia atas tu.. kurang kurang.. kalau dia ‘mengganas’ atas tilam.. dia tak akan mencecah ke lantai..

Anak dara aku ni jenis tak suka panas.. kalau tidor.. tak suka selimut.. sabo aje la aku nih..

Pernah sekali.. aku saje try.. aku litup badan dia dengan selimut.. pastu.. aku kira berapa saat dia boleh bertahan.. 1.. 2.. 3.. dah sampai 26 saat.. huuu.. dia macam terjaga.. mengamuk ngamuk.. pastu.. tendang tendang selimut.. huu..

Itu la anak dara aku.. sebab tu bila terjelepuk sebelah badan.. even satu tangan dia kat lantai.. dia boleh lena lama.. sejuk kot.. sedap..

Sori ye anak.. malam ni ada toto akan menyambut tubuhmuu.. jangan mengamuk tau..

Jadi.. ini lah ucapan ibu pada anak ibu..

Bye-Bye..

Kalau perlukan ibu.. ibu ada kat atas aje..

Lambat laun memang kita kena berpisah bantal sayang..

Lepas ni.. kita cari peluang untuk berpisah bilik..

Ibu akan buat step-by-step.. mungkin tilam adik jauh dulu.. lepastu.. pisah dinding dulu.. yek yek je aku ni.... dan kemudian.. barulah berpisah bilik..

Oh anak ku..

Perpisahan ini bukan bermakna ibu tidak menyayangi kamu lagi.. malah.. keadaan begini membuatkan ibu bertambah rindu padamu.. dan ingin selalu mendampingi mu, sayang..

Terima kasih atas segala keindahan kenangan sewaktu kita se’katil’.. hehe..

Jangan tido ganas ganas tau.. nanti langgar tiang katil.. huu..

Bye-bye Ibu..

Jom Kepoh~!!

August 18th, 2009

Heheh.. saje la.. sementelah aku menunggu saat utk aku missing in action.. aku rasa.. aku nak tulis pasal something nih.. hmm..

Jom kita kepoh meng’kepoh’..

Bila bab kepoh nih.. biasalah.. aku nak jadi Minah Kepoh lagi skali..

Nak cite pasal apa lagi.. pasal artis laa.. (( someone i used to know suka sebut ‘artat’.. kuang kuang kuang.. don’t ask me what’s that stands for.. sebab aku pun tatau.. ))

Ni kita cite pasal perkahwinan terhangat masa kini..

Tak lain dan tak bukan..

USTAZ AKHIL HAYY & WAHEEDA..

Jeng jeng jenggg.. jeng jeng jenggg.. (( bunyi background seram.. macam nak kena terjah.. ))

Ini komen aku.. macam lah komen aku penting sangat kan..

Sebenarnya.. aku tak mengikuti sangat cerita diorang nih sebelum nih..

Sampai member aku.. shuk tanye pendapat aku pasal diorang nih.. masa awal awal dulu..

Aku cakap.. ini gimik politik je nih..

Cewahh.. pandai aje aku..

Aku tak percaya semua semua nih.. sehinggalahhhh..

Sehingga bini masa tu belum jadi mantan bini lagi.. ustaz akhil bersuara..

Masa kecoh kecoh dia bersuara tu pun.. aku masih tak amik peduli lagi.. sebab.. entah.. aku rasa macam bini dia nak cari glemer aje kot.. kah kah kah.. berdosa aku nih..

Kemudian sampai depa kuar masuk mahkamah.. dan akhirnya bercerai.. aku ada ikuti sikit sikit..

Tapi masih aku tak percaya yang Waheeda ada kene mengena dalam semua nih..

Sehinggalahhh.. jeng jenggg.. sehingga aku tengok Melodi yang Wahid tunjuk gambar dalam henpon dia Waheeda dok pakai baju pengantin.. tapi belum sure lagi masa tu betul ke dia kawin.. ke dia berlakon kawin aje.. hehehe..

Kat situ dah timbul satu perasaan ingin tau aku nih..

Tak silap pun rupanya.. Isnin.. kuar sokabo kata diorang menikah (( Ustaz Akhil & Waheeda.. ))

Maka.. dalam email.. banyak la orang mengutuk ada.. mendoakan kebahagiaan pun ada.. macam macam lagi la..

