S.Y.N.D.R.O.M.E
OH MY GOD~!!!
Apa nak jadi dengan aku ni??..
Aku ada cite lain nak kongsi.. tapi.. benda ni memaksa aku menangguhkan benda lain dulu.. sebab ini tersangat-sangat penting.. argghhh.. aku harap kengkawan aku ada dekat aku sekarang ni.. dan tolong aku.. bantu aku.. hadapi saat saat begini..
Ini dugaan lain untuk aku.. dan aku harap aku mampu hadapinya.. dan yang paling penting.. aku harap.. aku tak menyusahkan dan sampai menganiaya manusia lain sepanjang tempoh ini..
Oh Tuhan.. berilah aku kekuatan dan kesabaran.. serta mampu mengharungi semua ini..
———-
Nak bagi senang cerita.. aku cakap straight kat sini.. bahawa..
SOFEA NAK DAPAT ADIK~!!!..
Huuuu.. tapi.. ehem ehem.. bukan dari aku yee.. dari KAK ANA..
ALHAMDULILLAH..
Kak ana mengandung nak masuk 2 bulan dah..
Syukur..
Makna kata.. keluarga kami akan tambah membesar.. dan semakin bertambah serinya..
Aku bahagia dan gembira dengan berita ni..
Dan aku sedang berusaha menyediakan minda untuk “membalas” segala jasa yang kak ana dah taburkan pada aku..
Frankly speaking.. kak ana memang sangat-sangat baik orangnya..
Korang takkan mampu buat macam apa yang dia pernah buat pada aku.. dan aku sendiri rasa aku pun tak mampu nak buat macam tu.. tapi.. aku kena berusaha untuk buat apa yang termampu aku buat..
Macamana aku nak gambarkan kebaikan kak ana pada aku.. korang mesti takkan pernah terbayangkan akan jumpa manusia macam tu..
Kak ana layan aku macam adik dia sendiri.. macam ahli keluarga dia sendiri.. dia boleh fahami aku bila bila aku rasa terpencil.. aku rasa rendah diri.. rasa macam dok sensorang.. dan dia akan pimpin aku balik untuk bersama sama dengan dia.. dan dia tak pernah buat aku rasa terbuang..
Cuma terkadang.. aku aje yang suka cari pasal dan ‘membuang’ diri aku sendiri.. koh koh koh.. aku memang mangkuk..
Macam yang aku pernah cakap dulu.. kak ana pernah jaga aku dalam pantang.. 40 hari 40 malam aku duduk rumah dia.. dan dia jaga aku dari aku dalam keadaan tidak berdaya sebab lemah selepas melahirkan.. sampai aku boleh jaga anak aku dan diri aku sendiri..
Dia sangat ikhlas.. dan sangat simpati pada orang yang macam aku..
Sampai satu part.. masa dalam pantang.. awal awal tu.. aku takut nak buang air besar.. sebab aku takut jahitan tertetas..
Lebih seminggu aku tak buang air.. kak ana yang risau..
Dia usahakan beli limau.. usahakan bagi makan sayur.. tambah serat supaya aku mudah membuang.. tapi tak boleh jugak.. aku tahankan sebab aku takut..
Akhirnya.. takut aku tambah sakit.. kak ana cadangkan masukkan ubat dalam punggung supaya bagi mudah berak..
Mulanya.. nak mintak abang yang masukkan.. tapi.. husband kami tu macam takut takut.. ye la.. nak tengok bahagian berjahit.. dia jadi tak konfiden.. (( chaittt.. buat anak pandai.. sabo je la aku.. ))
Last-last.. kak ana aje la yang aku yakin boleh buat dengan baik..
Maka.. kami pun masuk bilik.. dan aku baring.. kak ana tolong masukkan ubat..
Kak ana tengok jahitan aku.. dia jadi tambah kesian dengan aku..
Kak ana kata.. jahitan aku panjang.. sampai hampir ke lubang dubur.. tapi.. kak ana kata.. orang tu jahit elok.. so.. rasa lega sikit..
Lepas kak ana masukkan ubat kat punggung aku.. barula perut aku rasa sakit dan keluar segala isi perut..
Masa tu.. isi perut semua dah keras.. punya payah nak keluar.. aku rasa macam memang benang nak tertetas pun.. tapi.. nasib baik selamat..
Tapi kak ana punya la jadi sangat sangat kesian dengan aku.. dan membuatkan dia lebih ingin menjaga aku dengan lebih baik lagi..
Pernah ke terfikir akan jumpa orang sebaik ini.. yang mampu berbaik baik dengan madunya sendiri?.. pernah ke??.. dan kak ana bukan setakat ‘buat-buat baik’.. dia memang ikhlas.. susah aku nak gambarkan..
———-
Tapi itu cerita dulu.. bahagian kak ana.. dia dah lalui dengan baik.. bahagian aku??..