Hmmm..

Jom.. sapa nak dengar pendapat aku..??..

Ini komen aku.. dari tadi dok sebut sebut nak bagi komen.. tapi tak komen komen pun.. ..

Hm.. ada orang kata.. (( baca dalam sokabo.. )).. Maiza tu tak kesah kalau poligami pun.. mungkin sebab dia tau laki dia macamana.. pastu.. tau pulak ustaz akhil tu mampu.. mampu dari segala segi.. tengok la.. anak pun dah 6.. huu.. habis la ko waheeda.. kekekeke..

Tapi.. yang buat Maiza bising tu.. sebab Ustaz Akhil sampai tak balik rumah.. 4 bulan~!!..

Betul atau idak.. Wallahu’alam..

Tapi.. kalau itu Ustaz pun boleh sampai lupa tanggungjawab.. waduhh.. gi mana mau bicara ini..

Sat, iklan sat..

Tau kenapa kak ana tak boleh nak bawak husband aku ke tengah.. masa sebelum kami kawin tu..?.. sebab.. kak ana kata.. dia nak mengadu kat pejabat kadi pun tak tau nak mengadu apa.. sebab hari hari husband pun balik rumah.. tanggungjawab pun tak tinggal.. tak ada kurang dalam makan pakai.. sebab tu dia tak boleh nak mengadu apa apa.. sehinggalah dia dapat aku sebagai madunya.. ho ho ho..

Ok.. iklan dah habis..

Tapi ini Ustaz?.. belum kawin 2.. pun sudah tak balik rumah.. aiyohh.. apa mau jadi daaa.. berat tu ustaz.. berat tuu..

Itu bab ustaz..

Bab Waheeda pun aku meluat jugak..

Memula dok nafikan tu.. aku ingat.. betoi la kot.. sebab mati mati dia nafikan..

Siap sampai satu part.. dia cakap.. macam warning kat Maiza.. ” Jangan sampai saya hilang sabar…”..

Fuhh.. dia yang cakap tu.. jangan memain..

Masa dia cakap tu.. aku terpikir jugak.. kalau dia ilang sabar.. apa yang dia nak buat?.. oo.. mungkin nak saman Maiza sebab fitnah dia dengan ustaz kottt..

Tapi.. bila diorang kawin..

Cissss.. aku jadi meluat pulak bila teringat kata kata Waheeda tu.. aritu yek yek je nafikan.. rupanya.. betoi pun..

Itu yang aku menyampah sebenarnya..

Kalau benda tu betul.. jangan keras keras nafikan..

Kes dia ni sama macam kes Pak Lah nak kawin dengan Jeanne dulu.. heee.. menyampah aku..

Nafi sungguh sungguh.. tengok tengok.. kawin jugak..

Cakap tadak serupa bikin..

Hee.. geram aku..

Hmm.. tapi.. depa dah kawin.. gasak ko lah..

Cuma.. kenapa bila Maiza dah tak kesah pasal poligami.. Ustaz tetap tamau poligami?.. dah dapat kebenaran tuuu..

Udah le anak anak depa ramai.. kesian budak budak.. takkan ustaz tak kesian kat anak anak kott..

Then.. bila kami (( geng geng tingkap )) berbincang.. hmm.. kesimpulan satu je.. mungkin Waheeda tak mau berkongsi…

Apa lagi alasan konkrit yang boleh diguna pakai kan?..

Biasanya bini nombor 1 yang tak mau poligami.. maka memilih cerai..

Tapi.. ada jugak sekali sekala yang bini mendatang ni yang nak tunjuk hebat.. nak kat dia sorang aje..

Apa salahnya berkongsi.. kalau yang 1st tu dah merelakan..

Hee.. tak tau la.. hati orang ni semua lain lain.. tak semua yang kita boleh terima tu.. orang lain boleh terima.. macam tu jugak sebaliknya..

Cuma ada satu yang aku tak berapa berkenan..

Kenapa anak-anak.. 2 orang Ustaz amik.. lagi 4 orang.. bekas bini dia amik?..

Memang budak budak tu yang pilih ke.. atau.. mak pak diorang yang pilih?..

Kalau budak budak yang pilih.. hm.. depa dah bijak.. pandai buat pilihan sendiri..

Tapi kalau mak pak yang pilih.. hmm.. tatau lah..

Kalau aku.. aku tak sampai hati nak pisahkan adik beradik tu..

Samada aku amik semua.. atau kau amik semua.. kalau aku.. mesti lah AKU yang amik SEMUA..

Pastu aku tak berkenan jugak satu benda..

Lepas dari tu.. Maiza tu orang dok kata ada anak 4 orang aje.. hee.. kalau aku jadi Maiza tu.. aku marah sungguh la.. sebab aku yang kononnya Maiza dah penat penat mengandongkan 6 orang anak.. dah letih letih melahirkan 6 orang anak.. orang dok kata aku yang kononnya Maizaada 4 orang aje anak..

Mana boleh wooo.. mak letih woo..

Hm.. ok la.. dah la.. banyak dah aku menulis utk hari ni.. sampai aku rasa pening.. nak muntah ni.. dok lawan tekak nih.. arrgghh.. jangan la terlepas.. tolong lahhh.. ohh..

Ok.. aku stop dulu.. badan rasa tak sedap..
:(

My Education Life :: Kawan-kawan STM(1), Kluang

August 18th, 2009

Haa.. kan aku dah start.. hehehe..

Kali ni masih dalam My Education Life.. tapi.. special edition.. aku nak cuba senaraikan semua nama kengkawan aku.. beserta sikit kenangan aku dengan diorang yang aku ingat..

Well.. dari darjah 1K sampai 6K.. kitorang.. kawan kawan sekelas aku.. semua orang yang sama.. kira.. membesar bersama la kononnyaa.. macam-macam perangai.. macam macam ragam..

Sebelum tu.. aku patut ingatkan korang yang apa yang aku tulis ni.. semua pendapat aku secara peribadi saje tau.. mungkin pendapat aku salah.. mungkin jugak betul.. kalau betul tu.. korang mesti suka.. kalau salah.. aku mintak maaf.. tapi ini pandangan peribadi dari 2 bijik mata dan 1 hati aku ni je.. nak kena tulis yang baik baik aje ke.. baru orang tak marah eh?? ..

Seingat aku.. dari pandangan mata aku.. aku nampak kengkawan aku dalam kelas aku tu.. terbahagi kepada 3 bahagian.. atau.. 3 kumpulan..

(1) Golongan Elit
(2) Golongan Sederhana
(3) Golongan Lemah

Jom kita tengok sape dalam kategori yang mana eh.. pandai pandai aje aku nak meng’kelas’kan kawan kawan aku kan.. tapi.. ini personal punya view aje.. sapa makan cili.. .. ish.. tak la.. jangan risau.. aku tak pernah judge orang.. orang aje yang suka judge aku..

Golongan Elit

Bila aku cakap golongan elit ni.. aku maksudkan.. kawan kawan aku yang agak mewah hidup diorang even di bangku sekolah lagi..

Senang kata.. kengkawan aku dalam golongan ni.. kira.. anak orang kaya la kann..

Termasuk jugak dalam ni.. kengkawan yang glemer..

Whoo.. kawan kawan aku gelemer woo.. terer sukan.. satu skolah kenal.. bukan takat skolah aku je kenal.. sekolah lain kenal.. sekolah sekolah lain pun kenal.. even budak budak sekolah menengah pun tergila-gilakan diorang nih..

Wahh.. untung betul badan bila masuk dalam group nih..

Oh.. termasuk jugak kawan kawan aku yang glemer sebab cantik.. hehee.. pun aku letak dalam group elit nih.. sebab.. orang cantik ni.. orang yang elit elit aje boleh rapat.. hmm.. best betull..

Frankly speaking.. bila cakap pasal golongan elit..

Nama kawan perempuan pertama yang timbul dalam kepala hotak aku adalah.. jeng jeng jeng..

HANNI FARIZZA BT REJAB..

Tengok.. aku ingat nama kawan kawan aku.. nama penuh plak tu..