Aduh.. itu yang aku tengah gementar ni.. aku rasa macam aku ni tak le sebaik dia.. aku rasa aku tak mampu nak jaga dia macam dia jaga aku pulak nanti.. aduhh.. malunya..
Sekarang ni.. Allah beri aku kesempatan untuk aku balas segala jasa dia.. tapi.. aku macam takut nak hadapi semua ni.. sebab aku rasa aku sangat sangat tak layak dan memang tak mampu nak balas semuanya..
Dan tambah memeritkan.. aku rasa macam the whole world is watching for me right now.. macam semua tunggu apa akan jadi seterusnya.. macam seluruh alam sedang judge aku.. menghakimi aku.. aduhh.. aku yang tetiba stress..
Semalam bila kak ana confirmkan kat aku yang dia mengandung.. aku seronok.. dan aku cakap kat anak anak.. “Sekarang ni.. turn ibu pulak jaga mama..”.. kak ana tersenyum aje.. aku pulak?.. makin gentar.. uhh..
Dan saat ini.. aku sedang cuba mengumpul kekuatan untuk aku mampu jadi sesempurna dia waktu dia menjaga aku.. dan aku sebenarnya mengharapkan kata kata semangat dari kengkawan aku untuk aku menjadi kuat..
———-
TAPI…
Ada satu masalah yang berlaku sebenarnya..
Mungkin sebab ini lah yang membuatkan aku bertambah stress.. dan aku rasa aku susah nak jadi macam kak ana..
Masalahnya… aku ni dah terkena syndrome..
SYNDROME ‘DAPAT ADIK BARU’
Untuk orang yang anak ramai.. mungkin korang faham apa yang aku maksudkan dengan sindrom ‘dapat adik baru’ nih..
Biasanya.. waktu sang ibu mengandung.. pasti ada sorang anak.. (( biasanya anak terakhir di waktu itu )).. akan jadi sindrom nih.. sindrom dapat adik baru nih..
Nanti.. anak tu.. akan jadi lebih manja.. atau lebih mengada-ngada.. sebab mahukan lebih perhatian..
Pelik jugak kan.. macamana benda tu boleh berada dalam diri anak anak tu.. walhal.. diorang bukan tahu apa sangat pasal orang mengandung.. dan kekadang.. budak budak tu pun tak tau yang emak dia mengandung.. dan bakal dapat adik lagi..
Tapi.. sindrom ni memang ada..
Satu part.. kalau orang tak boleh kawal kemarahan.. anak anak ini akan jadi mangsa.. sebab mak pak tak larat nak layan kerenah anak yang kena sindrom ni..
Ada orang yang mampu.. akan faham bahawa ini penyakit bermusim.. dan biasanya akan pulih semula bila betul betul dah dapat adik..
Hmm.. benda ni.. jadi kat elissa masa aku mengandung dulu..
Kak ana kata.. masa lisa nak dapat adik (( sofea )).. tiap tiap petang.. abah dia kena bawak dia ronda naik motor pusing pusing.. sebab dia jadi manja sangat dengan abah..
Bila kak ana cerita kat orang lain.. ramai jugak orang macam pelik.. sebab kalau nak ikutkan.. aku yang mengandung.. a.k.a mak tiri dia.. bukan mak dia.. dan bukan adik kandung dia.. adik tiri dia.. apesal sindrom tu boleh jadi kat dia.. well.. tiada siapa pun tahu jawapannya..
Lepas sofea selamat dilahirkan.. semua kembali seperti biasa.. lisa tak lagi manja manja dan mengada-ngada.. meer pun.. meer memang macho la kan.. dia dok tunggu adik keluar aje.. dan diorang sayangkan adik diorang ni.. biarpun bukan adik kandung.. huu.. aku memang beruntung kan..
SEKARANG NI..
Benda ni.. aduuhh.. jadi kat AKU pulak.. hoooo.. meluat laa..
Aku pun tak tau apa yang jadi kat aku nih..
Semalam.. lepas kak ana bagitau.. aku cuba kawal perasaan.. aku nak seronok.. aku takut kak ana ingat aku cemburu dengan dia.. aku tak cemburu.. langsung!!.. kan aku cakap aku tak cemburu dengan kak ana.. tapi.. satu perasaan lain yang menyelinap masuk.. OMG~!!!..
Kami spend masa banyak semalam bersama.. aku, kak ana.. dengan anak anak.. dan akhirnya.. kami decide utk pergi rumah mak kak ana.. hmm.. dah lama aku tak p sana.. sebab aku bawak hati.. dan bawak diri.. kali ni aku p la..
Diorang pun baru tau aje kak ana mengandung.. diorang pun seronok lah.. keluarga nak bertambah..
Bila aku datang.. diorang layan aku macam biasa.. walaupun dah lama aku tak datang.. mak kak ana tambah seronok nampak aku dan sofea.. dia rindu sangat agaknya..
Aku masuk semula dalam keluarga diorang.. tanpa diorang pertikaikan apa apa yang berlaku sebelum ni..