Hanni memang sangat cantik.. dan sangat pandai bersukan.. dia pun anak orang berada jugak.. sebab dia pergi sekolah balik sekolah abah dia amik.. best betul.. pastu duit belanja dia pun hari hari.. banyak gile.. banyak la dari aku yang hanya dapat 50sen.. dari pagi sampai ke petang.. dari sekolah agama sampai habis sekolah kebangsaan.. huuu..

Seronok kawan dengan Hanni.. dia suka bagitau macam macam permainan masa dulu dulu.. dia ramai kawan.. jadi.. banyak la dia tau..

Tapi.. yang tak best tu.. aku suke la balik sambil cite mainan mainan / ejekan ejekan yang Hanni ajar aku.. kat mak aku.. alah.. bukan apa.. dulu dulu main ape eh.. ada “taik bulat-bulat.. boleh buat ubat.. masuk dalam botol.. cap orang kuat.. “..

Itu.. Hanni yang ajar aku.. aku pun nyanyi nyanyi la kat rumah..

Bila dengar aku nyanyi merepek tu.. mak aku tanye la.. mana aku dapat.. aku cakap la Hanni yang bagitau aku..

Semua tu berlarutan.. macam macam lagi Hanni ajar.. lawak jugak la.. tapi.. kecik kecik tak tau apa maa..

Sehinggalah.. satu hari.. masa tu.. hari raya.. dah darjah 6 aku rasa.. kengkawan semua datang rumah.. mak pun salam salam dengan semua orang masa diorang nak balik.. mak tanya la nama sorang sorang..

Bila sampai part Hanni.. Hanni pun cakap la nama dia ‘Hanni’.. sekali.. tau dak apa mak aku cakap?..

“Ooo.. Hanni yang kuat mencarut tu ehh???..”..

Aduuhhhh.. Hanni terus berubah muka dia.. malu dia..

Udah le mak aku cakap kuat.. kengkawan lain pun ada.. masam terus muka Hanni.. nasib baik masa tu Fayzi tak de.. hee.. aku rasa Hanni macam masih marah kat aku sampai hari ni.. Sorry ye Hanni.. mak aku silap paham.. kita main main aje.. mak aku saje gurau gurau aje.. jangan la marah kat aku..

Ok.. kalau geng lelaki pulak.. untuk golongan elit nih..

Tak lain dan tidak bukan..

FAYZI BIN OMAR..

Huuu.. tahniah fayzi.. ko dapat tempat pertama.. keh keh keh..

Fayzi ni anak orang kaya.. bapak dia dato’.. dia masuk sekolah kitorang.. masuk kelas kami.. masa darjah 4 kot.. boleh tahan la hensem la masa tu.. semua orang nak kat dia.. koh koh koh.. kira.. jejaka terhangat la masa tu.. budak baru la katakann..

Fayzi ni ada adik.. nama adik dia.. Fariza.. huu.. sama macam nama aku tuu..

Hmm.. then.. jejaka terhangat ni.. sapa lagi yang dapat.. kalau bukan Hanni.. hehee..

Teringat aku masa darjah berapa tah.. Hanni cakap kat aku.. dia ada 36 boifren pada waktu tu..

Wahh.. hebat betul.. aku nak dapat sorang pun.. rasa macam hampeh.. kekekeke.. dia memang cantik.. rambut ikal.. dia tak buat rambut panjang.. sebab dia budak sukan.. hmm.. best betul..

Lain.. geng geng elit..

Chan Mei Yen.. dia sport girl kitorang.. rumah Ismail.. dia la yang banyak bagi naik rumah kitorang..

Zaharinas.. dia masuk sekali dengan fayzi.. pun anak orang kaya..

Koh Cha San.. Jee Siew Ting.. ini kengkawan aku anak anak orang kaya.. bapak diorang buat bisnes..

Kalsom.. pun budak sport.. sangat sempoi dan best kawan dengan dia..

Hm.. itu je kot golongan elit.. kalau ada yang tertinggal.. maafkan aku yek..

P ke golongan ke dua plak..

Golongan Sederhana

Hoo.. aku dok dalam group ni je..

Orang lain..

Mai Adlimah Adanan.. (( best fren aku.. ))

Mai memang best.. kitorang memang sekepala.. melekat aje berdua.. hmm.. tapi sekarang mai dah masuk golongan elit (( pada pandangan aku.. )).. sebab.. dia pun dah mewah sekarang ni.. seronok betoi..

Yang lelain..

Pompuan..

Hayati.. Nor Roslina Rosli (( dia join kami masa darjah 5.. )).. lagi??.. lagi..??

Weh.. apesal aku tak ingat sangat geng geng pompan ni aa??..

Lelaki..

Faiz, Azri, Yazrin, Zainudin, Shahrizan (( aku ingat che’an sebab aku pernah gadoh dengan dia.. tengking menengking.. tapi last last.. hm.. sape yang nangis eh che’an?.. aku lupa la.. hehehe.. jangan mara aa.. ko jangan la nangis.. nanti ko bagitau mak ko.. aku takut oo.. )).. jahat betul aku nih….

Lawrence, Prem Kumar..

Aiyoo.. lupa pulak lagi..

Untuk kategori ke tiga pulak..

Golongan Lemah

Lemah ni.. aku cakap dari segi pelajaran diorang sket eh..

Termasuk jugak geng geng nakal..

Yang nakal.. sapa lagi kalau bukan..

Callen Charles..

Yang lain..

Gobinathan, Ganesh, Faizal Ismail, Rajendran..

Yang pompan..

Ng Pei Yen, Siti Hafizah (( dia ni anak orang susah.. aku kesian kat dia.. baju dia semua lusuh lusuh aje.. ))..

Hish.. ramai rupanya yang aku tak ingat..

Tapi.. korang jangan la terasa hati eh.. diorang ni lemah masa sekolah rendah aje.. tak bermakna lemah dalam kehidupan.. aku rasa.. aku boleh jamin yang sekarang ni.. ada antara diorang ni yang lebih berjaya dari aku.. aku yakin sangat..

Kelas aku ada ramai.. 36 orang kot.. tapi.. kenapa aku tak boleh ingat daa..

Kalau ada gambar kelas.. mungkin boleh kot recall sket sket.. hish.. aku rasa otak aku beku la skarang ni.. disebabkan oleh aircond yang terlalu kuat nih.. aiyohhh..

Ok la.. dah la.. kalau lengkali aku ingat nama kengkawan aku.. aku update lagi dalam ni eh.. kalau korang boleh tolong ingatkan aku.. bagus jugak..

Dari kelas lain.. tak ramai jugak yang aku kenal..

Aku kan tak glemer.. orang glemer aje yang kenal ramai orang.. hu hu..

Antara yang aku ingat..

Masniza Mahat - kelas S (( dia ni anak cikgu sekolah kitorang tu jugak.. )).. Faridah Hanim - kelas M (( aku ingat nama dia sebab sama ngan kakak aku.. heheheh.. )).. Norlenda - kelas T.. (( ingat sebab lepas tu aku jumpa dia lagi masa sekolah menengah.. hahah.. ))..

Yang lelain.. sorry eh.. tak boleh recall..

Samada aku tak gelemer.. atau.. korang pun sama tak glemer.. hahahahah..

Hm… cukup lah.. kalau ingat lain.. tambah lagi kat bawah.. kalau tak tambah tambah tu.. tanda tak ingat.. kuang kuang kuanggg..

Thanks frens, sebab jadi kawan kawan aku.. yang hadir dalam hidup aku.. dan aku akan ingat korang.. selamanyaa..

———-

Update on 21/08/09

Masa dalam perjalanan balik dari kerja.. baru aku teringat banyak lagi nama aku tak letak.. sori wehh..

Utk kategori pertama..

Golongan Elit

Ahmad Johan.. (( aku baru teringat kat dia.. dia ni anak orang kaya la kot.. sebab ada gaya.. hehehe.. ))

Bagi kategori ke-2..

Golongan sederhana

Geng-geng lelaki :

Belum ada yang boleh direcall.. ho ho ho..

Geng-geng perempuan :

Devagi a/p Kanakaraju (( ingat nama penuh tu.. well.. devagi dok kat kampung mic.. dedekat dengan rumah aku.. tapi kalau dari kluang.. jumpa area rumah dia dulu.. rumah aku masih yang terrrrpaling jauhh..))