Pelan pelan.. aku perhatikan wajah wajah keluarga kak ana.. diorang ni semua baik baik.. semua terima aku dengan ikhlas.. walaupun aku sebenarnya orang luar..
Dan pelan pelan jugak.. aku jadi takut.. aku takut kalau lepas ni aku buat hal lagi.. merajuk dengan kak ana lagi.. nanti diorang kata aku cemburu sebab kak ana pregnant pulak.. hmm.. jadi.. aku kena kawal emosi aku.. untuk tidak buat hal lagi..
Pelan-pelan.. aku perhatikan sofea.. aduh.. anak itu.. anak aku tu.. aku rasa masih terlalu kecil untuk dapat adik lagi.. dan tiba tiba..
Tiba tiba aku jadi sebak..
Terus terus aku rasa tak selamat.. aku rasa aku akan dibuang.. atau terbuang lagi..
Tapi.. aku terus kawal perasaan.. aku kena kuat hadapi semua ni.. demi anak aku..
Balik rumah.. kebetulan jugak husband aku balik rumah aku.. kalau turn sana.. mesti aku lagi ghaplah..
Selesai semua kerja rumah.. aku cuba pejamkan mata.. tapi tak mampu.. sebab air mata aku memenuhi ruang mata dan ruang hati..
Akhirnya.. aku ungkai semua perasaan pada suami aku..
Dia cuba pujuk aku.. dan tetap mengatakan yang dia sayangkan aku dan sofea.. dan tak mungkin dia akan biarkan kami..
Dari sebelum tidur.. sampai aku bukak mata.. waktu bersiap.. air mata aku masih mengalir..
Aku cakap kat husband aku.. “Abang.. kami rasa kami kena sindrom ‘nak dapat adik baru’ tu la..”
Husband aku senyum.. peluk.. dan kucup dahi aku..
Air mata aku tak berhenti mengalir.. dari rumah tadi.. sepanjang perjalanan ke tempat kerja.. dan sampai sekarang~!!!..
Oh Tuhan.. kenapa perasaan ini yang Kau titipkan dalam jiwa aku..
Untuk mengelakkan apa apa yang tak diingini.. aku hantar sms pada kak ana..
Begini bunyi nya.. (( copy paste bulat-bulat ))
“k.ana,kmi nk habaq satu benda tp jgn bgtau org lain eh.nnti kmi malu.dgn xpayah la balas sms ni.nnt kmi debo.hehe.sbnrnyakan,kmi rasakan, kmi dpt ’sindrom nk dpt adik’ tu kat kmi la. huwaa kmi jd mcm lisa masa kmi ngandung dlu. rasa xselamat, rasa sedih, pilu sume ada.td spnjg pjlnn p keja dok teriak atas mtr.xtau la.harap2 cpt je ok ni.klu x, abg la tensen.klu lpas ni kmi merepek2 jd xbetoi,k.ana sabo ye.mcmana nk buat pun xtau.dok ngendeng je kat abg dr smlm.klu abg dok seronok kmi jd mcm ni, nampaknya k.ana kena ngandung selalu la.hehehe.dah,nk p kelas”
Hmm.. sempat lagi aku buat lawak kan..
Aku harap kak ana tak terasa dengan apa apa ayat aku kat dalam sms atas tu..
Untuk sindrom yang aku dapat ni.. korang rasa kenapa agaknya boleh berlaku??..
Kalau budak-budak yang jadi gini.. biasanya.. tak jadi masalah kan.. tapi.. ini mak budak.. aduhhh.. sofea pun rilek je.. aku pulak yang lebih lebih.. ini yang lagi bahaya sebenarnya..
Apa pun.. nak kata lawak pun.. ye jugak kan.. nak kata serius pun.. memang serius..
Aku harap kak ana ada cara nak tangani masalah macam aku nih.. dan semalam.. selepas sepanjang hari dengan kak ana.. aku rasa.. jalan terbaik ialah.. aku kena lebih banyak spend masa dengan dia lagi.. supaya aku tak rasa sunyi.. dan rasa diketepikan..
Hmm..
Buat tambah pilu…
Dalam kereta semalam.. lisa cakap.. “Haa.. nanti kita dapat baby baru.. kita tak payah layan sofea..”..
Kak ana terus potong.. “Tak de lahhhh.. amboiiiii..”
Aku senyap aje.. sambil senyum sumbing..
Tapi dalam hati.. Allah aje tahu betapa hancur luluhnya aku dengar bait bait kata tu..
Lisa tu budak budak aje.. dia cakap apa.. dia pun tak tau.. tapi.. benda macam tu pun.. boleh buat aku terasa hati..
Ahhh.. sindrom ni makin teruk membenam dalam hati aku..
Macamana aku nak tangani masalah ‘temporary’ aku nih??..
Tolonglah aku.. aaahhhhhhhhhh…
* Dan air mata aku terus meluncur laju… entah sampai bila…
Uncategorized |Leave a Reply