Kavita Nair.. (( indian girl yang cerah.. dan suka bergelak ketawa.. ada style tau bile dia ketawa.. heheh.. suka tengok.. ))

Usha.. (( tak ingat nama penuh Usha la.. ))

Lagi.. lagi??.. tak ingat laaa..

Oh yee.. sebelum aku terlupa..

Aritu.. kengkawan ada cite pasal Lawrence Matthew.. hmm.. to those yang kenal dia.. dan masih ingat kat dia.. diorang kata.. dia dah meninggal dunia.. sebab eksiden.. how sad..

Any other names yang aku lupa.. korang tolong lah peringat yeee..

Thanks in advance..

R.I.P Lawrence..

To be continue…

Kenapa EX5 ???

August 18th, 2009

Whoaaa.. sebenarnya ada banyak aku nak tulis.. maksud aku.. ada banyak topik aku nak sembang.. pasal kawan kawan.. pasal anak anak.. pasal orang orang.. pasal itu.. pasal ini.. hu hu hu.. tapi.. terrrrlalu banyak sampai aku tak tau nak story yang mana dulu..

Ah.. gasak laa..

Kali ni aku saje nak list kenapa aku pilih EX5.. motor aku sekarang.. yang mulanya.. aku memang tak berkenan betul dengan motor ni.. aku panggil dia.. ‘motor kotak’.. sebab rupa dia yang macam kotak kotak.. tak aerodinamik langsunggg.. huuu..

Tapi.. betul lah.. orang kata.. tak kenal maka tak cinta.. dah kenal.. uhhh.. aku cinta padamu.. betapa ku cinta.. padamuuu.. woo woo wooo..

Jom.. kita tengok sebab musabab yang aku boleh selalu ingat untuk menyedapkan hati aku.. (( sebagai menolak kata kata hati yang memandang EX5 ku dari segi luaran sahaja.. owhh.. ))

Antara ‘excuse’ yang aku boleh guna, ialah;

Nak beli motor 2 bijik

Hmm.. ini ramai yang tau kot alasan ni.. sebab waktu nak beli motor aritu.. mula mula memang hati aku kat LC.. tapi.. bila fikir fikir balik husband aku pun perlukan motor lain.. sebab motor NSR dia tu.. kuat makan minyak.. sehari dekat 10 ringgit woo..

Oleh itu.. aku pun mengalah.. dan amik EX5 aje.. hmm.. baik nye aku nihhh..

Husband aku amik Yamaha Lagenda.. limited edition.. best punya.. kira ok la.. dia lebih dari aku.. aku EX5 100cc aje.. dia Lagenda 110cc.. lebih sket.. husband mesti lebih dari bini maa..

Itupun husband aku yang baik hati tu jadi berbolak balik.. gundah gulana.. dia rasa macam aku ni tak patut pakai EX5.. lepas beberapa hari motor aku keluar.. dia suruh aku tukar Lagenda jugak.. aku kata kat dia.. nak jual EX5 ni dah jadi 2nd hand pulak.. aiyohhh..

Baik betul la husband aku nih..

Ok.. alasan lain..

Tahan lasak

Huuu.. lepas aku amik EX5.. aku bagitau akak aku, anim.. sebab masa aku bolak balik nak amik LC 2nd hand tu.. aku mintak pendapat dia.. dia kata.. dari beli yang 2nd hand harga nak dekat harga motor baru.. baik aku amik motor baru terus..

Dan.. atas kata kata dia yang begitulah.. aku amik motor baru terusss.. hehehe.. cuma tak mampu nak amik LC lahh..

Lepas aku amik.. dia tanya aku amik motor apa.. aku cakap la EX5..

Then.. akak aku bukak satu story..

Aku tatau la kalau dia saja saja rekacipta story ni utk sedapkan hati aku aje ke.. atau.. memang betul betul terjadi..

Akak aku kata..

Dia penah tengok satu dokumentari.. pasal motor..

Omputih dok tengok motor yang paling tahan lasak..

Out of semua.. harley davidson lah.. motor ape tah lagi akak aku sebut..

Dia kata.. ” Motor EX5 lah yang paling lasak.. “..

Hmm.. terdiam jugak aku.. betoi ke..

Akak aku sambung lagi.. ” Dalam dokumentari tu.. diorang amik motor EX5.. diorang campak dari tingkat 18 sebuah bangunan.. campak dari atas ke bawah… ”

Hoh.. tekun aku dengar cerita dia..

” Well.. semua pecah.. apa apa yang cover cover dia sume pecah.. tapi.. bila diorang try start balik enjen EX5.. hidup kooo.. boleh hidup balikk.. ”

Perrrrggggghhhhh~~~!!!!!..

Tak sesia aku amik EX5..

Walaupun aku tak akan sekali kali cuba untuk campak motor aku dari tingkat berapa pun.. even dari tingkat 1 ke ground floor pun aku tak mau buat.. tapi.. cerita tu cukup membuatkan aku bangga mempunyai EX5 pada hari ini..

Yeahh.. lasaklah motorku.. selasak aku.. yeahhh.. WE ROCK~!!!..

Lain pulak..

Penjimatan mengagumkan

Cewahhhh.. macam iklan kat tv pulak..

Tapi betoii.. aku cukup cukup terkejut dengan penjimatan perjalanan aku ke tempat kerja sekarang..

Kalau dulu naik LC kakak aku.. sehari perjalanan.. RM 4 la kira.. aku amik kat satu stesen minyak.. then.. esoknya.. aku amik lagi kat tempat sama.. so.. sehari kira rm4.. hmm..

Bila aku pakai EX5.. huuuuu..

Kalau aku amik minyak kat stesen tu.. rm4.. esoknya.. aku tak payah amik minyak.. sebab minyak banyak lagi.. lusa baru aku isik baru.. hehehehe..

Senang kata.. perjalanan sehari dari rumah ke tempat kerja.. dengan menggunakan EX5.. hanyalah.. rm2.. wahhh.. banyak jugak penjimatan kan.. boleh la aku meronggeng dengan duit lebih.. huu.. duit lebih buat bayar bulan bulan la.. kan.. nak buat cemana.. pusing pusing tang tu jugakk..

Tapi.. hmm.. memang best gile ah pakai EX5.. bab minyak.. tak risau apa pun.. aku pun bayar pakai kad kredit.. keh keh keh.. naik EX5.. tapi isi minyak pakai kad kredit.. jangan memain.. biar nampak papa.. tapi ada gayaa.. hahahah..

Ok.. last.. aku malas dah nak membebel banyak banyak.. ada banyak lagi topik lain nak bukak lepas ni.. itu pun kalau rajin..

Ukur baju dibadan sendiri

Hmm.. tengok point pun korang mesti dapat agak apa yang aku nak cakap kan.. tapi.. hehe.. aku rasa ‘agak’kan dan tekaan korang.. salah.. hua hua hua..

Aku bukan cakap pasal kewangan.. aku rasa itu yang korang pikirkan, betoi tak ?

Aku cakap tentang… ketereran dan keperasanan aku..

Frankly speaking.. aku tak perlukan motor yang laju.. macam LC kakak aku tu.. sebab motor tu bukannya laju sangat .. hahaha..

Sebab.. aku akui dan sebenarnya terpaksa mengaku yang aku tak reti nak bawak laju sangat..

Bukan apa.. aku kalau bawak laju.. aku suka pikir bukan bukan sket.. keh keh keh..

Sat aku terbayang kucing melintas la.. pastu terbayang ada lobang aku tak sempat elak la..

Basically.. bila aku bawak 140 atau 150.. itu pada waktu yang aku betul betul yakin.. tak ada apa akan berlaku.. kalau hati tak berapa yakin.. hmm.. 130 cukuplahh..

Cuma.. bila tengok EX5.. maximum pun boleh lari 120.. itu pun hubby aku kata.. paling laju boleh sampai 100 aje.. sedikit kecewa jugak.. tapi.. bila fikir balik kekuatan aku.. hmm.. kira ok la tu..

Aku punya kekuatan bukan terletak pada kelajuan.. tapi terletak pada huruf ‘TA’.. hehehe.. saje buat lawak.. itu sedutan filem Nujum Pak Belalang..

Kekuatan aku terletak pada.. jeng jeng jeng.. start dah nak angkat bakul dan perasan ..

Kekuatan aku.. adalah.. terletak pada.. jeng jenggg.. kebolehan aku MENCILOK..

Hua hua huaaa..

Yep.. sebab tu aku boleh pakai kancil.. dan masih bertahan pakai kancil..

Even mercedez pun boleh kalah dengan aku.. kalau aku dah start mencilok..

Dipendekkan cerita.. aku perlukan motor bukan pada kelajuan.. tapi.. semua bergantung pada skill aku.. tak bergantung pada motor pun.. motor apa pun boleh.. C70 pun aku boleh pakai.. tapi bila korang tengok aku mencilok.. heh.. jangan mara aa..

So.. EX5 masih pilihan terbaik untuk aku.. tak perlu LC pun.. tapi kalau dapat LC.. lagi best.. uhukk.. uhukk..

Ok.. dah aa.. aku dah sakit kepala nih.. aircond kat atas kepala aku ni.. menyejukkan seluruh anggota badan..

Hua hua hua..

STOP!.. nak p tengok motor EX5 Dream kesayangan ku.. PJG 5342.. muaahhh..

Ayat-ayat Cinta

August 16th, 2009

Kuang kuang kuangggg..

Aku percaya.. korang mesti ternanti nanti kan aku bagi komen pasal cite ni kan??.. hehhehe.. sebab kan cerita ni ada kaitan dengan poligami.. dan aku pulak tu orang yang berada dalam poligami ni.. yang korang kenal.. dan korang rasa korang boleh memahami poligami melalui aku.. kan?.. kan??.. yek yek je aku nih..

Aku dengar jugak orang cerita pasal cerita nih.. cerita best la.. apa la..

Jadi.. dipendekkan cerita.. aku pun carilah DVD cetak rompak cerita nih..

Nasib aku tak baik agaknya.. DVD aku tu suara tak jelas.. gambar pun banyak blurr.. hmm.. jadi.. aku tengok sket.. tak dapat tengok habis.. tak paham cerita..

Sabtu baru ni.. masa aku dok depan tv.. masa tengok Majalah 3.. kat atas tu dia tulis.. Selepas Ini : Ayat-ayat Cinta..

Dalam hati aku.. hmm.. cerekarama sape pulak dok buat tajuk macam tajuk lagu..

Langsung tak terpikir depa nak tayangkan cerita ni kat tv..

Sampai cite tu start.. baru aku tau depa memang nak tayangkan movie Ayat-ayat Cinta nih.. hooo.. punya la seronok rasa.. dapat tengok dengan tak ada gangguan sakit mata atau sakit telinga..

Hmm.. start start cerita.. hmm…

Hisshh.. awat sama aje macam dalam DVD aku nih..

Korang tau tang mana yang sama??.. tang orang cakap indon..

Frankly speaking.. aku cukup meluat orang buat cerita yang macam tak realistik..

Mati mati aku ingatkan DVD aku rosak.. aku ingatkan diorang buat dubbing or something.. sebab nak bagi penonton paham.. jadi.. aku tak minat la bila dah buat dubbing.. macam tak real..

Rupanya.. memang macam tu eh cite dia..

Please lahh.. be realistic la nak buat cerita pun..

Ada ke.. tau tau.. orang Jerman boleh cakap Indon.. kat dalam mahkamah.. semua orang cakap Indon.. helllooo.. kata dok kat Mesir.. awat dok cakap Indon kat Mesir???..

So.. aku pun tak menghabiskan tontonan aku pada cerita tu.. sebab diorang buat aku meluat nak tengok..

Pada aku.. apa pun pengarah nak cuba sampaikan melalui movie.. tolong la bagi sesuatu yang realisitik..

Frankly speaking.. aku tak minat cerita tu.. bukan pasal cerita tu tak best ke apa.. tapi pasal penggunaan bahasa yang ntah apa apa..

Yang terkesan kat hati aku.. cerita SLUM DOG MILLIONAIRE.. pergghh.. itu betul betul punya realistik.. tak plastik langsung..

So.. secara jujur aku katakan.. memang layak lah SLUM DOG menang award..

Sorry ye AYAT AYAT CINTA.. kok bahasanya perlu ditukar dulu dongggg.. cerita nya ya mungkin nya best.. tapi penyampaiannya ngak menarik kok.. jadinya.. aku pun angkat kaki…

JANGAN MARAH YEAA…